Halaman yang hilang - jadi guru ganti

by - Thursday, January 16, 2020

  Assalamualaikum dan selamat petang semua. Tujuan saya menulis entri kali ini sebab tak ada kerja nak buat. K gurau. Tapi betul lahhh, memandangkan saya agak 'free' sekarang ni, jadi saya rasa baik saya update blog yang dah berhabuk teruk ni. Macam biasa, maafkan seorang ain ini yang sentiasa malas update blog dannnn lambat respon terhadap komen-komen dalam blog ni. Oh ya by the way, I'm currently tulis entri ni guna phone instead of laptop sebab entah lah laptop buat perangai tak dapat on. I don't know what was the problem. Tapi sampai sekarang belum hantar laptop tu pergi repair hahahahahahaha. K abaikan tak penting pun cerita laptop tak dapat on tu.
     Lama juga kannn saya tak update blog ni? 😅. Last update pasal saya tak sambung study tu kannn. Ya Allah memang berhabuk teruk dah ni. Ni kalau blog ni diibaratkan macam rumah, memang dah berhantu dah blog ni, sebab ye lahh lama sangat tinggal. Again, merepek lagi hahahahahahaha. Saya tak tau nak tulis apa sebenarnya 😂. I'll make it short and precise. 
     Anyway, selamat tahun baru 2020. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya (cliche). Lepas insiden (insiden uolsss saja nak bagi ayat dramatik) tolak tawaran sambung study hari tu, saya apply isi untuk jadi guru ganti kat sekolah or in other word GSTT. GSTT ni apa pula? Bukan government service tax tau walaupun lebih kurang je short form tu. GSTT stands for Guru Sandaran Tidak Terlatih. Maksudnya kita ni bukan well trained untuk jadi guru. Siapa-siapa sahaja boleh apply GSTT ni asalkan ada kelayakan minimum SPM then boleh proceed. Kalau apply GSTT ni boleh kena serap terus ke jadi guru? Jawapannya tidak sama sekali. 
     Macam mana nak apply? Pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kata nak apply untuk jadi guru ganti, nanti ada 1 form kena isi. Cuma nak salinan ic, slip spm & gambar passport. Kalau tak silap saya lah hahahahahahaha. Tapi hari tu saya kepilkan sekali transkrip diploma saya. Dekat form tu, awak kena isi 3 matapelajaran yang awak nak ajar. So, kalau mana-mana sekolah yang ada kekosongan masa tu, awak dapatlah jadi guru ganti tu. Tunggu dapat panggilan daripada PPD je. Gaji pula dibayar berdasarkan hari awak bekerja dan ikut taraf akademik awak. Kata lah awak ada degree, gaji yang awak akan dapat lagi banyak lah. Tapi bergantung kepada budi bicara PPD juga. Hari tu saya guna transkrip diploma pun sama juga ikut gaji SPM (takdakkk bajet 😂). Gaji untuk taraf SPM RM54 sehari. Banyak kannn? Bolehlahhh survived jadi money pocket sambung degree. 
     Sebenarnya saya apply hari tu nak ajar Math, Science, Bahasa Melayu. Tapi apa yang saya ajar? PENDIDIKAN ISLAM GUYSSSSSS! FREAKKKK! Macam mana boleh dapat Pendidikan Islam? Asalnya ayah saya tanya nak ke mengajar Pendidikan Islam sebab masa tu ada kekosongan untuk subjek tu je. Saya apa lagi bila kena cakap subjek Pendidikan Islam tu, cuak habissss. Ye lah takut kot nak ajar subjek tu. Ilmu agama yang saya ada macam level-level bawah tanah. Silap ajar sikit je confirm sesat punyaaaa. Dah lah pakai tudung pun sekadar melepasi syarat tutup aurat tu. Saya tak pakai tudung labuh punnnn. Tapi macam dapat keyakinan tu lepas ibu cakap 'kalau ain ajar Pendidikan Islam ibu percaya sebab ain sekolah dulu pun ok dengan subjek tu'. Tak tau lah ok ke tak, otak dah tepu. Masuk diploma tinggal terus subjek Pendidikan Islam. Paling-paling pun subjek CTU je yang ada kaitan sikit. 
     Cakap pasal Pendidikan Islam kan, ni result masa saya tingkatan 3. Sebab Pendidikan Islam ni kira one of my favourite subject juga lah. Pendidikan Islam ni senang score sebab kalau awak apply benda yang awak belajar, awak akan ingat dan faham. Cuma bahagian hadis & sirah je kena hafal sikit. 



     Kawan-kawan saya punyalah marah dengan saya sebab trial PMR saya dapat 100% untuk subjek Pendidikan Islam. Sampaikan ada 1 exam tu peperiksaan akhir tahun rasanya, dorang sorokkan buku Pendidikan Islam saya masa saya nak buat last revision before exam. 'Ahh kau dapat 100% buat apa belajar lagi'. Sebab result saya lagi tinggi tau daripada pelajar kelas aliran bahasa arab (saya pelajar aliran biasa), jadi paper exam saya tu memang diusung ke hulur ke hilir sampai ada juga ustazah tanya macam mana saya study subjek tu. Saya cakap je lah, saya fahamkan subjek tu sebab apa yang saya belajar saya apply dalam kehidupan seharian saya. Itu je lah kot tips daripada saya hahahahahahaha. 

...

     Nak dijadikan cerita, ehh bukan nak dijadikan cerita dah memang jadi cerita dah hahahahahahaha. Ayah saya bagi tau pasal benda tu 2 hari sebelum saya lapor diri dekat sekolah. Dengan kasut formalnya tak ada, marker pen tak ada, buku rujukan pun tak ada memang cuakkkk teramat sangat. Esoknya tu terus pergi kedai cari semua benda. 
     Sekolah yang saya mengajar tu merupakan sekolah menengah saya terdahulu. Jadi rasa macam ok lah,  sebab memang dah kenal guru-guru kat situ. Kadang-kadang join juga guru-guru bercerita dan banyak benda juga lah saya belajar daripada dorang. Mostly semua cakap 'ain ni dulu masa sekolah tidak banyak bercakap, diam jaa dalam kelas'. Yes, saya admit benda tu. Saya ni introvert. Cuma sekarang je lah ok sikit hahahahahahaha. Masa zaman sekolah dulu saya banyak join pertandingan bahasa je. Forum, deklamasi sajak, bicara berirama etc. Dalam pertandingan je saya bercakap, habis pertandingan saya senyap balik 😂. Tapi ada lah juga menjawat jawatan masa sekolah dulu. Saya rasa sebab saya introvert kot sebab tu orang anggap saya ni garang? Ke memang saya ni garang? hahahahahahaha.
     Ok berbalik semula kepada cerita guru ganti. Tadi tu sekadar flashback je. Start mengajar dari 09/04/2019 - 05/07/2019. Saya ajar pelajar tingkatan 1, 7 kelas saya ajar daripada 11 kelas tingkatan 1.  Ada 123 pelajar muslim yang saya ajar bawah saya. Macam-macam perangai pelajar saya jumpa. Ada yang buat saya happy sebab dengar kata ada juga yang buat darah saya membuak-buak naik rasa nak marah. Saya rasa itulah ujian terbesar nak jadi pendidik ni. Kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Saya tak ada tahap kesabaran yang tinggi hahahahahahaha. Sebab tu tak nak jadi guru. 
     Dah nama pun ajar Pendidikan Islam mestilah dorang panggil dengan gelaran ustazah hahahahahahaha. Saya ada cakap jugalah dengan dorang saya ni bukan ustazah, tapi terpulang nak panggil saya ni cikgu boleh ustazah pun boleh. Ada yang panggil cikgu, ada yang panggil ustazah 😂. So far, pengalaman jadi guru ganti tu sangattttttt berharga. Memang betul-betul build self-confidence saya. Langsung tak takut berdiri depan kelas tak tau lah ke sebab gap umur tu jauh? Mungkin lah kannn 😂. 
     Ok, saya cerita sikit pengalaman saya sepanjang jadi guru ganti. Saya ni boleh bawa bergurau, tapi kalau ada masa saya serius, saya memang serius. Pelajar tak siap homework? Hmmm memang saya denda dannn memang saya marah. Pelajar tak dengar cakap pun saya marah. Ada lah 2 kelas tu kelas 1 Zircon & Turquoise saya tak tau lah macam mana nak didik dorang. Kalau subjek Pendidikan Islam memang 2 kelas tu bercampur. Saya ada juga rasa macam saya ni gagal mendidik dorang. Dorang bising dalam kelas dan sepatah haram apa saya cakap dorang tak nak dengar. Sampaikan tahap kesabaran saya tu memang reached level maximum dah, meletus juga kemarahan saya ni hahahahahahaha. Sedang mengajar pelajar 1 Zircon & Turquoise, tiba-tiba 'Yang di belakang tu apa masalah kamu? Kalau kamu tidak mau belajar dalam kelas saya KAMU KELUAR SEKARANG! Dari tadi lagi saya perhati kamu di belakang, KAMU MAIN! BUKU TEKS PUN TIDAK BAWA, TIDAK KASI KELUAR!' Yesss itu dia Ain Rasyiqah bila marah. 1 kelas senyap masa tu hahahahahahaha. Bila jadi guru ganti ni, saya rasa saya pegang tanggungjawab besar tau. Sebab guru tugas dia mendidik. Bila pelajar tak dengar cakap, tak buat kerja saya rasa macam itu adalah salah satu kegagalan saya dalam mendidik. Ye lah, kita bekerja untuk dapatkan gaji yang halal (sehhhhhh) dan nak dapat keberkatan dalam mendidik tu. Sebab kerja mendidik ni merupakan satu amalan yang mulia.
     Itu cerita pasal marah, sekarang masuk cerita pelik pulak 😂. Ada 1 topik tu iaitu asas akidah islam, bahagian syirik tu saya cerita pasal jual garam dekat kubur. Kalau mengajar, saya suka relate dengan cerita sekeliling supaya dorang senang faham. Tapi yang peliknya sampai last class saya dengan dorang, dorang ingat cerita jual garam dekat kubur tu. Last soalan dorang dekat saya 'Jadi ustazah, boleh kan saya jual garam di kuburan?'. Jual garam dekat kubur tu antara cerita popular jugak kann? Jadi saya kait lah dengan perkara syirik. 
     And.... jadi pendidik ni kena ready dengan segala kebarangkalian soalan pelik yang pelajar akan tanya sebab dorang mungkin akan tanya soalan beyond scope of the lesson. Antara soalan pelik yang saya ingat saya dapat 'ustazah, kenapa di kuburan tu dorang guna mozaic berkilat?' 'Kalau terjadinya dukhan, seluruh alam ni gelap. Macam mana kita mau tau waktu solat?' 'Jadi, boleh lah tu kan guna kulit anjing kalau sudah samak?' 'Kalau Nabi Adam tidak makan buah tu mesti kita hidup di syurga sekarang kan?' Yesss, saya selagi ada masa free sebelum masuk kelas, saya baca semua buku google itu ini takut salah info. Sebelum tidur pun buka buku. Tapi Alhamdulillah semua saya boleh jawab kecuali soalan dukhan tu. Saya siap chat kawan saya dekat Jordan tau tanya pasal tu 😂. Ini jawapan dia 


     7 classes is quite a lot juga lah. Cikgu-cikgu pun ada cakap banyak kelas saya handle. Tapi ye lah kan, dah saya ganti ustazah sorang tu cuti bersalin dan kebetulan pula memang banyak kelas bawah dia, so terima je lah kan. Saya takut sebenarnya pegang kelas banyak-banyak. But, alhamdulillah exam pun students ramai perform. Saya siap print buat nota untuk pelajar-pelajar saya supaya dorang boleh fokus topik-topik peperiksaan pertengahan tahun. Buat latihan kbat everytime habis awal satu-satu topik tu. Dan apa yang buat saya terkesima sikit bila ada beberapa pelajar yang boleh jawab soalan kbat dengan baik. Pelajar tingkatan 1 boleh jawab soalan kbat dengan baik satu benda yang boleh dibanggakan. Bila tanya macam mana dorang jawab kbat, dorang cakap kena banyak membaca. Yessss! Bijakkkk adik-adikku ini. Ohh yaaa, semak kertas soalan pelajar pun salah satu pengalaman baru saya juga. Rasa geram, marah, kelakar semua benda ada. Kadang-kadang macam tak tercapai akal fikiran tau jawapan dorang. Siap terfikir lagi 'bila masa lahhh ajar budak-budak ni benda ni' 😂😂😅. Key-in markah dalam SAPS pun saya dah pernah buat. Best lahh jadi guru ganti ni. It's a lifetime experience gituuuu. Bawa bekal pergi sekolah, makan dalam bilik guru semua tu akan dirindui 💕
     
...

     Lepas jadi guru ganti, Alhamdulillah saya dapat offer sambung degree dekat UiTM Samarahan, Sarawak dalam bidang perakaunan. Sama je macam saya apply penerapan hari tu & course masa saya diploma. Macam yang saya cerita dekat previous entry saya. Sekarang ni tengah cuti semester, sebab tu ada masa nak update blog hahahahahahaha. Dah habis lah semester 3 saya. Nampak kannn sekejap je masa berlalu. Know know sem 3 end 😂. Okayy, that's it. Sekian...

You May Also Like

2 comments

  1. boleh ke kita apply jadi guru ganti sambil amik degree. like part time

    ReplyDelete
  2. Hye sis.. kalau jadi cikgu ganti ni kene buat report harian macam cikgu lain juga ke?

    ReplyDelete