Tips Penjagaan Rambut Ikal Mayang

by - Monday, February 04, 2019


     Setelah sebulan berlalu, barulah terhasilnya entri ini. Ok baiklah, sebelum kita mulakan agenda utama hari ini, diminta anda untuk tenangkan diri jangan excited lebih walaupun sebenarnya korang patut excited lebih serta sila duduk dan jangan lari. 
     Benda pertama yang korang perlu tahu sebagai seorang insan yang ada rambut lol adalah you guys kena tau apa itu rambut ikal. Rambut ikal atau dalam bahasa inggerisnya adalah wavy hair. Rambut ikal dengan rambut kerinting ni ada beza tau walaupun hakikatnya ramai diantara kita yang panggil rambut ikal tu pun rambut kerinting. Boleh google untuk tambah ilmu 😊. Dah baca banyak artikel pasal rambut ikal ni, ternyata ramai rupanya suka rambut ikal sebab katanya menawan hahahahahahahaha. Betul ke menawan? 
     To be honest, I always nak dapat rambut lurus macam dalam iklan syampu 'guna jari pun boleh'. Kat rumah ada straightener rambut, tapi tak pernah pun ada hair curler. Keobsesan yang melampau sebab orang lain ada rambut lurus sampai kadang-kadang rambut rosak kerana penggunaan hair straightener yang terlalu kerap. Ohh yaa, by the way I've natural wavy hair. Masa kecik-kecik dulu tak juga berapa nampak wavy hair dia tu, cuma kat bahagian bawah je, tapi bila dah besar ni makin nampak pulak volume rambut tu. Dah makin membesar ni, dah mula reda untuk menerima hakikat yang rambut ikal tu sebenarnya terhasil diatas faktor genetik. Sampai setiap kali balik kolej selepas cuti balik rumah, mesti kawan-kawan akan tanya 'kau curl-kan rambut kau?' hahahahahahahahaha. It's natural guys! Cukup membebel pasal diri sendiri, saya sertakan gambar rambut ikal mayang dan rambut kerinting supaya boleh nampak beza kedua-dua jenis rambut itu.






Rambut ikal (wavy hair) alunan rambut tu lebih besar berbanding rambut kerinting. Selena Gomez mempunyai jenis rambut ini. Yang ini pun boleh google jugak ye kalau nak tengok rambut Selena Gomez wavy ke tidak.



Rambut kerinting (curly hair) alunan dia lebih halus berbanding rambut ikal. Salute betul dengan mereka yang mempunyai rambut macam ni sebab susah kot nak jaga rambut kerinting ni.

     Baiklah *drumroll*. Kita beralih ke tips penjagaan rambut ikal mayang. Kalau rasa ada yang bermanfaat bolehlah ikut, tapi kalau rasa ehh dia ni macam tak kena je tips dia ni diminta anda untuk tidak mengikuti tips ini. Anyway, boleh check kat belog Keknis sebab Keknis pun pernah tulis entri pasal ni dan sangat-sangat membantu.



1. SYAMPU RAMBUT 2 ATAU 3 KALI SEMINGGU
  • Ramai yang suka syampu rambut dengan begitu kerap sedangkan hakikatnya 'menyampu' lol (shampooing) rambut setiap hari boleh membuatkan rambut kering sebab kulit kepala menghasilkan minyak sendiri (tapi minyak ni tak boleh guna untuk goreng ikan ke apa). Tak tau macam mana nak guna terms untuk explain benda tu, tapi that's it hahahahahahahahaha. Saya guna syampu brand Tresemme and I think inilah kot salah satu punca rambut makin berombak beralun. Bagi yang ada masalah dandruff, boleh guna syampu Selsun Blue *totally recommended* sebab rasa fresh kulit kepala lepas guna. Sebagai seorang yang berhijab, harus diakui menjaga rambut itu agak rumit. Saya tak ada pun masalah kelemumur sebenarnya, cuma bila pakai tudung dan terdedah kepada sinaran cahaya matahari itulah yang membuatkan kulit kepala gatal. Sebab tu saya pakai Selsun Blue cuma tak berapa kerap. Dalam sebulan tu mungkin 2-3 kali je pakai. 


2. CUCI RAMBUT SETIAP HARI MENGGUNAKAN PERAPI RAMBUT (CONDITIONER)
  • Saya akan cuci rambut pada waktu malam sahaja setiap hari menggunakan conditioner. Conditioner pantene boleh guna setiap hari, jadi taklah risau orang kata nanti rambut rosak sebab cuci rambut setiap hari. Pakai conditioner ni best, sebab selain daripada bagi hasil rambut jadi lembut, ia juga buat rambut kita wangi. Dear hijabis, bagi extra attention kat rambut kita sebab rambut perlukan perhatian lebih. Bukan perempuan sahaja yang nakkan perhatian, rambut pun nak perhatian ok. Cara pakai conditioner ni senang je. Basahkan rambut, sapukan condtioner dari bahagian tengah rambut sehingga ke hujung rambut. Note that, jangan kena kulit kepala plus always guna air sejuk bila mencuci rambut. Biarkan selama 3 minit, lepas tu bilas.


3. GUNA MINYAK RAMBUT
  • Tak kisah minyak rambut ke krim rambut ke, asal boleh menghasilkan lembapan pada rambut kira ok lah tu. 
4. HAIR VITAMIN
  • Kenapa hair vitamin sangat penting untuk rambut kita adalah kerana rambut kita pun perlukan nutrien. Saya guna hair vitamin brand Ellips warna pink macam gambar bawah ni. Hasil dia rambut jadi lembuttttttt sangat-sangat. Hair vitamin ni pun membantu pertumbuhan rambut. Perasan je sejak pakai hair vitamin ni rambut makin cepat panjang. Benda alah ni pun tak boleh kena kulit kepala. Same concept applies macam cara guna conditioner. Cuma beza dia, hair vitamin ni pakai selepas cuci rambut. Agak-agak rambut dah nak kering, sapu lah hair vitamin ni.

5. GUNA SIKAT BERGIGI JARANG
  • Rambut anda pernah tersekat di skala enam ketika menyisir rambut? Ya, itu bermakna anda salah memilih sikat. Saya takkan sikat rambut selepas mencuci rambut. Saya akan menyisir rambut sebelum atau semasa mencuci rambut. Selalunya bila sikat rambut masa bilas conditioner tu tak ada masalah, sebab conditioner buat rambut kita senang diurus. In fact, kadar pengguguran rambut itu berkurang sebab sikat rambut selepas cuci rambut leads to hairfall. Pilih sikat yang bergigi jarang, sebab salah pilih sikat nanti rambut kome ngebang macam Kak Limah. 

6. PENGGULUNG RAMBUT
  • Point tak ada kena mengena dengan apa yang nak disampaikan lol. Macam yang saya cakap pada awal entri ni, saya tak ada hair curler pun. Demi menjaga ombak rindu gulungan rambut tu, saya suka sanggul rambut. Sebab tu saya suka betul tengok rambut saya sendiri lepas buka hijab. Lawa gilosss alunan rambut tu. Kalau saya, saya suka gulungkan rambut tu naturally guna tangan tanpa sebarang peralatan. So that your hair volume tu terpelihara dan cantik terletak even though my hair tak adalah lawa mana pun sebab malas jaga *jujur*. 
7. JANGAN KERINGKAN RAMBUT GUNA TUALA
  • Lepas cuci rambut, biasakan untuk tak keringkan rambut guna tuala sebab tuala tu cukup kasar untuk membuatkan rambut kita rosak. Biarkan rambut kita kering secara semulajadi.  

Rasanya itu je lah kot. Sedikit pesanan hikmat masyarakat daripada saya. Jangan biasakan mencuci rambut pada waktu siang unless kalau kita tak pakai tudung pada hari itu. Elakkan pakai tudung bila rambut basah sebab rambut basah kot nanti bau kepam kepala awak tu. Nanti tak tentu pasal berkutu/berkelemumur pulak. Hijabis sekalian, do take care of your own hair sebab rambut itu adalah mahkota seorang wanita. Semoga entri kali ini bemanfaat, kalau ada tips baru nanti akan di-update. 












You May Also Like

4 comments

  1. Nk tanya ni tips utk luruskan rambut ke? Pastu nk tanya kalau guna tips utk lelaki boleh ke?? Please response.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki boleh je guna. But, this one bukan tips luruskan rambut. Kalau nak luruskan rambut, kena pergi saloon utk rebonding

      Delete
  2. Macam mana orang syampu sekali sekala?? Saya kena basuh hari2 sebab kalau tak rambut berminyak.

    ReplyDelete
  3. Hair vitamin pakai seminggu sekali ke?

    ReplyDelete