Sendiri
Pernah tak at some point korang rasa macam nak menjauh? Nak bersendirian? Tapi apa sebabnya? Stres? Konflik? Atau hanya suka-suka?
Yes, that's what happened to me since the past few weeks. Tahap kesabaran memang betul-betul dah sampai tahap maksimum disebabkan oleh konflik yang berlaku. Alaaa, biasa lah kan kalau menuntut ilmu tu ada masalah tercetus. Sebab tak semua orang sekepala dengan kau. Fikiran memang bercelaru bila hampir masuk minggu common test, ditambah lagi nak layan kerenah orang yang bukan-bukan. I usually tak tunjuk kemarahan depan orang, tapi bila tak dapat kawal kemarahan tu memang seriously you guys will not see the ordinary side of me. Ada tak yang sama macam sisturr bila marah dia jenis pendam? Tak suka orang tanya dia 'kenapa' dan dia akan 'cool' dengan sendirinya. It depends on the situation juga lah berapa lama tempoh dia akan 'cure' from anger.
Jadi, semalam nekad dah ni by hook or by crook mesti kena keluar juga dari kolej untuk get some fresh air. I always wanted to do something alone. Going out alone. Kira macam termasuk dalam bucket lists juga lah benda yang kau nak sangat buat. So, prepare lah dalam jam 11 lebih and I'm taking a bus at 12. I didn't even told my friends and my roommates that I'm going out. Blahh macam tu je. Hey, guys. You know what, it's interesting kot keluar seorang diri. Nampak macam loner kan? Tapi sebenarnya best. Where you can do anything that you want. It's my first time going out alone without my friends. Patut lah faham kenapa orang kata shopping is a part of therapy. Pergi makan sendiri, masuk some shops cuci mata. Woahhhh, it was great!
Mean while, I've never felt so relaxing dalam surau shopping mall. I guess because I'm all alone kan? Tak perlu rushing nak pergi satu-satu tempat. So, I take about 30 minutes kot dalam surau. Alhamdulillah I got that strength back. Lepas puas jalan, dekatkan diri dengan Allah stres tu hilang macam tu je. Lepas ni tau dah kalau stres nak buat apa. Sayonara guys, mungkin I'll be hard to find after this. Hahahahahahaha
Seandainya sampai satu tahap bila tak mampu untuk tanggung beban yang dipikul, carilah ketenangan dengan melakukan sesuatu yang digemari. Sebab, mungkin orang tak akan faham apa sebenarnya yang tersemat dalam hati kita. Mungkin kita tak mampu untuk menyingkap permasalahan tu kerana sulit untuk diluahkan secara lisan, tapi kita adalah kita. Kita.. bertanggungjawab atas diri sendiri sebab kita lah yang faham hati sendiri. Ada ketika kita perlu menjauh dan ketepikan hal dunia, sebab apa? Mungkin kita alpa seketika dengan kehidupan yang abadi. Dekatkan diri kembali dengan Sang Pencipta. Kalau perlu menangis, menangis lah di hadapan Rabb kerana Dia rindukan tangisan kita untuk mengadu. Sesungguhnya, Allah lah yang membolak-balikkan hati, dan kerana itu lah jangan pernah sesekali lupa siapa pemberi nikmat seperti mana kata-kata dalam filem Syurga Cinta 'Jangan bila kita senang kita lupakan Dia, bila kita susah baru kita cari Dia' #notetomyself. Wallahualam
0 comments