What I think about marriage

by - Friday, January 31, 2020

     My last January post gonna be a long-short sharing. Mungkin apa yang saya fikirkan tak sama dengan pendapat awak semua. Ini daripada perspektif saya. Cehh tetiba kann borak pasal ni. Takdelah, sebab Sabtu last week baru je pergi kenduri kahwin anak kawan ibu saya, terus macam terfikir why not we talk about this thing here. It's a hard topic and as I grew up older, pandangan saya terhadap marriage tu berubah. It might be changing in the next few years. 
     Bagi saya lah, perkahwinan tu bukan goals, tapi ia merupakan satu pilihan. Why? Sebab bila kita kawin, benda tu bukan kira satu goals tau yang kita berjaya capai. Perkahwinan lebih kepada tanggungjawab dan komitmen. Ada je sesetengah individu yang memilih untuk membujang sampai tua. Mungkin diorang lebih selesa hidup sendiri becauseeeee mannnn I swear adulting is hard. Maybe lahhh, sedangkan nak fikir pasal diri sendiri pun susah apatah lagi nak fikir pasal bekeluarga nanti. That's why saya cakap marriage is not a goal, it's an option.
  Dulu lah, masa kecik-kecik bila pergi kenduri kahwin selalu teringin kononnya nanti kawin nak baju macam princess gituuu (japppp muntah jappp 🤮). Nak itu nak ini semua benda lah. But, now I get that sense untuk not to spend too much money on wedding even though majlis tu antara acara penting dalam kehidupan kita. Betul, perkahwinan tu satu benda yang mulia dan dituntut agama, tapi... dalam kita berbelanja untuk sebuah perkahwinan tu, kita kena berpada dan fikirkan financial planning kita selepas majlis tu. Sebab kahwin bukan sehari, menjadi raja sehari tu baru betul itu untuk sehari.
 Bila waktu ideal untuk kita mendirikan rumahtangga? Masa form 4 kalau tak silap, saya rasa saya terfikir untuk menamatkan zaman bujang saya at the age of somewhere 27-28 macam tu dengan alasan masa tu dah boleh berfikir dengan matang hahahahahahaha. Saya rasa sampai sekarang kot saya masih stick dengan mindset kawin bila umur 27-28. But, age is just a number. We can't really measure tahap kematangan kita tu dari umur. Dan.. siapa kita untuk lawan takdir? Lagipun kita tak tau mana satu yang sampai dulu. Ajal dulu ke ataupun jodoh dulu yang sampai. Jujur cakap, bagi saya permasalahan umur bila nak kawin tu sampai sekarang saya pun tak jumpa jawapan dia. It's like, bila sampai seru, kawin je lah 😅. Ada je kawan seumur saya masa berumur 18 tahun dah kawin, dan pada umur saya 22 tahun yang masih struggle mendapatkan segulung ijazah ni, ada kawan saya yang dah ada 2 orang anak hahahahahahaha. 
   Ada je yang nak kawin awal sebab tak nak gap umur dengan anak dia jauh. Saya ni jenis suka observe bila pergi satu-satu tempat tu. Saya pergi Korea dulu tahun 2017, kat sana saya nampak lah cara hidup diorang macam mana. Masyarakat Korea hidup memang untuk bekerja. Kawin lewat bagi diorang ada lah satu benda yang normal. Umur 20++, diorang lebih kepada kukuhkan career. 30++ or 40++ baru diorang fikirkan untuk berkahwin. Sebab tu kalau tengok anak-anak diorang pun dalam 2 orang macam tu je. Tapi tu lahhh, kalau tak silap saya jangka hayat kehidupan individu orang Korea adalah sehingga 83 tahun. Itu average. Saya tak ingat sangattttttt, tapi lebih kurang macam tu lah kalau tak silap saya. Nampak kannn sebab apa dorang kawin lambat? Kalau kita, kalau dah cecah umur 60 tahun tu pun kira panjang umur dah. Itu lah agaknya sebab kenapa kita selalu disogokkan dengan mindset umur sebelum cecah 30-an, mesti kahwin. Kalau tak, mesti jadi bahan bawangan masyarakat sekeliling. 
    From my point of view, pernikahan tu bukan soal isteri uruskan suami je. Lebih dari itu sebenarnya. Saya ada je tanya kawan-kawan saya pasal kawin, dan memang nampak lah beza pandangan lelaki dengan perempuan. Kalau lelaki cenonet je pandangan diorang tu hahahahahahaha they are more to fikirkan pasal kewangan, tapi perempuan punyalah panjang berjela dannnn most of my kawan perempuan cakap they are afraid of commitment. Marriage is also a teamwork between you and your partner. Kalau misalnya your partner not capable untuk buat certain thing, it's your job to help them out. Drop down your ego, and try to communicate and understand each other. Bukan kata, ohhh kerja rumah biar isteri je buat semua benda andddd cari duit biar suruh suami je membanting tulang cari nafkah. That's not a marriage. 
     Bila cakap pasal marriage, dia ibarat kita control sebuah kapal terbang. It must have pilot & co-pilot. Supaya kapal terbang ni boleh terus terbang sampai ke destinasi yang dituju, tak terhempas dekat mana-mana. Of course lahh pilot tu suami sebab macam mana pun suami tetap akan jadi ketua keluarga. Even though dalam mencapai permuafakatan (ayattttt hahahahahahaha) most of the time suami yang akan tetapkan decision tu (harap fahamlah maksud saya dekat sini). But, at the same time the husband need to respect dan ambil pandangan isteri juga. Sebab tu communication and comprehension are important in making every decision because esok lusa kalau ada anak benda ni sangattttttt diperlukan untuk membesarkan diorang. Siapa nak jaga, kat mana nak hantar diorang bersekolah and so on. 
     Ok, lanjutttt 😂. Masuk phase bila ada anak pula. Present of parents are important in order to build children's characters sebab kalau perhatikan anak-anak yang cukup dapat perhatian daripada parents ni selalunya senang membesar dengan baik. Maksudnya dekat sini, perkembangan otak diorang tu lebih pesat hahahahahahaha lol apa benda saya merepek ni. Sebab, bila parents jenis suka spend time dengan anak-anak, diorang akan mudah serap apa yang kita buat ataupun ada. Misal kata, anak boleh ikut leadership skills from their dad while diorang boleh dan tau buat house chores bila tengok their mom doing that things. Nak tau macam mana seseorang tu boleh bawa diri dia dekat dunia luar, tengok macam mana didikan yang diorang dapat bermula dari rumah. Saya selalu tengok way of parenting Dr Sheikh Muszaphar and Hanis Zalikha. Sumpah impress sangattttttt dengan parenting Dr Sheikh Muszaphar, sebab both of them is a working parents, tapi they still make a time to educate their children really well. While Hanis Zalikha pula, saya tau Keknis memang seorang beauty with brain. Her siblings memang well educated. Anddd keknis merupakan penerima ANC masa study diploma dulu. So, saya nampaklah reason dia tu why woman have to be educated. 
  Marriage can be complicated and also can be challenging. Sebab, katakanlah kita ni memang hidup dengan partner kita tu sorang je. Abaikan yang kawin 2-4 orang tu. I believe semua orang yang berkahwin nakkan pernikahan tu berlangsung sekali je seumur hidup. Assuming that kita akan bersama dengan partner kita tu sampai akhir hayat. Of course akan ada ups and downs. Akan ada masa mungkin kita bergaduh terukkkk, akan ada suatu masa kita rasa bosan dannnnn semestinya that feelings gonna shifted from love to need. It's not about I love you anymore, more to I need you to sort things out. Those kind of affection (love) are no longer applicable all the time. Because action speaks louder than word. We showed our love through action, not just verbally. Sebab... cinta itu tidak mengenyangkan hahahahahahaha, we still need to go for a work, find a proper job untuk tanggung perbelanjaan kita.
    Cakap pasal marriage, tbh I don't have ideal type spesifik nak yang macam mana. Cukuplah fulfilled semua yang digariskan agama dan ada mentaliti yang sama dengan saya. Tapi, saya ada lah dengar talk from Prof. Muhaya. Kat situ dia cakap, kita kena listkan juga macam mana kriteria yang kita nak. Saya percaya kita semua aware dengan ayat 'perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik'. Jadi, content Prof. Muhaya tu sebenarnya bagitau, macam mana nak tau yang kita dapat kriteria yang kita nak adalah kita kena reflect diri kita sendiri. Ada tak kriteria yang kita tulis tu pada diri kita. Kalau ada, maksudnya cerah masa depan hahahahahahaha tiberrr. That's why I keep improving myself day by day.
   To sum up, fuhhh panjang betul hahahahahahaha. Again, marriage is not a goal. It's okay if you're not going to get married. It's your choice. Being single is not a shame, tak mati pun. Takkan ada sesiapa pun yang boleh corakkan masa depan kita melainkan diri kita sendiri. So, think wisely people hahahahahahaha. That's all. 

You May Also Like

0 comments