Berlabuh di pengakhiran langkah
Tak pernah terfikir dan tak pernah sangka, seorang insan yang pernah jatuh dahulunya kini berjaya menamatkan pelajarannya di peringkat diploma. Buat ibu dan ayah, maaf kerana tak dapat keputusan yang bagus masa UPSR dulu. Tetapi hari ini, anakmu telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perakaunan.
Tahu, ayat tak berapa nak sedih. Nanti masa konvo In Shaa Allah ayat sedih akan disajikan. Biar semua orang meneguk air mata sambil meratah sajian kejayaan daripada diri ini hahahahahahaha. Sejujurnya, langsung tak pernah sangka yang saya dapat menamatkan pengajian within the estimated time. 'Graduate On Time (GOT)' merupakan suatu matlamat utama sebaik sahaja saya melangkah ke almamater. Setiap semester, doa saya hanya satu iaitu 'Ya Allah, walauapapun yang berlaku, walau susah macam mana pun pelajaran yang aku pelajari, jangan pernah hadirkan rasa berputus asa dalam diri. Berilah aku kejayaan dunia dan akhirat. Bantulah hamba tamat belajar tepat pada waktunya. Kejayaan yang hamba peroleh bukanlah untuk diriku seorang, tetapi lebih kepada untuk membanggakan kedua ibu dan ayahku'. Maybe for the next entry I'll share how I managed to achieve GOT. Sekarang ni cuma nak share apa tindakan saya setelah tamat diploma.
Keputusan peperiksaan akhir diumumkan pada Jumaat minggu lepas 15/02/2019. Waktu ni merupakan detik penentuan buat semua pelajar semester akhir samada dapat GOT, kena ambil sub paper ataupun kena extend for another 1 semester. UiTM memang suka sangat keluarkan result exam hari Jumaat. Agaknya dia nak suruh dak dak uitm ni berdoa sebelum dapat result 😎. Setiap tahun, pelajar uitm memang akan ternanti-nantikan 'salam' daripada UiTM. Salam UiTM ni apa? Benda ni sangat common dalam kalangan pelajar uitm di mana pelajar akan dapat keputusan exam through their email. Memang akan keluar 'Salam UiTM' dekat email. Tapi, semester ni lain sikit. Dorang abolished salam uitm, dan gantikan result exam yang boleh disemak through an app. Actually app ni dah ada last semester, tapi memandangkan seluruh uitm guna app yang sama pada semester ni memang gamaknya system down all the time. Masuk uitm memang kena hadap dengan segala kemungkinan sebegini rupa. Sebab, UiTM dihatiku kan 😂.
Nasib jugalah result exam dalam student portal boleh check awal. Dah jadi kebiasaan seorang Ain bila check result mesti tutup the whole result. Tangan sebelah scroll down, tangan sebelah tutup screen hand phone 😂. Mula-mula tengok cgpa & gpa. Lepas tu check dapat 'LU' atau 'GA'. Last sekali baru tengok gred every subject. Tapi, this time lain sikit. Selalu kat email result dia kecik sikit. Tapi guna student portal result dia beso gedabak. Tak sempat nak cover guna tangan dah boleh nampak result. Nasib baik semua pass. Kalau ada gagal maunya nangis keluar air mata darah.
Alhamdulillah, bibir tak henti mengucapkan Alhamdulillah sejurus sahaja nampak result exam. My GPA naik jauh sangat guys setelah 2 semester jatuh merundum. With that, I'm officially done with my diploma. 2 tahun setengah tak terasa sebaik sahaja terima keputusan akhir. Segala penat lelah, tangisan menuntut ilmu semuanya terbalas. Benar lah, mendaki puncak gunung itu sangat mencabar. Tapi, kita sebagai pendaki kenalah kentalkan hati meneruskan ekspedisi ke puncak gunung. Bila sampai ke puncak gunung, barulah kita rasa bahawa inilah kejayaan sebenar. Kita dapat melihat cantiknya pemandangan kejayaan kita, menghirup udara segar tanda dapat menghela nafas lega. Bila kita toleh kearah tempat yang kita telah daki, barulah kita sedar bahawa jalan yang kita lalui sebenarnya tidaklah mudah.
18/02/2019 sekali lagi pelajar semester akhir kena panik lol sebab tunggu result penerapan. Haa, bahagian ni saya cerita panjang sikit sebab mungkin ramai yang tak faham dengan keputusan yang saya buat. Saya dapat course Finance dekat UiTM Segamat. That's it. Benda ni lawak tau (lawak bagi saya, tapi tak lawak bagi orang lain). Masa isi penerapan hari tu, saya dah cakap dah dengan kawan-kawan yang lain 'tolonglah jangan dapat course finance'. Kenapa? Ok macam ni. Penerapan ni hanya untuk budak uitm yang habis diploma terus diserap masuk degree ke uitm juga. Tak perlu mohon upu. Penerapan boleh isi 3 pilihan course yang bertakhta di hati awak semua. Saya isi pilihan 1 - accounting, pilihan 2 - finance, dan pilihan 3 - International Business. Antara ketiga-tiga course ni, bab finance tu paling lama nak isi. Entah tak tahu kenapa nak letak juga finance kat situ. Sebab Ya Allah, memang tak minat gila dengan benda ni. Even masa diploma ada belajar pasal finance dalam subjek MAF253 & FAR340, you can see my boring face dalam kelas. SIS TAK MINATTTTT WEHHHHH. Tapi, some lecturers ada cakap, kalau student account ambil degree finance ni senang nak dapat dekan (Idk why). Sebab tu lah agaknya letak juga course finance dalam pilihan. Termakan dengan cakap lecturer hahahahahahaha. Tak lah, lagipun masih related dengan accounting field. Nanti tiba-tiba isi course theater maunya terkejut beruk semua orang.
Bila dapat result penerapan tu saya dah reda dah ohh mungkin bukan rezeki dapat sambung accounting. Tapi, keesokan harinya Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) ada call, dah petang dah masa tu. 'Dah terima tawaran atau belum? Nak tak kalau ganti pilihan kedua ke pilihan pertama' Masa ni dah tak tau nak react macam mana. 'Dapat course accounting ni kat mana eh?' 'Sg Petani Kedah, fikir dulu kalau rasa berminat nanti call di nombor yang tertera'. I literally got 2 choices. Nak UiTM Segamat ke Sg Petani? Hati kata nak pergi, tapi mental kata jangan pergi.
Mesti orang kata saya ni bodoh. Masa dapat course finance tu dah cakap dah yang saya tak nak pergi. By the way, saya dapat penempatan kat semenanjung sebab hari tu isi penerapan guna alamat Selangor (in case if you guys wondering). UiTM Segamat jauhnyaaaa plus I'm not familiar with that place. Tapi bukan tu sebabnya. Bila dapat kat Kedah pula mesti orang cakap lagi sekali 'Dia ni memang BODOH!' dah dapat 2 pilihan tapi dua-dua tolak. Yes, I rejected both. Seandainya ada award untuk anak paling degil, I'm sure I'll be the winner. Suka buat decision sendiri. Dah cakap dengan parents tak nak pergi. Tapi syukur sangat-sangat because my parents are very supportive. Tak paksa saya pergi sambung degree terus.
Actually, tak nak sambung degree terus sebab I'm worried that saya tak boleh nak adapt dengan kehidupan sebagai student degree. Orang kata degree is 5-10 times harder than diploma. Saya taknak buat keputusan terburu-buru. Saya taknak sambung degree sebab ikut orang lain sambung degree juga sedangkan pada hakikatnya saya langsung tak ready mental dan fizikal. Of course saya nak cgpa saya kalau boleh maintain or even better every semester sebab selalunya semester pertama plays an important role to maintain your cgpa. At the end of the day, bila kita melangkah ke alam pekerjaan nanti, orang tak ambil awak bekerja berdasarkan umur awak, tapi orang ambil awak bekerja kerana skill & knowledge yang awak ada. Orang tak tahu struggle kita, because they're not in our shoes. Abaikan sahaja kata-kata mereka because you know yourself better. Banyak sebenarnya sebab yang tak mampu terungkap. Tak kisahlah kalau orang nak panggil saya ni bodoh ke apa. We cannot please everyone.
I'm just taking a long break. Tak ada lah kata saya nak stop study sampai tahap ni sahaja. As for now, saya cuba fikirkan what's good for me. I know and I do believe something good will come out soon. Saya percaya sangat-sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Tolak tawaran sekarang pasti ada tawaran yang lebih baik pada masa akan datang. Sekarang ni masih berfikir nak sambung degree atau nak ambil ACCA. Kalau sambung degree nak teruskan course accounting atau ganti course lain? Nak terus study dekat uitm atau masuk universiti lain? I know, I still have a really long time to think about it. Anyway, good luck everyone yang akan terus melangkah ke alam degree. I'm wishing you all the best 😊. I hope I make things clear here. Till then ❤..
I'm just taking a long break. Tak ada lah kata saya nak stop study sampai tahap ni sahaja. As for now, saya cuba fikirkan what's good for me. I know and I do believe something good will come out soon. Saya percaya sangat-sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Tolak tawaran sekarang pasti ada tawaran yang lebih baik pada masa akan datang. Sekarang ni masih berfikir nak sambung degree atau nak ambil ACCA. Kalau sambung degree nak teruskan course accounting atau ganti course lain? Nak terus study dekat uitm atau masuk universiti lain? I know, I still have a really long time to think about it. Anyway, good luck everyone yang akan terus melangkah ke alam degree. I'm wishing you all the best 😊. I hope I make things clear here. Till then ❤..
0 comments