Ilmu tanpa sempadan

by - Monday, July 17, 2017

   

     Apa sebenarnya ilmu pada pandangan setiap individu? Adakah ilmu itu diukur berdasarkan tahap pendidikan seseorang?
      Bagi ain sendiri, ilmu tu universal. Sampai bila pun kita tak akan habis tuntut ilmu. Ilmu tu bukanlah diukur berdasarkan diploma, degree, master dan dot dot dot. Tapi, tu lah.. kita ni hidup dan berpijak di bumi yang sama, sudah tentulah ada peraturan dalam kehidupan. Belajar bagai nak rak nasib almari tak masuk campur (tak ada kaitan). Kita belajar tinggi, jadi gaji pun lumayan. Part ni ain admit jugalah (ada ayat jugalah kat situ). Jadi, kalau individu yang tak ada certificate macam mana pula nasib dia? Gaji sikit? 
      Seperti semua orang tau, bila tak ada certificate, confirm gaji sikit. Tapi, ada sebilangan individu yang tak perlu semua tu pun tapi dia mampu untuk making money jauh lebih banyak daripada individu yang berpelajaran. Kenapa? sebab dia ada ilmu. Ilmu ni susah nak gambarkan berapa luas sempadannya. Ilmu ni kat mana-mana pun kita boleh dapat, even tepi jalan pun boleh dapat. Ain yang tengah menulis entri ni pun dapat ilmu baru.. Haa, makcik yang tengah tengok Elfira Loy dalam tv tu pun dapat ilmu baru. See? Can you see that? 
     Usahlah kita menilai tahap kepandaian seseorang tu melalui tahap pendidikan dia. Kadangkala ain terfikir kenapa budak sekolah pondok boleh berjaya walhal dorang tu tak ada pun belajar akademik macam sekolah biasa. Contoh paling dekat di mata masyarakat adalah Dato' Aliff Syukri (I'm not sure if Dato' Aliff ada belajar subjek lain dekat sekolah pondok, correct me if I'm wrong). Dia kaya, travel luar negara walaupun english tak perfect, tapi kenapa dia jadi jutawan? Sebab dia ada ilmu untuk menjadi seorang usahawan.
      Bila kita tuntut ilmu ni, biar kita nampak bodoh ketika mengejar ilmu tapi jangan jadi bodoh seolah-olah kita tau semua benda. Allah ni adil, siapa yang dekatkan diri dengan Allah, bukan cuma akhirat dia dapat dunia pun dia rembat. Mungkin sebab tu lah kita nampak budak sekolah pondok sekarang boleh berjaya. Macam mana pula dengan kita yang lebih ilmu dunia ni? Allahu, semoga kita mampu kejar ilmu akhirat seiring dengan dunia.
     Cari ilmu ni best atau tak? ada ilmu yang best, ada yang tak berapa best. Biasalah, dalam menuntut ilmu mesti ada onak ranjau dia. Ilmu ibarat pembaris yang menjadi jalanan untuk kita pergi platform seterusnya. Sebab tu ada kata-kata "a ruler isn't always straight". 
    Walau susah macam mana sekalipun kita cuba menggali ilmu, jangan pernah berputus asa kerana ilmu akan membantu mencorak masa hadapan kita. Ada ilmu in shaa allah hidup kita senang, tapi tanpa ilmu hidup kita pasti terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Ilmu perlu ada dalam memutuskan sesuatu keputusan.
     Tapi, janganlah pula tak nak masuk diploma degree semua lepas baca entri ni. Apa yang cuba disampaikan adalah gain knowledge as much as we can.
      

You May Also Like

0 comments