SEKUFU

by - Monday, January 30, 2023

Hi, it's me again. Dah lama sangat tinggalkan blog ni. Hari ni kita santai-santai je tulis entri tentang sekufu. Mana lah tahu esok lusa saya nak kena kenal orang baru ke, tunjuk je lah entri ni supaya dia ada gambaran serba sedikit macam mana cara saya berfikir.

...

Out of topic sikit, tapi I've read this one post katanya dalam kehidupan kita, kita akan bertemu dan jatuh cinta dalam 3 fasa; first love, the greatest heartbreak, and the great love. Fasa 'first love' berlaku ketika kita masih di usia yang sangat muda. Fasa 'the greatest heartbreak' adalah fasa yang paling sukar untuk kita lalui sebab kita akan rasa rapuh dan sakit yang teramat. Tetapi, fasa inilah yang mendewasakan kita untuk memahami makna cinta. Fasa terakhir iaitu 'the great love' yang mana ia datang tepat pada masanya. Istimewanya, fasa ni datang tanpa sebarang isyarat sebab kita sebenarnya tak jangka pun benda ni akan berlaku atas sebab kita masih ada rasa takut oleh kerana masih dihantui dengan fasa 'the greatest heartbreak'. So, just enjoy for the moment of glory that will come to you soon. Insya-Allah. By the way, kalian dah lalui fasa yang mana?

...

Baiklah, jom kita masuk agenda utama untuk entri kali ini. Dahulunya saya ingatkan untuk melengkapkan definisi sekufu ni hanya dinilai berdasarkan 4 perkara; harta, keturunan, kecantikan, agama. Lengkap 4 perkara ni maknanya lengkaplah makna sekufu tu. Tapi as I grew up older, ternyata saya salah dalam mengertikan maksud sekufu. 4 perkara ni tak cukup untuk melengkapkan definisi sekufu secara komprehensif. Sebab sekufu itu lebih besar maknanya daripada 4 perkara ni. 

Kita guna bahasa mudah lah. Sekufu ni bila kita 'ngam' dengan seseorang tu dalam pelbagai aspek. Ngam kat sini bukan saya merujuk Nasi Goreng Ahmad Maslan tau. You've to be 'ngam' sekufu/(sesuai, serasi, sepadan) with your partner not just in those 4 aspects I've mentioned earlier. Always kena prepare soalan & have that eager to ask big why questions to confirm that you and your partner 'ngam' (sekufu). Apa benda saya merepek ni? Harap sampailah eh apa yang saya nak sampaikan ni. 

Selain daripada 4 aspek yang kita perlu ambil kira, other than that, kena ambil tahu sama ada kita sekufu tak dalam pemikiran; tanya his/her future plan (mission & vision), fundamental of life, way of thinking, ideology, lifestyle, financial planning, political view, religious beliefs. 

Kita amik contoh dari segi lifestyle, adakah awak seseorang yang hidup dengan spaghetti ataupun nasi kandaq? (Dak, nasi kandaq tu sebab misi mencari jodoh orang utagha tu tetap ada sebab nak rasa suasana balik kampung raya naik kereta, bukan naik kapal terbang 😫). Memang lah tak ada halangan pun kalau berlainan selera. Tapi, apa yang nak saya highlight kat sini, you can't blend well with those people yang ada selera berbeza. Dah lah nak kena hadap dengan partner hari-hari, kalau sorang makan spaghetti sorang makan nasi kandaq pun susah juga (yang ni saya bagi ruang untuk kalian fikir apa mesej tersirat kat sini, dalam erti kata lain, saya malas nak hurai sebenarnya 😂).

Contoh lain macam pandangan dia terhadap politik. Awak berpegang dengan idea bahawa parti politik bukanlah agama, tapi si dia seolah tak dapat bezakan isu aqidah dan kepartian politik. Sebagai seorang yang beragama Islam, benda yang kita kena perjuangkan dalam pembentukan negara bangsa sebenarnya adalah perjuangan yang selari dengan aqidah Islam atas dasar nama agama, bukannya berlandaskan bendera parti yang dikibarkan. Hmmm macam tiber sangat ni. Lebih kurang cenggitulah bayangan dia. Panjang-panjang merepek ni sebenarnya nak cakap kat sini kena sekufu dari segi pemikiran/mentaliti je. 

...

Ada juga yang tekankan bahawa kena sekufu dalam tahap pendidikan. Contohnya mereka yang ada degree mesti kena cari pasangan yang ada degree juga. Bagi saya idea ni tak begitu tepat. Nak senang amik contoh diri saya sendiri je lah. Saya ada degree, tapi takdelah kata saya pentingkan nak cari partner yang ada degree juga. Sebabnya, realiti berkata sebaliknya. Based on my own observation, tak semua orang yang ada degree tu matang dalam pemikiran mereka. Sorry to say. Get a degree is a bonus selain adding value 'on paper'. Theoretically we're good, but not practically (Diploma holders are way better in this). That's why bagi saya tak fair untuk nak ukur tahap sekufu tu berdasarkan tahap pendidikan kita. Sejujurnya kadang saya rasa sangat kerdil bila borak dengan kawan saya yang ada diploma berbanding saya yang ada degree. They can come out with a really good points. That's why saya tak pernah pandang rendah dengan kawan-kawan saya yang tak sambung degree. As what I've said, degree is a bonus. 

Kadang kita tak sekufu bukan sebab jurang pendidikan, tapi sebab tak jumpa persefahaman dalam berkomunikasi. Satu benda yang pasti, when we have keen intellect and good communication skills, semua masalah yang datang mesti boleh diselesaikan dengan baik. 

...

All in all sekufu ni ibarat kita tengok cermin. Kalau kita rasa kita dambakan nak cari yang berharta, at first place, kita kena berharta dulu. Realiti itu tidaklah sama seperti cerita dongeng. Seorang B40 tiba-tiba dapat jodoh T20 minum orange juice itu hanyalah wujud di slot Akasia. Ia akan kekal dongeng jika engkau tidak mula berjalan. Jadi, rajin-rajinkanlah tengok cermin, reflect diri sendiri untuk mula upgrade apa yang perlu. Kalau rasa kurang ilmu agama, kita terlebih dahulu kena topup benda tu. Takkan esok lusa nak kahwin baru sibuk nak topup harapkan pasangan kita ajar semua benda. 

... 


Part ni kalau tak nak baca pun takpa. Sebab memang sengaja tepek sini sebab nanti kalau jodoh jatuh dari langit nak suruh dia buat revision entri ni je sikit. Ikutkan sebenarnya anak Encik Khairi tu dah tahu semua benda dah, sebab dia pernah tanya semua ni. Dah cukup dah pun untuk dia tahu semua benda. Tapi, bila mengenangkan balik I gotta move on and I've to start everything back from zero, automatik rasa penat. Kenapalah dulu tak tulis kat powerpoint je semua benda. Kalau tak, mesti senang kerja tinggal pancarkan projector je suruh study semua benda dari situ. Done merepek!

Antara FAQs yang pernah ditanya dan dijawab:

1. Prefer nak teruskan kerjaya atau jadi housewife?

- Saya kena tengok kedudukan kewangan at that time. (Ke tepi it's time for me to shine untuk jawab secara berilmiah sebagai seorang graduan bidang perakaunan). Kalau rasa kewangan keluarga masih tak utuh dan ada keperluan untuk saya bantu 'suami' saya, saya akan teruskan kerjaya saya. Tapi, mungkin 'masa itu' kerjaya saya akan shifted to more 'light' work sikit lah so that ada masa untuk family. Untuk jadi auditor tu, mungkin tidak. Tapi, saya ok je tak ada masalah pun kalau nak suruh saya jadi domestic engineer (housewife). Saya ada je back up plan nak buka tuition class kat rumah or go for online business. Jadi, ada lah masa untuk pantau anak. Jangan risau, anak saya insya-Allah pandai sebab tengok je lah mak dia ni boleh tahan juga genius hahahahahahahaha (perasan).


2. Kalau suami tak ada kereta macam mana? Mesti tak ok kalau naik motor.

- It's okay, i can accept it. Zaman sekarang dah ada e-hailing kot. The reason why saya prefer nak kerja kat KL sebab accessible to public transport (sebab lain: dah buat calculation naik public transport lagi untung). Car license yang saya ada tu as back up je in case of there's an emergency nak drive orang ke sana ke sini. Saya lagi selesa bergerak naik public transport. To be honest, saya tak bercadang pun nak beli kereta in the near future even I've my own dream car untuk beli sebuah black Mazda 3 Sedan/Honda Civic Type R. Back to the question, yes, I'm okay with it.


3. How about lelaki yang merokok? Confirm kena reject.

- Kalau dah jodoh saya tak boleh nak elak. Sejujurnya dan sebolehnya memang prefer non-smoker. The only thing i can do is saya jadi cheerleader je lah kat tepi support dia to stop smoking maybe? As long as dia tak smoking depan saya and depan anak-anak should be okay. Tapi tetap juga, preferably tak merokok hahahahahahahaha. Alahhh, tapi kalau dah memang dia merokok saya nak buat macam mana? Terima je lah. Berbalik semula kepada entri 'sekufu'. Kalau dah semua purfectttt 'ngam' sekufu except merokok takkanlah nak reject kan?


4. Memang mesti kena kahwin umur 27 onwards ke?

- Yang ni pernah post kat entri 'What I think about marriage'. Saya takdelah sekejam itu untuk immediately say no. Kalau dah my future in law kata, 'ummi teringin tengok anak lelaki ummi kahwin' takkanlah saya ni tak considerable sangat. Saya memang saja set 27 onwards tu sebab I'm certain that at that time insya-Allah dah cukup savings untuk sekian-sekian benda. Saya pun teringin juga nak pakai dream dress black kurung during akad guna duit sendiri. Kalau tak ada duit, malulah saya. All in all, benda boleh bincang 😂. Tapi this year prolly memang tak lah ehh. Saya perlukan masa tahun ni untuk move on lol. 


5. Kenapa prefer someone with age gap 2 years onwards?

- Memanglah age is just a number. But, at least ada lah alasan kukuh untuk saya panggil hubsbaby saya tu 'abanggggg' hahahahahahahaha. Rasa nak muntah. Lek ahhh dunia sepi tanpa gurauan. Tak takkk, betul lah juga alasan atas tu. Tapi, alasan utama adalah sebab saya dah borak dengan few people from different ages, saya suka dengar pendapat from those yang lebih berusia daripada saya. Alasan lain sebab Teme Abdullah dah set that benchmark and put that high standard. Dia kan penulis buku & merupakan seorang arkitek, lahir pula tahun 1993. Saya suka baca buku-buku dia sebab cara pemikiran and the way dia sampaikan satu-satu mesej tu sangat matang (Nampak tak? Walaupun orang kata age is just a number, tapi kadang umur tu pun boleh juga jadi kayu ukur untuk tengok kematangan seseorang). Saya bukanlah mencari seseorang sesempurna Teme (dia dengan saya ibarat langit dan bumi), tapi kena start dari situ dulu untuk fahamkan kenapa saya adore teme. Bak kata kawan-kawan saya, 'taste kau ni memang abang-abang sangat'. 


FAQs ni sebenarnya just a snippet and a glimpse of my way of thinking lah. So, if ya think we're vibing, do hit me up! Tiberrr tak takkkk saya gurau. My friends said that I'm hard to be approached and suka reject orang lol. Mana ada lah. Saya ok je. But actually you can sense sebenarnya if saya selesa nak borak dengan awak atau tak. Kalau saya rasa macam tak ok, dari awal lagi saya akan distance myself. Because I'm that person with full of vision and dah kerangka banyak plan for next few years. Saya tak ada masa nak buang untuk bual benda merepek (in other word, tak suka wish good morning & good night because I'm saving the best for my hubsbaby tiberr). Kalau bual isu-isu yang perlukan critical thinking memang favourite saya. Kalau takat nak kenal-kenal tu saya ok je, tapi dalam berkenalan, saya tak suka orang yang desperately memaksa. Slow slow sudahlah.

Just, kita ikut that procedure lah macam buat audit jugak. Mula-mula kenal dulu about ourselves, family background, yada yada. Because dah masuk usia suku abad ni, takde maknanya saya nak main-main dah in relationship. I just wanted to settle down with kenal and detect sekufu ke tak then kahwin je lah. Nak bagi complicated lagi apa benda.

...

To sum up, Taaruf is a really lifelong process. That's why pentingnya kena tahu sama ada kita sekufu atau tak sebab ada benda yang kita perlu tahu sebelum kahwin, dan ada benda yang lebih elok kita tahu selepas dah berkahwin. Sekufu itu perlu ada dalam mendirikan rumahtangga untuk membina keserasian bersama, membentuk persefahaman dan pemuafakatan dalam berumahtangga. 

Soal marriage ni kan, kita tak pernah ada the exact time to confirm and decide bila sebenarnya kita dah ready untuk settle down for marriage. For the time being, kena sentiasa ready for that. 

Ok lah, sekian. Kalau saya ada rasa nak tambah, nanti saya tambah balik entri ni (itupun kalau rajin nak edit). Entri ni dia akan jadi lagi pendek sebenarnya kalau saya buat podcast 😂.


You May Also Like

0 comments