What it feels like to be an introvert

by - Monday, March 16, 2020

     Assalamualaikum andddd good morning everyone. Haa ni baru ada masa sikit untuk update blog since I don't have face-to-face class. Only online learning by 10am kejap lagiii. Anyway, stay safe everyone. I'm not sure either apa keputusan UiTM untuk pelajar dia. We'll be informed by today/tomorrow in shaa allah sama ada masih ada online learning, kena suruh balik or whatever. I'm hoping for the best 🙇‍♀️ and may Allah protect us all from this Covid-19. I do really hope everything soon will comeback to normal andddd pleaseee don't do that 'panic buying' thing. Do have some common sense 📌. 
     Actually hari tu ada buat 'ask me questions' stuff dekat Instagram and this topic was suggested by my ex roommate masa zaman diploma dulu, Qila Nadirah. She's a science student and currently pursuing her study dekat UPM. You can really ask her how 'pendiam' I am back when I was her roommate. I don't talk much. The only time that makes me able to have a proper conversation with them (roommates) masa bulan Ramadan. Sebab masa tu mesti berbuka puasa dekat bilik, so kiteorang kumpul kat bilik dan makan kat lantai ramai-ramai. Jadi, we shared our stories this and that sambil-sambil makan tu. 
     Qila suggested to write an entry about 'Introvert vs Extrovert' but I don't think that I can cerita lebih-lebih pasal extrovert because I don't know their personality traits really well. It's just on surface. Ohh yaa, by the way saya pernah tulis puisi pasal introvert ni dulu (dalam ig story). I give some hints how introvert actually feels hahahahahahaha. Tapi tak pasti kalau benda tu sampai dekat hati pembaca. Sebab tu ada beza penulis & pembaca ni. Penulis menulis daripada hati dan tak semestinya apa yang dimaksudkan sampai ke hati pembaca kerana sudah menjadi lumrah, setiap manusia itu menilai sesuatu benda berbeza-beza. Nahhh, saya sertakan bersama-sama puisi introvert ni. Tak faham boleh tanyaaa hahahahahahaha lol macam dalam kelas pulak ada sesi soal menyoal 😂. But, seriously.. Ruang komen sentiasa terbuka untuk kalian semua 😊



     Dannnnn ini pulak saya attached kann sekali sedikit summary apa itu introvert & extrovert (source from pinterest) 


     Sejujurnya, kadang kala saya berharap saya dapat keluar daripada belenggu introvert tu. Ni betul saya tak tipu, bila nak berkomunikasi dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan seseorang yang kita tak rapat, saya perasan saya susah untuk berkomunikasi dengan individu tersebut. Seolah ada satu tembok besar yang menghalang saya untuk terus bertutur dengan orang lain. Bukan tak cuba, memang dah cuba, tapi hasilnya tetap sama. Sebab benda tu dah lahir dalam diri sejak dulu. Kalau tengok dalam mana-mana platform media sosial saya, nampak macam saya ni seorang yang pot pet pot pet (banyak cakap) hahahahahahaha. Tapi percayalah, saya tak sebising yang kalian nampak dalam media sosial. Tanyalah siapa pun yang mengenali saya, mesti diorang akan tanya kepada kawan-kawan saya yang lain 'kenapa ain/yin tu pendiam? Dia memang x banyak bercakap?'
     Bila cakap pasal introvert ni, tak semestinya asal introvert je mesti seorang yang pemalu. Ada je introvert yang boleh berkomunikasi dengan baik (not shy shy cat). Cuma, apa yang membezakan introvert dengan extrovert ni adalah introvert lebih memilih untuk melakukan sesuatu benda tu seorang diri manakala extrovert sebaliknya. Senang cerita, introvert ni lagi confident bila buat semuanya sendiri dan menghabiskan masa juga seorang diri. Tolong bezakan ye introvert dengan orang yang ada depression. Introvert ni boleh je keluar bergaul dengan orang lain. Tapi, ada kalanya golongan ni perlukan ruang untuk bersendiri. 
 Sebagai seorang introvert, saya lebih suka menghabiskan masa sendiri. Baca buku, baca blog orang lain, tengok youtube mostly lebih kepada content yang melibatkan thought/opinion. I loveeee that kind of content so that saya boleh expand my way of thinking. Pada dasarnya, introvert ni memang banyak berdiam, tapi sebenarnya golongan ni adalah orang yang palingggg banyak bercakap dalam minda. I've soooo many things pop up in my mind. 
     If you want a good listener, do find them sebab orang introvert ni selalunya memang akan fikir dulu sebelum bercakap. Dari situ, bolehlah minta serba sedikit pendapat daripada mereka kerana memang minda diorang ni yang lagi petah berkata-kata berbanding mulut mereka. I may be not good in giving advice, but I may help to ease your burden by listening your untold feelings 🙂
     Oleh sebab itulah saya buat blog. Supaya saya boleh share apa yang saya fikirkan pada suatu masa tu. Sebab jujur cakap saya tak tau macam mana nak bercerita dengan orang lain, even nak mulakan cerita dengan orang lain. Saya memang struggle untuk  cuba bercerita dengan orang supaya tak rasa ada jurang dalam berkawan dengan saya. Cuma saya rasa lebih selesa untuk berkongsi cerita bersama dengan keluarga kecil saya sahaja. 
   One thing yang mungkin ramai tak perasan. Introvert ni sejenis yang observant hehehe. Benda remeh pun saya perasan kalau berubah. Katalah saya berkawan dengan seseorang tu, saya mesti akan perasan kalau dia berubah contohnya dari segi bercakap, nada suara, body language semua tu. 'Bapak ahh yin, kau ni semua benda kau perasan kalau berubah' 😂
     Itu je nak share hahahahahahaha. Rasanya entri kali banyak sangat bahasa rojak, tapi apa saya kesah. Blog saya, suka hati saya lah hahahahahahaha lol. Ok, sekiannn. Have a nice day 😬

You May Also Like

0 comments