Lembaran baharu
Assalamualaikum para pembaca. Few months tak update blog. Alaa, korang macam tak kenal perangai saya ni kan. Macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada hahahahahahaha. Setelah berfikir (berbulan jugak ahh), saya dah fikir sehabis baik. Ok semua.. Plan dia macam ni, kan kalau korang scroll blog ni, korang akan nampak ayat 'I blog about myself'. Jadi, dengan ini saya mengisytiharkan perang nak bagi tau lah yang mulai sekarang, saya akan mula mencoretkan lembaran-lembaran entri ni berdasarkan apa yang saya lalui. Bukan tak nak berhujah pasal agama lagi (by the way, saya akan delete some previous entries sebab rasa tak sesuai untuk bacaan umum), cuma ilmu agama saya tersangatlah cetek. Masih banyak yang perlu dipelajari. Setakat sikit-sikit tu boleh lah. Cuma nanti tak tentu pasal saya ni tergolong dalam golongan penunggang agama pula. Lebih-lebih lagi baru habis baca buku empayar beberapa hari yang lalu, dan ayat paling terkesan buat saya adalah ayat ini "Tidak semestinya semua yang menyulamkan nas-nas agama dalam kata-katanya itu semuanya benar". Sebab niat tak menghalalkan cara. So, daripada saya terus berada dikancah kesesatan (tak sesat pun sebenarnya 😂, saja nak bagi ayat berbunga), lebih baik saya cerita benda yang lain kan?
Baiklah, sebenarnya kannn... Saya ni tak habis exam lagi, ada 2 papers left. Tapi, mood study sedang berada di awang-awangan. Jadi, di sinilah saya menekan keyboard menulis entri ini. Doakan saya dapat keputusan yang cemerlang dan ilmu yang saya pelajari sepanjang sem ni melekat dalam otak sampai bila-bila. Sem ni macam banyak kali nangis, emosi terlebih sebab ada certain subjects tu memang tak boleh hadam langsung. Apapun keputusannya nanti, in shaa allah semoga saya redha dengan apa yang diperoleh. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Tapi, 24 jam yang saya ada mungkin tak sama seperti 24 jam yang korang ada.
Rasanya itu je lah kot? Cuma nak bagi tau jer nak ganti concept baharu untuk blog ni hahahahahahaha. Ok janji, lepas ni in shaa allah anda akan disajikan dengan hidangan pembacaan yang lebih enak dengan ramuan yamg pelbagai. Semoga diberi kerajinan untuk menulis dengan bait-bait ayat yang mampu mencuit hati pembaca sekalian (cehhh). I've got to go, nak pergi Kolej Mantanani, sebab member ajak study hahahahahahaha (alhamdulillah tengok rezeki Allah bagi kerajinan tu, Allah hadirkan kawan-kawan untuk kau study) 💞.
0 comments