Bengkel Autocount
Hello guys kita lagi di jagung-jagung gaiss, On 18-20th of July, I attended a kind of Seminar related with accounting 'things' held in UiTM KK. Bengkel 'Autocount' which kitorang belajar pasal software untuk nak record documents etc. So, yezzaaa I'm going to share beberapa benda yang korang tak tau sebelum ni and of course korang perlu excited lebih sebab benda ni memang berbaloi kalau korang ikut.
Tentatif program |
Actually kan, saya langsung tak ada niat nak ikut program ni. Dia macam nak ke tak nak? On x on? Betul ke nak ikut? Kira cam tu ahh. Tapi, bila tengok kawan-kawan lain ikut and most of them are Dean's lister why not kita ikut kan? Sedangkan dorang yang pandai-pandai pun ikut, inikan pulak kita ni dah dapat peluang depan mata tapi tak nak ikut??? Bukan nak kata UiTM Sabah ni bagus, bukan sebab nak suruh orang lain masuk sini dan bukan pula nak puji-puji UiTM sebab dah memang kena suruh. NOPE. cuma rasa bersyukur ahh sebab dapat sambung study sini. UiTM ni bagus sebab dah lahh fees murah (ok bukan ini yang sis cuma untuk sampaikan), tapi kalau nak dibandingkan antara Universiti Awam yang lain, UiTM ni dah dapat pengiktirafan banyak tempat. Kalau nak cari kerja pun In Shaa Allah those yang masuk UiTM ada higher chance laa untuk get better job. Antara inisiatif fakulti untuk bagi students dia ni kena recognized dengan mengadakan macam program autocount ni lah. Bengkel Autocount ni dah 2 kali diadakan, dan syukur kitorang dapat grab the chance untuk attend bengkel ni. Bengkel 3 hari, dengan dapat makan semua, kemudahan kolej pun percuma, and of course dapat belajar software Autocount for just RM50. It's RM50 guys! Mana ekau nak dopek RM50 kek luor sano?? FYI, kalau nak join bengkel ni kat luar, korang kena bayar RM350 and certificate yang korang dapat tu pun sama dengan yang bayar RM50. So, rasa-rasanya berbaloi ke tak ikut bengkel ni? Yes, bagi saya sangattttttt berbaloi.
Dalam bengkel RM50 ni, korang akan dibekalkan sekeping cakera padat (walauwehh baku gila ayat) software autocount trial version dengan sebuah buku autocount. Those yang in charge bengkel hari tu daripada pihak autocount are Miss Najaa and Miss Emma. Strict tu memang strict tapi baik gilosss 👍. Untuk first day, sebelah pagi more to installation process and belah petang kitorang start belajar chapter 1-2. Esok dia pula, chapter 3-5 and the last day briefing untuk buat assignment.
Ingat lepas habis bengkel ni korang boleh relax macam tu je? NOOOOO guys! Ada 2 assignments menanti and nak kena siapkan within 3 weeks. Wehhh semester break kitorang jadi pendek sebab nak siapkan assignment 😂. Saya ni start pun belum hahahahahahaha. Doakan semoga saya diberi kemudahan untuk selesaikan kedua-dua assignments tu dan layak dapat certificate. Oh yaa, hanya yang siap buat assignments je yerr yang layak dapat sijil certificate. So, rugilah those yang pergi tapi end up tak siapkan assignment. Penting sangat ke certificate ni? Lecturer kitorang cakap, yes! Penting sebab apa? Sebab ada previous student sebelum ni dia kerja bahagian sales jer, tapi bila dia ada cert autocount ni, terus dia naik pangkat pergi accounting department. So, kalau korang ada diploma in accountancy plus certificate autocount ni, korang dah boleh dapat kerja yang bagus.
My advice is, kalau ada program ni dianjurkan, ikut lah grab the chance. Rugi rasanya kalau tak ikut sebab most of companies sekarang memang guna software autocount ni. I ada bad habit tau, asal curious nak tau something mesti tanya Encik Google. Sebelum attend program ni, dah memang check siap-siap apa dia autocount ni and memang ada baca juga orang cakap most company memang cari those yang ada certificate ni. Bila join bengkel ni pun, tup tup dorang ada mentioned jugak pasal ni. So, memang betul lah software autocount ni quite famous kat mana-mana company 😊. Danke.
0 comments