Macam mana nak simpan duit semasa belajar
Patutlah rasa macam ada hilang sesuatu, geledah file laptop baru nampak omaigad omaigad lupa nak share something. Since dah nak masuk semester 3 ni, ain share lah sikit tips ain macam mana nak menabung masa study. Budak U memang sentiasa tak ada duit ke? Well, setiap pelajar berlatarkan latar hidup masing-masing dan mungkin ada yang hidup senang dekat U dan mungkin ada yang kena struggle cari part-time job untuk dapat sumber kewangan, ada yang guna duit daripada PTPTN dan macam-macam lagi lah. Kalau dia tu berduit kira beruntunglah.
Every month, duit makan memang tak lari anggaran dalam RM300. Bayangkan RM300 uolsss. Itu belum campur nak enjoy, nak beli barang harian, beli bahan untuk buat assignment, presentation macam-macam lah. Actually, duit makan ain tak sampai pun RM300, everyday tak ada lah ain habiskan duit sampai RM10 sehari kecuali kalau mengada nak makan KFC atau McD. Kita yang makan kan, so kita kena pandai kawal kewangan kita sendiri. Baru perasan dari mana boleh dapat duit lebih untuk beli benda-benda lain lol. Rezeki Allah :)
Kalau ada pelajar yang jual this and that tu kira perkara biasa. Even ain pun ada lah berbisnes sikit-sikit. Jual top-up, service printing. Tapi dua benda tu ain tak hebohkan, it's more bisnes untuk orang yang terdekat. Printing pun actually dapat high demand lol, tapi tak sanggup nak penuhi semua kehendak orang sebab susah bila part nak beli paper dengan ink. So, dari sana dapatlah kurangkan sikit expenses disamping boleh tambah duit sikittttt.
Tapi, tapi, tapi... yang tadi tu cuma mukaddimah, kita balik ke matlamat sebenar. Bila kita keluarkan duit, pernah tak kita ada keluarkan duit RM5? Yes duit RM5 sekeping yang warna hijau tu. Kalau ada dalam poket ke, dalam wallet you guys better batalkan niat untuk guna duit tu. Sediakan sebiji/sebuah tabung (okayy minta maaf, lupa penjodoh bilangan untuk tabung almaklumlah dah 2 tahun tinggalkan subjek Bahasa Melayu lol). Masukkan duit tu dalam tabung make sure duit RM5 SEKEPING.
Kenapa mesti RM5? Macam mana dengan nasib si cik seringgit? tak nak selamatkan ke encik RM10?
RM5 tu kira duit yang paling rare kita akan dapat betul tak, betul tak? yes, betul! Kalau setakat seringgit tu keluar macam air je, jadi batalkan niat untuk kumpul duit seringgit. Nanti kalau you guys asyik simpan duit sehengget tu, korang nak makan apa lol. RM10 pula that's too much. So once again batalkan niat simpan RM10 takut nanti ada pula yang mati kering tak makan sebab nak simpan duit punya pasal.
Dah faham kan? Betul ke cara ni berkesan. Bajet ahh budak ain ni nak menipu je kerja dia. Trust me guys, ain dah buat pun, kira dah setahun lebih. Ain start buat benda ni lepas dapat result spm. Kira dapat kesedaran lah sebab nak sambung belajar kan tak lama lagi. Mac 2016 ain start. Oh yeah, ikut suka you guys lah nak set sampai bila nak menabung duit tu. Ikut bulan ke atau ikut tahun. Ain akan kira jumlah duit tu bila genap setahun. Pastikan kalau duit dah masuk dalam tabung, jangan mengada nak guna duit dalam tu, buruk siku lol.
Mac 2017 genaplah duit dalam tabung tu berumur setahun. Yass happy birthday duit-duitku dalam tabung. Excited ni nak kira duit dalam tabung.
Kalau tuan hamba semua seorang yang cerdik pandai, silakan teka berapa jumlah duit ini. Sesiapa yang betul, akan ku hadiahkan doa yang berpanjangan agar kalian semua dimurahkan rezeki. So far, ain dapat kumpul kurang 20 hengget nak cecah lapan latus. Terkejut? tak payah nak terkejut sangatlah. Kalau yang tak terkejut tu tolonglah buat-buat terkejut (melebih).
Sampai sekarang ain masih buat benda ni. Siapa tak excited bila tengok duit yang kita kumpul dapat banyak. So, you guys should try. Kalau dapat lebih daripada apa yang ain dapat that's good, tapi kalau dapat kurang daripada my collection, jangan menangis sayangku ini hanyalah sementara hahahahaha. Cuba lagi next time, at least you guys ada menyimpan daripada tak ada langsung kan? Apa yang penting adalah niat kena betul, solat jangan lupa sebab kita kena ingat siapa pemberi rezeki, dan KOMITED masa nak menyimpan duit tu.
Semuanya terpulang kepada diri sendiri, kalau nak buat silakan, kalau tak nak pun dipersilakan. Kalau nak guna duit tu lepas genap setahun pun suka hati korang lah. Just, mungkin sehijau warna duit ni akan membantu kita in the future. Mana lah tau wallet hilang, account bank kena hack (moga dijauhkan). Jadi, tak ada lah kita merana sebab tak ada duit because money isn't everything, but everything needs money. And, don't forget seperti yang cupcake aisyah kata 'hidup kena chill'.
0 comments