Andai rindu itu terpahat di kamar hati

by - Saturday, September 05, 2020

   

 Apa erti rindu pada insan yang berjauhan dengan orang yang mereka sayangi? Apa erti rindu pada mereka yang kehilangan harta benda? Dan apa erti rindu pada mereka yang merindui insan yang hilang di dunia. Apa pula erti rindu pada mereka yang mengharapkan secebis kasih daripada insan lain? Sungguh, rindu itu sukar untuk ditafsir. Ia ada, tapi seakan samar untuk difahami, seakan sukar untuk diungkapkan. 
      Benar kata Dilan, "rindu itu berat. Kamu nggak akan kuat. Biar aku saja". Kata-kata itu kedengaran cliche bagi segelintir orang kebanyakan termasuk diriku sendiri. Tapi, tika saat hati memberi isyarat bahawa kita merindui seseorang, ya, tatkala itulah aku berasa sukar untuk berpura kuat. 
     Adakah masuk akal jika kita merindui orang yang tak pernah kita bersua mata? Adakah rindu itu akan lenyap pergi pabila kita melihat potret dirinya? Ataupun.. pergi jauh melupakan insan yang dirindui itu agar perasaan ini terus hanyut bersama perjalanan yang dipilih, tapi hilang saat kita tiba ke destinasi? Aku.. perlukan jawapan..
  Meski kamu jauh dari pengamatanku, tapi percayalah hanya kamu sentiasa punya tempat di hati. Mungkin, aku bukanlah insan yang berani bermadah melontarkan segala isi nurani. Namun, segala yang dirasai, ku sering coret pada lembaran warkah. Sumpah, aku sedang merindu..
      

Mata Anggun, 2020

You May Also Like

0 comments