Santai bersama segelas susu

by - Tuesday, January 01, 2019

     Hai, assalamualaikum. Tajuk entri ni baru dapat inspirasi sejurus sahaja menekan butang klik 'new post' sebab baru habis sedut sekotak susu Dutch Lady hahahahahahahahaha. Alasan lain sebab malas nak fikir tajuk lain lol. Anyway, selamat datang ke tahun 2019! Ayat cliche setiap tahun 'semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya'. Sebenarnyakan, ayat ni dah memang sebati dah dalam hidup kita. Setiap tahun memang kita akan dengar benda yang sama. Tapi, bila fikir balik.... Kenapa orang beriya-iya sangat nak sambut tahun baru walhal semua benda sama je tak berubah pun dari tahun sebelumnya. Ya, sebab tahun baru ni ibarat kita bila buka lembaran buku yang baharu. Macam juga kita bila beli buku baru. Perasaan teruja tu membuak-buak. Dah lah buku baru tu bau dia lain macam, lepas tu kita akan selak helaian buku tu berhati-hati. Maaf ayat tak puitis sangat, sebab tak plan pun sebenarnya nak buat entri baru huhuhuhu. 
     2019, alhamdulillah setapak kaki melangkah meningkat lagi usia kita. Dah plan matlamat baru ke belum? Semoga apa yang dihajatkan dapat dicapai. Untuk short-term plan, tak minta banyak cukuplah dapat Graduate On Time (GOT). Untuk long-term pula, saya nak hidup saya lebih teratur, istiqamah melakukan ibadah, hablum minallah hablum minannas dan ada lah beberapa goals ehh mana boleh bagi tahu korang semua benda hehe. 
     Tapi, dalam banyak-banyak benda yang berlaku sepanjang 2018, memang tak expect langsung yang blog ni ada juga orang baca. My first post for 2018 was Muet Tips. Tak sangka kot dapat huge wave sejak tu, ada jugekkkk orang baca blog ni dan ada juga yang sampai pm kat facebook. Tapi baru beberapa bulan kebelakang ni, saya perasan dan baca chat tu. Sorry lah, sis kalau facebook ni memang lambat sikit respon. Tak install messenger dalam phone. Sorry tau awak, sampai sekarang rasa bersalah tu ada kepada anda yang bertanya tu. If you guys have anything to be asked, kindly dm me in instagram even though I may be not accepting your follow request or you can directly dm me in twitter. Rasanya twitter je kot akaun public saya selain daripada blog ni *and also youtube hah hah hah*. Bukan apa, it's an honour jugalah sebab seriously I was not expecting yang sampai sekarang dah cecah 61,370 total pageviews daripada 20k something. Sebelum bulan Disember pun macam ohh mungkin paling tinggi pun 60,000 views itupun macam MUSTAHIL boleh sampai. I guess I'm way to ambitious sebab expect boleh sampai 60k sedangkan ada 8 posts je. Tapi, masa awal bulan Disember dah cecah 60,000. You guys are amazing! Thank you so much 💗. 
     In shaa allah, lepas dah settle final exam ni saya istiqamah *lah kot* update blog. Dah ada beberapa entri yang saya dah cuba rangka. Cuma, my main concern right now is more on focusing my exam. Ni pun entah apa lah buang tebiat nak update jugekkkk sedangkan ada paper 3hb ni. Ok lah, rasanya itu je kot, saja nak nak blog ter-update in 1st January 2019 😂. At least nampak lawo sikit ada post kat pembukaan tahun. This is not a goodbye, but this is a good hi 😁 to everyone. Let's cherish the 2019 and let's uwu together! 😚. *buka buku, study*.

You May Also Like

0 comments