Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Daily Journal
    • Routine
    • Student life
    • Thoughts
  • Tips
  • Youtube Channel
Facebook Twitter Instagram Youtube

SakurAin Heart

     Hi, Assalamualaikum. Mesti yang baca blog ni dah naik fed up sikit-sikit Haqiem Rusli. Ok, so 25/11/2018 merupakan hari yang tak boleh dilupakan bagi seorang Ain. Kenapa? Yassss! Seorang Ain berpeluang bertemu seorang Haqiem Rusli. Baiklah, untuk menghilangkan segala rasa ingin tahu  anda terhadap saya "Kenapa dia ni minat sangat dengan Haqiem Rusli", teruskan membaca kerana saya akan mengungkap segala rahsia yang tersingkap di sebalik tirai sebuah realiti.
     Pada 25/11/2018, Haqiem Rusli sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan di Tamu Gadang UMS ke-20. Tahun sebelum ini, saya tak berpeluang untuk bertemu dengannya kerana pada ketika itu saya masih bergerak sendiri. Akan TETAPI...... tidak kepada tahun ini 😂. Sebenarnya saya dah jadi part of Qiemilio dah setahun lebih dah. Bermula daripada Team Haqiem Rusli (THR) kepada Qiemilio Function (QF) dan akhir sekali Legacy Qiemilio Function (LQF) tetap setia ku disini menjadi peminatnya. In Shaa Allah, semoga nama kelab peminat ni tak berubah nama dah lah lepas ni. LQF merupakan group independent untuk fans Haqiem Rusli yang mana berfungsi untuk berkongsi maklumat mengenai perjalanan seni Haqiem Rusli. Selama ni saya hanya menjadi peminat pasif  HR sebab tak pernah turun padang join apa-apa event HR. 
     Nak dijadikan cerita, Kak DK (admin LQF Sabah) tanya siapa yang nak join event ni, list kan nama. Tanpa berfikir panjang, saya pun tulis lah nama dengan bertanda (kiv) kat belakang nama. Lama kelamaan perasaan sangsi untuk join event ni makin tinggi. Bukan apa, sebab pada ketika itu abang saya juga terlibat dalam majlis konvokesyennya. Jadi, semuanya perlu diatur rapi; meneliti masa, komitmen terhadap pelajaran dan sebagainya. Sampailah petang hari kejadian tersebut berlaku... Bentak hatiku, "Siapkan dulu homework tax. Tak siap jangan pergi konsert Haqiem Rusli". Alhamdullillah, semuanya dipermudahkan. Jujur kata masa tu saya betul-betul penat kerana minggu tersebut terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan, dan pada hari semalamnya berlaku majlis konvokesyen abang saya dari pagi hingga petang. Bisik hatiku, "siapkan kerja yang tertunda dahulu, kalau tak siap jangan pergi". Tapi bila ingat balik, ini mungkin konsert yang terakhir yang boleh saya ikut di Sabah kerana pada tahun hadapan, jika saya melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda, tempat pengajian saya berkemungkinan besar bukan di Sabah. Jadi, apa lagi kan. Semangat nak pergi tu membara balik hahahahahahaha. Siap sahaja homework tax, saya bersiap sedia untuk bertolak ke konsert tersebut pada jam 6 petang. Dari kolej naik bas, lepas tu berhenti seketika ke One Borneo untuk menunaikan solat maghrib. Usai sahaja solat maghrib, bertolak semula ke UMS dengan menaiki Grab. Lepas tu, saya enjoy lah dengan event tu 😂😂😂. Segala video yang sempat saya rakam sepanjang konsert tu boleh check kat twitter saya. Ataupun ke link bawah ini :- 
  • https://twitter.com/aii_yin09/status/1066946673383923712
  • https://twitter.com/aii_yin09/status/1067031810171854849
2 link atas ni adalah tweets yang HR reacted. Saya buat thread, so boleh scroll tweets tersebut.




Kenapa minat Haqiem Rusli?
Baiklah ini berdasarkan apa yang saya tahu sebelum interact in person dengan HR dan selepas saya jumpa sendiri dengan HR. 
  • Haqiem Rusli sangat menjaga batas pergaulan antara perempuan dan lelaki. Dia tak akan panggil peminat perempuan untuk menyanyi dengan dia. Sebab dia selalu cakap, suara tu aurat, dia tak suka perempuan tergedik-gedik.... Sebab benda ni tak ramai yang artis kita buat, so nak dapatkan another HR is too hard. But, it's not impossible anyway. Behind the back stage, dia memang jaga jarak dia dengan perempuan. Masih ingat lagi masa nak ambil gambar dengan LQF. Abang Amy (manager HR) dah kata, Haqiem berdiri tengah lah. Tak nampak kat belakang. Kitorang pun bagi space supaya HR boleh pergi ke depan, tapi dia tak nak. "Ehh, takpa lah saya kat belakang, korang kat depan". I was like, "Ye, Haqiem pergi depan kitorang bagi space" "Takpa, biar saya kat belakang". Maka terhasil lah gambar sepertimana yang HR upload kat ig story dia. 
  • Haqiem Rusli sangat merendah diri. Macam mana orang lain cakap HR ni humble, macam tu lah sifat dia kalau korang jumpa depan-depan. Dia layan peminat dia. Dia suka delay masa management event yang in charge "ehh tak apa lah, sebab saya jarang jumpa dorang". HR selalu cakap peminat dia adalah SAHABAT dia. Jadi, memang dia akan layan peminat dia macam kawan-kawan dia. #YTJT
  • Satu benda yang saya akan ingat sampai bila-bila dan benda ini lah yang membuatkan saya tersentap sendiri suatu ketika dahulu adalah kerana HR ni dia tak akan upload gambar perempuan kat social media dia lebih-lebih lagi yang tak tutup aurat. Usaha dia untuk tutup aurat peminat dia sangat saya puji. Dulu, masa mula-mula minat HR pun pernah tersentap sendiri juga. Bila saya upload gambar, saya akan tutup (conteng/letak emoji) untuk tutup aurat saya sahaja kalau ada yang tak tertutup. Aurat kawan-kawan saya, saya tak ambil kisah. Lepas tu bila terfikir balik dengan apa yang HR lakukan, saya tersedar "sedangkan HR yang lelaki pun tahu nak tutup aurat perempuan, apa alasan saya untuk tak menjaga aurat kawan-kawan perempuan saya?"

Berdiri kat belakang + cover aurat peminat. Itu sangatlah Haqiem Rusli



A good moment to be remembered. At last, HR followed me back



     Sekian, cuma ada lah beberapa tweets yang mengganggu saya. Boleh tak korang jangan bitter sangat. Kalau tak minat pun jangan lah sampai nak kecam dia. Yes, betul. Dia pernah dilanda kontroversi hebat suatu ketika dahulu. Cuma, benda tu dicetuskan oleh his internal management. Walhal desas-desus tu semuanya tak sahih. Jujur kata, banyak sebenarnya benda positif yang saya belajar daripada HR. HR selalu ingatkan pasal solat "Nak berjaya, kita jaga solat". Tapi korang ni, dia solat pun nak kata dia menunjuk. Kenapa stigma dan anggapan orang masih tak berkembang mengenai orang yang menunaikan solat? Dengar sini, solat tu benda wajib. Solat tak melambangkan kita ni alim. Solat merupakan suatu kewajipan untuk semua umat Islam, sebab kita ni bukan hanya Islam pada IC tapi untuk menjadi seorang umat Islam yang berpaksikan ajaran Islam yang sebenar. Kita kena tunaikan rukun Islam yang kedua. Solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Sebab tu, saya suka dengan ayat ni 'Solat itu full time, bukan part time'. 


Camera making a trick where we looked so close here. Even though it's not








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Pernah tak terdetik kat dalam hati korang kenapa kita kena belajar? Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau orang yang tak sambung belajar pun boleh berjaya. Belajar ni buang masa dan tenaga. Sebab sambung belajarlah banyak duit ibu ayah kita habis macam tu je. Kalau ibu ayah kita kumpul duit yang dorang bekalkan untuk kita sambung belajar selama ni, dah tentu mereka boleh pergi buat haji/umrah. Dah tentu boleh melancong. Lamaaaaaa dah hidup ibu ayah senang. Natijahnya, insan anugerah Tuhan inilah yang tak pernah merungut mahupun berkira bila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke alma mater.  Ya, mereka ingin melihat kita berjaya. Masih segar dan sentiasa berlegar di ruang fikiranku. Terasa baru seperti semalam ibu mengeluarkan ayat itu. Sedang menunggu abang mendaftar untuk melanjutkan pelajarannya dalam ijazah sarjana muda, satu kata terungkap dari bibir ibu. 'Alhamdulillah, ibu tak kisah pun dengan keputusan SPM apa yang korang dapat, sebab SPM bukan kayu ukur untuk buktikan kita berjaya, tapi ibu rasa lega bila anak ibu dapat masuk universiti'. Satu tamparan hebat buatku pada ketika itu yang mana diriku masih lagi berada di bangku sekolah. Arakian, dengan iltizam yang tinggi, telah mencabar diriku untuk belajar sebaik mungkin sehingga sampai ke menara gading. Disebabkan ayat itulah, masihku utuh disini melanjutkan pelajaran dalam diploma perakaunan dan kini.... In shaa allah, tahun hadapan tamatlah gelaranku sebagai seorang pelajar diploma.       
     Namun, tak ramai yang mengetahui disebalik kemanisan kejayaan yang diperolehi seseorang itu, disitulah terselitnya ilmu hasil daripada 'BELAJAR'. Benar, belajar ni memang penat. Belajar ni memang susah. Tetapi, ilmu adalah wahana kita menyeberangi tengah arungan. Biar ombak dan badai melanda. Selagi prinsip dan panduan untuk mengemudi bahtera kita pegang erat, In Shaa Allah kita sampai ke destinasi. Kita adalah nakhoda, kalau kita jaguh mengemudi bahtera maka selamatlah kita daripada segala marabahaya. 
     Apa yang dapat dilihat pada masa kini, terlalu banyak ilmu yang boleh kita peroleh dari pelbagai sumber. Walakin, tak semua ilmu boleh diserap begitu sahaja. Justeru itu, kita perlu berguru dengan guru yang betul. Meskipun peranti mudah alih yang kita ada cukup memudahkan kita mencari segala maklumat untuk menimba ilmu baru. Ada terselitnya sedikit kecelaruan kefahaman ilmu itu sendiri. Sebab itulah, jika diberi pilihan untuk memilih belajar sendiri ataupun belajar secara berguru, tanpa dolak-dalik pilihanku adalah belajar dengan guru yang betul. Terkadang, usaha untuk menambah ilmu pengetahuan itu adalah sangat baik. Ia merupakan satu inisiatif individu itu untuk menambah nilai dalam dirinya. Sungguhpun begitu, pernahkah kalian berfikir sejenak tentang ilmu yang kalian peroleh? Adakah maklumat yang diperoleh itu sahih? Bolehkah kalian percaya dengan sepenuh hati? Tepuk dada tanyalah selera.
     Dengar sini, belajarlah selagi kalian mampu. Meskipun kita sedia maklum menuntut ilmu itu tak lah semudah seperti ABC lagi, namun ianya amat membantu kita menjadi lebih matang, mengubah mentaliti dan tanggapan negatif terhadap sesuatu benda. Belajar itu memenatkan, ya sangat memenatkan. Jika kalian mengalami masalah kewangan, usahalah mencari inisiatif memohon dana daripada pihak tertentu. Soal itu, usahlah terlalu kalian hiraukan kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Jika niat kita ikhlas dan betul dalam menuntut ilmu, In Shaa Allah kita akan dibukakan jalan. Kerana menuntut ilmu itu juga merupakan suatu jihad.
  Islam sangat mementingkan umatnya menuntut ilmu. Buktinya, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah untuk sekalian umat adalah menerusi surah Al-Alaq. Ayat pertama surah Al-Alaq 'Iqra' yang bermaksud 'Bacalah' jelas menunjukkan pentingnya ilmu itu disebabkan oleh tindak-tanduk masyarakat Arab Jahiliah di mana pada ketika itu mereka jahil (jahala) diatas amalan-amalan yang menyesatkan dan tidak berperikemanusiaan. Bila fikir balik, sememangnya Allah itu Maha Berkuasa dan tidak akan ada galang gantinya. Allah tak turunkan wahyu menyeru umat terus sujud kepadanya. Allah turunkan wahyu menyeru umat manusia untuk membaca dahulu. Bayangkan, tanpa ilmu bolehkah kita terus menjadi cerdik? Tanpa ilmu Fardhu Ain tahukah kita bagaimana cara untuk melaksanakan solat?
     Sebab itulah, jangan pernah kita mengeluh mahupun putus asa dalam menuntut ilmu. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan sebaik-baik ciptaan Allah hendaklah mentadbir alam ini dengan baik. Harus kita ingat bahawa dunia ini tak akan selamanya kekal kerana Akhirat adalah bersifat abadi. Dunia ini diciptakan sebagai tempat persinggahan untuk kita merantau berpenat mengumpul segala amalan kita, dan Akhirat lah tempat untuk kita berehat. Menuntut ilmu itu adalah Fardhu Kifayah. Justeru itu, jangan pernah pertikaikan rezeki seseorang itu dalam bidang yang diceburi. Tanpa seorang doktor, binasalah insan yang terlantar kesakitan. Tanpa seorang peguam, tidak akan terbela nasib mangsa yang tidak berdosa. Tanpa seorang auditor, siapa yang tahu kalau sesebuah entiti itu melakukan penipuan. Oleh itu, banggalah dengan diri sendiri jika kalian berpeluang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang tertinggi meskipun kalian berada dalam bidang apa sekalipun. Selalu simpan dalam minda dan prinsip hidup kalian. Bidang yang kalian ceburi sekarang adalah untuk membantu masyarakat. Tidak akan mapan sebuah masyarakat madani itu jika tidak saling bekerjasama.
     Bidang IT ke, fisiologi ke, ekonomi mahupun apa jua bidang yang ada. Jangan pernah rasa kecil hati ketika disisih oleh masyarakat. Kerana itu adalah sebahagian daripada mentaliti masyarakat kita yang sukar untuk dihapuskan. Mereka akan memuji dan sanjung apabila kalian menjawat jawatan sebagai seorang doktor, peguam, jurutera, dan arkitek kerana hanya itu bidang pekerjaan yang nampak gah di mata mereka. Oleh itu, kita yang berada di dalam bidang yang tidak dikenali inilah harus menerangkan peranan kita kepada mereka. Ketika itu, pasti mereka tahu jika tidak ada kalian, pasti ada cacat cela dalam mentadbir alam ini.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
 


 Tajuk entri ni amboi sangattt. Macam kenal kan ayat ni? Tapi di mana ya? Yes, itu adalah antara bait lirik lagu terbaru Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang. Nak bercerita pasal Haqiem Rusli? Kebal ke hati? Sanggup dikecam netizen? In shaa allah saya kuat. Memandangkan kes 'itu' dah reda, so saya cuba untuk menulis entri ini tanpa terbawa-bawa emosi yang lalu. 
     To be honest, I got lost when this case when viral. At that time, I'm in the middle of preparing/studying for my final exams. So, I'm a bit slow to digest all the things happened just in a blink of an eye.  I'm shocked, I'm a bit confused + upset. All of those things keep playing in my head. Whyyyyyy? Why all of sudden? I know that HR is a kind-hearted person. That's why I adore him. I do believe that he doesn't even need a controversy to promote his song as he is talented. 
     Now I know why Haqiem selalu cakap bila dia jatuh suatu hari nanti jangan tinggalkan dia. I see with my own eyes siapa yang ada masa dia jatuh dan siapa yang ada masa dia bangun. Sahabat yang mengaku dahulunya seorang sahabat saat dia berada di puncak turut sama menuding jari kearahnya. Peminat yang dahulunya kata mereka adalah tulang belakangnya juga turut bersama memincangkannya. Di saat genting di mana tidak ada orang yang berpihak kepada kita, ingatlah bahawa keluarga akan sentiasa bersama kita. Sebab itulah istimewanya hubungan antara ahli keluarga itu tidak ada galang gantinya. Pengalaman yang dia hadapi cukup membuatku lebih berhati-hati memilih kawan kerana hati manusia itu lain-lain dan mereka ternyata adalah duri dalam daging yang sebenar. 
     Bila benda ni terjadi, ramai yang bertanya 'kau masih minat HR?' Kenapa pula tidak? Hanya kerana dia melakukan secebis kesilapan terus kita menghukum dia tanpa memandang secalit kebaikan yang dia lakukan? Tidaklah saya berkata bahawa perkara yang HR lakukan itu benar. Tetapi, selagi kita mampu tegur, kita cuba untuk tegur. Sebab memang lumrah manusia yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Siapa kita untuk menghukum seseorang itu kerana kita juga seorang pendosa yang sering mengotorkan sucinya kain putih. Untung Allah itu bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim kerana Allah tidak pernah menilai seseorang itu berdasarkan luarannya yang mana kita sebagai hamba tak pernah tahu apa yang ada dalam hati seseorang itu.
     Haqiem Rusli... Come on. I adore him, to be honest...  Kita takkan pernah tahu apa rancangan Tuhan kepada kita. I rarely minat local singer selepas Shahir Zawawi. Tapi, thanks god. Because of Haqiem Rusli, I learn a lot from him. Dahulunya, tak pernah faham kenapa Haqiem Rusli ni jenis yang tak suka 'like' or maybe post gambar perempuan. It takes me quite sometimes untuk memahami benda ni, sampaikan suatu masa "BOOM!" I got that answer. That's why, my instagram feed sekarang memang rare nak nampak saya post gambar sendiri. Mungkin orang tak faham dan tak akan pernah faham. But, maybe you need to figure it out right from your heart. TAK.... bukan lah kata sebab Haqiem Rusli saya delete semua gambar saya, NO! Tapi, just so you guys know that kebaikan tu datang dalam pelbagai bentuk. Kita tak sedar benda yang kita anggap remeh/kecil tu pun sebenarnya adalah salah satu sebab untuk kita berubah.
     I pray to Allah every day that we, His slaves, willing to get Hidayah from Him every single day. Cause that's life! Dunya is just a temporary.

'A mistake that makes you humble is better than an achievement that makes you arrogant'
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

     Hello guys kita lagi di jagung-jagung gaiss,  On 18-20th of July, I attended a kind of Seminar related with accounting 'things' held in UiTM KK. Bengkel 'Autocount' which kitorang belajar pasal software untuk nak record documents etc. So, yezzaaa I'm going to share beberapa benda yang korang tak tau sebelum ni and of course korang perlu excited lebih sebab benda ni memang berbaloi kalau korang ikut. 
     
Tentatif program



     Actually kan, saya langsung tak ada niat nak ikut program ni. Dia macam nak ke tak nak? On x on? Betul ke nak ikut? Kira cam tu ahh. Tapi, bila tengok kawan-kawan lain ikut and most of them are Dean's lister why not kita ikut kan? Sedangkan dorang yang pandai-pandai pun ikut, inikan pulak kita ni dah dapat peluang depan mata tapi tak nak ikut??? Bukan nak kata UiTM Sabah ni bagus, bukan sebab nak suruh orang lain masuk sini dan bukan pula nak puji-puji UiTM sebab dah memang kena suruh. NOPE. cuma rasa bersyukur ahh sebab dapat sambung study sini. UiTM ni bagus sebab dah lahh fees murah (ok bukan ini yang sis cuma untuk sampaikan), tapi kalau nak dibandingkan antara Universiti Awam yang lain, UiTM ni dah dapat pengiktirafan banyak tempat. Kalau nak cari kerja pun In Shaa Allah those yang masuk UiTM ada higher chance laa untuk get better job. Antara inisiatif fakulti untuk bagi students dia ni kena recognized dengan mengadakan macam program autocount ni lah. Bengkel Autocount ni dah 2 kali diadakan, dan syukur kitorang dapat grab the chance untuk attend bengkel ni. Bengkel 3 hari, dengan dapat makan semua, kemudahan kolej pun percuma, and of course dapat belajar software Autocount for just RM50. It's RM50 guys! Mana ekau nak dopek RM50 kek luor sano?? FYI, kalau nak join bengkel ni kat luar, korang kena bayar RM350 and certificate yang korang dapat tu pun sama dengan yang bayar RM50. So, rasa-rasanya berbaloi ke tak ikut bengkel ni? Yes, bagi saya sangattttttt berbaloi. 
     Dalam bengkel RM50 ni, korang akan dibekalkan sekeping cakera padat (walauwehh baku gila ayat) software autocount trial version  dengan sebuah buku autocount. Those yang in charge bengkel hari tu daripada pihak autocount are Miss Najaa and Miss Emma. Strict tu memang strict tapi baik gilosss 👍. Untuk first day, sebelah pagi more to installation process and belah petang kitorang start belajar chapter 1-2. Esok dia pula, chapter 3-5 and the last day briefing untuk buat assignment. 
     Ingat lepas habis bengkel ni korang boleh relax macam tu je? NOOOOO guys! Ada 2 assignments menanti and nak kena siapkan within 3 weeks. Wehhh semester break kitorang jadi pendek sebab nak siapkan assignment 😂. Saya ni start pun belum hahahahahahaha. Doakan semoga saya diberi kemudahan untuk selesaikan kedua-dua assignments tu dan layak dapat certificate. Oh yaa, hanya yang siap buat assignments je yerr yang layak dapat sijil certificate. So, rugilah those yang pergi tapi end up tak siapkan assignment. Penting sangat ke certificate ni? Lecturer kitorang cakap, yes! Penting sebab apa? Sebab ada previous student sebelum ni dia kerja bahagian sales jer, tapi bila dia ada cert autocount ni, terus dia naik pangkat pergi accounting department. So, kalau korang ada diploma in accountancy plus certificate autocount ni, korang dah boleh dapat kerja yang bagus. 
     My advice is, kalau ada program ni dianjurkan, ikut lah grab the chance. Rugi rasanya kalau tak ikut sebab most of companies sekarang memang guna software autocount ni. I ada bad habit tau, asal curious nak tau something mesti tanya Encik Google. Sebelum attend program ni, dah memang check siap-siap apa dia autocount ni and memang ada baca juga orang cakap most company memang cari those yang ada certificate ni. Bila join bengkel ni pun, tup tup dorang ada mentioned jugak pasal ni. So, memang betul lah software autocount ni quite famous kat mana-mana company 😊. Danke. 
     
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Assalamualaikum para pembaca. Few months tak update blog. Alaa, korang macam tak kenal perangai saya ni kan. Macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada hahahahahahaha. Setelah berfikir (berbulan jugak ahh), saya dah fikir sehabis baik. Ok semua.. Plan dia macam ni, kan kalau korang scroll blog ni, korang akan nampak ayat 'I blog about myself'. Jadi, dengan ini saya mengisytiharkan perang nak bagi tau lah yang mulai sekarang, saya akan mula mencoretkan lembaran-lembaran entri ni berdasarkan apa yang saya lalui. Bukan tak nak berhujah pasal agama lagi (by the way, saya akan delete some previous entries sebab rasa tak sesuai untuk bacaan umum), cuma ilmu agama saya tersangatlah cetek. Masih banyak yang perlu dipelajari. Setakat sikit-sikit tu boleh lah. Cuma nanti tak tentu pasal saya ni tergolong dalam golongan penunggang agama pula. Lebih-lebih lagi baru habis baca buku empayar beberapa hari yang lalu, dan ayat paling terkesan buat saya adalah ayat ini "Tidak semestinya semua yang menyulamkan nas-nas agama dalam kata-katanya itu semuanya benar". Sebab niat tak menghalalkan cara. So, daripada saya terus berada dikancah kesesatan (tak sesat pun sebenarnya 😂, saja nak bagi ayat berbunga), lebih baik saya cerita benda yang lain kan? 
     Baiklah, sebenarnya kannn... Saya ni tak habis exam lagi, ada 2 papers left. Tapi, mood study sedang berada di awang-awangan. Jadi, di sinilah saya menekan keyboard menulis entri ini. Doakan saya dapat keputusan yang cemerlang dan ilmu yang saya pelajari sepanjang sem ni melekat dalam otak sampai bila-bila. Sem ni macam banyak kali nangis, emosi terlebih sebab ada certain subjects tu memang tak boleh hadam langsung. Apapun keputusannya nanti, in shaa allah semoga saya redha dengan apa yang diperoleh. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Tapi, 24 jam yang saya ada mungkin tak sama seperti 24 jam yang korang ada. 
     Rasanya itu je lah kot? Cuma nak bagi tau jer nak ganti concept baharu untuk blog ni hahahahahahaha. Ok janji, lepas ni in shaa allah anda akan disajikan dengan hidangan pembacaan yang lebih enak dengan ramuan yamg pelbagai.  Semoga diberi kerajinan untuk menulis dengan bait-bait ayat yang mampu mencuit hati pembaca sekalian (cehhh). I've got to go, nak pergi Kolej Mantanani, sebab member ajak study hahahahahahaha (alhamdulillah tengok rezeki Allah bagi kerajinan tu, Allah hadirkan kawan-kawan untuk kau study) 💞. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Pernah tak at some point korang rasa macam nak menjauh? Nak bersendirian? Tapi apa sebabnya? Stres? Konflik? Atau hanya suka-suka? 
     Yes, that's what happened to me since the past few weeks. Tahap kesabaran memang betul-betul dah sampai tahap maksimum disebabkan oleh konflik yang berlaku. Alaaa, biasa lah kan kalau menuntut ilmu tu ada masalah tercetus. Sebab tak semua orang sekepala dengan kau. Fikiran memang bercelaru bila hampir masuk minggu common test, ditambah lagi nak layan kerenah orang yang bukan-bukan. I usually tak tunjuk kemarahan depan orang, tapi bila tak dapat kawal kemarahan tu memang seriously you guys will not see the ordinary side of me. Ada tak yang sama macam sisturr bila marah dia jenis pendam? Tak suka orang tanya dia 'kenapa' dan dia akan 'cool' dengan sendirinya. It depends on the situation juga lah berapa lama tempoh dia akan 'cure' from anger. 
     Jadi, semalam nekad dah ni by hook or by crook mesti kena keluar juga dari kolej untuk get some fresh air. I always wanted to do something alone. Going out alone. Kira macam termasuk dalam bucket lists juga lah benda yang kau nak sangat buat. So, prepare lah dalam jam 11 lebih and I'm taking a bus at 12. I didn't even told my friends and my roommates that I'm going out. Blahh macam tu je. Hey, guys. You know what, it's interesting kot keluar seorang diri. Nampak macam loner kan? Tapi sebenarnya best. Where you can do anything that you want. It's my first time going out alone without my friends. Patut lah faham kenapa orang kata shopping is a part of therapy. Pergi makan sendiri, masuk some shops cuci mata. Woahhhh, it was great! 
     Mean while, I've never felt so relaxing dalam surau shopping mall. I guess because I'm all alone kan? Tak perlu rushing nak pergi satu-satu tempat. So, I take about 30 minutes kot dalam surau. Alhamdulillah I got that strength back. Lepas puas jalan, dekatkan diri dengan Allah stres tu hilang macam tu je. Lepas ni tau dah kalau stres nak buat apa. Sayonara guys, mungkin I'll be hard to find after this. Hahahahahahaha 
     Seandainya sampai satu tahap bila tak mampu untuk tanggung beban yang dipikul, carilah ketenangan dengan melakukan sesuatu yang digemari. Sebab, mungkin orang tak akan faham apa sebenarnya yang tersemat dalam hati kita. Mungkin kita tak mampu untuk menyingkap permasalahan tu kerana sulit untuk diluahkan secara lisan, tapi kita adalah kita. Kita.. bertanggungjawab atas diri sendiri sebab kita lah yang faham hati sendiri. Ada ketika kita perlu menjauh dan ketepikan hal dunia, sebab apa? Mungkin kita alpa seketika dengan kehidupan yang abadi. Dekatkan diri kembali dengan Sang Pencipta. Kalau perlu menangis, menangis lah di hadapan Rabb kerana Dia rindukan tangisan kita untuk mengadu. Sesungguhnya, Allah lah yang membolak-balikkan hati, dan kerana itu lah jangan pernah sesekali lupa siapa pemberi nikmat seperti mana kata-kata dalam filem Syurga Cinta 'Jangan bila kita senang kita lupakan Dia, bila kita susah baru kita cari Dia' #notetomyself.  Wallahualam
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Tetiba pula cerita pasal ni. Okay guys, I'm so dead. Ich bin tot. Hmmm, memang betul rabun rupanya. Nikmat penglihatan dah ditarik sedikit 😔.
  
     Sebenarnya macam perasan juga my eyesight tak berapa bagus, tapi ye lah acah buat buat nampak supaya tak perlu pakai kaca mata gituuuu. For past few weeks tetiba tengok whiteboard macam apasal kabur semacam, tengok slide pun ehh ehh kenapa macam tulisan dia ber-double. Ku gagahkan diri juga nak pergi check mata sebab rugi je lah enn buat spek tapi rabun kau below 100. Sekali check mata, nahhh 125 175, silau 70 50. Masih considered tak teruk sangat kan? Tak macam my 2 biological siblings tu power dorang memang seriously TINGGI sangat, gayatttt. 
    Kenapa pula boleh rabun? Entahlah. Alasan paling kukuh setakat ni atas faktor genetik? Ayah memang rabun jauh, '2 orang' lagi tu pun pakai spek masa darjah lagi. Syukurlah masuk U baru pakai spek. Tapi, reason lain adalah disebabkan teknologi sekarang ni lah. Hari-hari mana lari dengan gajet. Masa lecture pun guna slide, buat assignment pun menghadap laptop, selain tu tengok kdrama pun antara punca dia lol.
   Berdekah juga lah masa nak pilih spek ye lah sebab tak pernah pakai spek sebelum ni. Masa pergi 'reading room' (tak tau laa apa nama tu, bilik test mata? Bilik ujian kerabunan? Hahahahahahaha okay, i got no idea, korang fahamkan je lah). So, masuklah bilik nak check mata tu, row 2 dari bawah tu salah nampak 3 huruf hahahahahahaha. Bila kena tambah power terus omaigadddd ibarat baru melihat dunia kembali. Baru faham kenapa selalu apa yang kena tulis kat whiteboard tu tak sama dengan apa yang kau catat. Aku rabunnnnnnnn. 
   Pernah tak korang tetiba rasa macam berair je mata bila tengok tulisan? Btw, I rabun jauh 😌. Yes, korang patut pergi check mata. Pernah tak tengok tulisan tetiba mata macam juling sikit? Hahahahahahaha. Yess, lagi sekali korang kena check mata. Sebab itu adalah simptom that happened to me. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Yes, sebelum pakai spek memang selalu sakit kepala, buat masa sekarang ni alhamdulillah tak ada dah sakit kepala tu. Tapi, I don't wear it all the time, lagi pun bukan tinggi sangat pun power. Pakai masa lecture or masa main laptop je. 
     
Apa kaitan juling (kadang-kadang) dengan rabun by the way? Ni serba sedikit penerangan dia. 




Tengah cari maklumat pasal rabun, tetiba eh ehh terjumpa belog keknis lah. Comel je cerita keknis pasal rabun. Kan dah kata, teknologi memang ada buruk dia juga. Keknis pun kata sebab blackberry buat dia rabun. 



Ok lah, dah tak tau nak cakap apa 😂😂😂. Semoga entri seterusnya dapat menghasilkan content yang lebih bermanfaat. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Fahami lah insan ini yang sentiasa malas update blog tapi nak ada blog. So, hari ni adalah hari pertama untuk muet (betul ehh?) paper speaking je lah. Mehh laa, alang-alang tengah rajin update blog ni, share sikit lah tips mana lah tau berguna. First of all, jangan ingat saya ni expert English. Grammar memang sentiasa punah. Kalau BM tu no hal, korang nak minta ajar tatabahasa ke nak guna ayat 'boombastic' ke in shaa allah boleh tolong. Malas nak berceloteh panjang so jom kita teruskan dengan agenda utama. Bismillah... 
     

     Speaking test terbahagi kepada 2 bahagian. Task A (individual) and Task B (group discussion). Dalam setiap group tu ada 4 group members Candidate A,B,C,D. Task A each candidate diperuntukkan masa 2 minit untuk speaking. Task B 10 minit untuk kesemua candidates tapi pepandai lah agih masa jangan jadi ego sangat nak cakap lama sangat sampai tak bagi peluang orang lain bercakap. Benda ni akan diberitahu juga masa korang kat bilik kuarantin. 

Apa yang perlu anda tahu? 
= Pastikan bawa slip dan kad pengenalan, pen pun kalau nak bawa dipersilakan. Tapi actually bila masuk exam hall tu ada disediakan pensil, pemadam dan kertas draf. 
= Tadi, my session kat slip tulis jam 7:30 pagi so keluar lah rumah awal jam 6 lebih. Pastikan datang awal sebelum mula, sebab kalau lambat kena ikut next session pula. Maksudnya sesi jam 7:30 pagi tu x boleh ambek, kena masuk sesi kedua jam 11 pagi. 
= Sesampainya anda semua di tempat peperiksaan, anda semua akan dikuarantin ye. No phone allowed. Semua hand phone akan diambil. Reason dia actually supaya kita boleh fokus, prepare well sebelum masuk exam hall. Buku semua boleh baca, nak discuss anything boleh tapi hand phone tu memang tak boleh lah ye. 

Macam mana pula dengan susunan siapa jadi candidate A, B, C, D? 
= Group kita x boleh pilih. Group ditentukan based on index number (boleh dapat dalam slip). Kita x boleh pilih nak jadi candidate apa. Sebelum hari exam tu pun actually dah boleh predict korang candidate apa berdasarkan index number. Tapi lebih tepat korang tau korang group dengan siapa dan akan jadi candidate apa bila masuk bilik kuarantin kat situ kena sign attendance semua.  Masih x faham lagi kan? Sebab yang tengah menaip ni pun x faham apa yang dia cuba sampaikan hahahahahaha. K macam ni...
Let say dalam sesi 1 tu ada 20 calon. Setiap group ada 4 members. Korang tengok index number korang yang tertera dekat slip tu. My index number 3017. 
Group 1 : 3001-3004
Group 2 : 3005-3008
Group 3 : 3009-3012
Group 4 : 3013-3016
Group 5 : 3017-3020
K ini adalah group korang. Then, 3001 tu akan jadi candidate A dalam group dia, 3002 candidate B dan seterusnya. Nombor dan turutan tu dia running. Menda lah si penaip ni cakap lol. Sorry lah ayat berbelit. I'll be candidate A (3017) dalam group 5. Candidate B (3018), Candidate C (3019) Candidate D (3020) harap korang faham lah. Digest baik-baik. Tak faham boleh tanya ye. Ruang comment sentiasa terbuka kat bawah ni. K cukup pasal ni. Kita move on. 

Bilik kuarantin? Apa tu? 
= Dramatik sangat ayat. Mustahil lah ada yang x tau. Dah sentuh sikit kan part ni sebelum ni. Tak kisah lah korang giliran ke berapa, tetap kena datang awal. Macam tadi tu. I'm the last group. Each group lebih kurang 30 mins ++ lah. Bayangkanlah berapa lama kena stay dalam bilik kuarantin kalau korang the last group. Lebih kurang jam 10:40 pagi lah baru kitorang punya giliran. Bapak lapar masa tu. Sempat lagi teliti tengok pen, tengok ic (baru perasaan ada nombor ic kena tulis kecik bawah gambar kita) K itu hanyalah iklan. Haa tu je lah untuk part ni. 

Format : Task A
     
Intro : Greet (contoh: good morning to the examiners and my fellow candidates), baca balik soalan, bagi tau your points. At least dlm 10-14 saat je. Sebab content tu yang kena lama. 

Body : Bagi 3 points. Kalau x dapat, at least mesti 2 points.

Buat macam ni:
P1 : Definition (explain tajuk yang awak dapat)
        Reason/Why
        Example of situations (bagi 2 examples) 
P2 : Elaborate 
        Example
P3 : Elaborate 
        Example 

Conclusion : Bagi tau balik points kita. Summarize. 


My tips plus tips orang lain:
Kalau korang candidate A. Curi masa bila examiner tanya 'do you have any questions' tanya je biar nampak bodoh asal x stuck masa giliran korang speaking. Tujuan dia supaya boleh delay masa sikitttt, tak lah korang kena perah otak dalam masa 2 minit merangka points awak tu.  Kalau dapat examiner yang bagus, boleh dapat point dari apa yang dia explain. 
Lepas tu. Kalau x faham juga apa examiner explain dalam English *please be aware that examiner tak akan explain dalam BM*, minta kawan explain maksud dalam BM. Yang ni actually x diberitahu oleh examiner, tpi ini based on apa yang guru form 6 bagi tau. Dibolehkan explain kat kawan dalam BM as long as belum start bell korang untuk speak. 


Untuk task B yang tadi tu task A ye, pilih group member yang rendah markah speaking/lemah speaking untuk mulakan intro. *bantu dia dapat marks*. Pandai2 laa discuss bertaaruf antara group members siapa yang mula intro and conclusion sebelum masuk exam hall. *supaya group discussion korang teratur masa dalam exam hall*. Pandai2 laa jaga masa so that sempat conclude. Mesti ada agree/disagree supaya masa hanya berjalan normal dia x berlari atau 'mengensot' wkwkwkwk. 

Ini je laa kot. Good luck yang ambek muet, saya ni memang noob english kalau band 1 tu in shaa Allah laa lepas 😂 Harap nanti at least dapat band 3 laa. 
Share
Tweet
Pin
Share
51 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About me
I blog about myself

Follow Me

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  September (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2018 (8)
    • ▼  November (2)
      • Melakar memoir bersama seorang Haqiem Rusli
      • Kenapa kita kena belajar?
    • ►  September (1)
      • Terbakar saat kau nyalakan ia
    • ►  July (2)
      • Bengkel Autocount
      • Lembaran baharu
    • ►  April (2)
      • Sendiri
      • Rabun dan papan putih
    • ►  February (1)
      • Muet speaking test 2018
  • ►  2017 (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)

Labels

routine student life thoughts tips
My photo
Aien R.F
The one n only Ain Rasyiqah Fatini in this world
View my complete profile

Created with by ThemeXpose