Rayakan sebulan
Sebenarnya nak post hari tu lagi, tapi tu lah terpindah cerita lain pulak. Well, since raya nak habis, amacam raya you guys? ada ambek puasa 6? iman macam mana?
So, usually kalau raya aidilfitri, ain mmg balik Brunei. Kiranya raya dekat overseas jugaklah enn? hahahahahaha. Ain nak payung gambar sikit so you guys bolehlah bayangkan macam mana rupa negara Brunei Darussalam.
Legislative Council of Brunei
The Royal Regalia Museum
Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque
Kalau pergi Brunei, I'm sure you guys boleh improve bacaan jawi, sebab mostly semua kedai kat sini dorang akan guna signage bertulisan jawi, so yes you guys perlu excited lebih sebab benda ni jarang jumpa dekat Malaysia.
I don't know why, ain memang suka snap gambar pemandangan berbanding selfie, sebabnya setiap gambar yang kita snap tu semestinya ada memori yang terselit. Kalau kita suka ber-selfie, kita cuma akan nampak perubahan pada diri kita sendiri orang kata 'puberty hit', tapi kalau kita gambar benda disekeliling kita, benda tu dapat mengimbau kembali memori yang hampir lenyap. Lagipun tak semua benda yang kita buat kita boleh ingat.
As usual, setiap tahun pada 2-3 syawal, Istana Nurul Iman dibuka untuk orang awam melihat sendiri istana tersebut dan juga paling best dapat bersalam/bersua dengan kaum kerabat Brunei. Tpi of course ada rules kalau nak masuk istana. Plus, you guys akan dapat bawa balik sekotak 'gift' beserta sekeping kad raya, jadi perlulah excited lebih sekali lagi. Btw, tak masuk pun istana hari tu, just snap gambar masa lalu depan istana hahahahahaha.
Nurul Iman Palace
Last one, yang ini waktu ain & family beraya rumah kawan ayah which is also known as local artist (kawan ayah aku famous lol). Seriously guys, lukisan dia memang lawa. Ain ni tak lah berbakat melukis, but kalau soal mewarna guna oil pastel yes I can do well. Sebab ain pernah join kursus belajar mewarna guna oil pastel, kira tau jugalah sikit sebanyak pasal seni ni hahahahaha.
Since masa balik dari Brunei lalu Tenom, so kitorang pun pergi lepak kejap minum kopi dekat kilang Fatt Choi.
Excited kejap. Rasa nak jerit 'aaaaaaa'. Okayy tak ada lah. Memandangkan ain tak minum kopi, so say yes for my favourite drink! ice-blended green tea.
So, that's all for my 2017 Hari Raya Experience. Don't forget to be happy, because every heart has a story to tell.
0 comments