Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Daily Journal
    • Routine
    • Student life
    • Thoughts
  • Tips
  • Youtube Channel
Facebook Twitter Instagram Youtube

SakurAin Heart

     My last January post gonna be a long-short sharing. Mungkin apa yang saya fikirkan tak sama dengan pendapat awak semua. Ini daripada perspektif saya. Cehh tetiba kann borak pasal ni. Takdelah, sebab Sabtu last week baru je pergi kenduri kahwin anak kawan ibu saya, terus macam terfikir why not we talk about this thing here. It's a hard topic and as I grew up older, pandangan saya terhadap marriage tu berubah. It might be changing in the next few years. 
     Bagi saya lah, perkahwinan tu bukan goals, tapi ia merupakan satu pilihan. Why? Sebab bila kita kawin, benda tu bukan kira satu goals tau yang kita berjaya capai. Perkahwinan lebih kepada tanggungjawab dan komitmen. Ada je sesetengah individu yang memilih untuk membujang sampai tua. Mungkin diorang lebih selesa hidup sendiri becauseeeee mannnn I swear adulting is hard. Maybe lahhh, sedangkan nak fikir pasal diri sendiri pun susah apatah lagi nak fikir pasal bekeluarga nanti. That's why saya cakap marriage is not a goal, it's an option.
  Dulu lah, masa kecik-kecik bila pergi kenduri kahwin selalu teringin kononnya nanti kawin nak baju macam princess gituuu (japppp muntah jappp 🤮). Nak itu nak ini semua benda lah. But, now I get that sense untuk not to spend too much money on wedding even though majlis tu antara acara penting dalam kehidupan kita. Betul, perkahwinan tu satu benda yang mulia dan dituntut agama, tapi... dalam kita berbelanja untuk sebuah perkahwinan tu, kita kena berpada dan fikirkan financial planning kita selepas majlis tu. Sebab kahwin bukan sehari, menjadi raja sehari tu baru betul itu untuk sehari.
 Bila waktu ideal untuk kita mendirikan rumahtangga? Masa form 4 kalau tak silap, saya rasa saya terfikir untuk menamatkan zaman bujang saya at the age of somewhere 27-28 macam tu dengan alasan masa tu dah boleh berfikir dengan matang hahahahahahaha. Saya rasa sampai sekarang kot saya masih stick dengan mindset kawin bila umur 27-28. But, age is just a number. We can't really measure tahap kematangan kita tu dari umur. Dan.. siapa kita untuk lawan takdir? Lagipun kita tak tau mana satu yang sampai dulu. Ajal dulu ke ataupun jodoh dulu yang sampai. Jujur cakap, bagi saya permasalahan umur bila nak kawin tu sampai sekarang saya pun tak jumpa jawapan dia. It's like, bila sampai seru, kawin je lah 😅. Ada je kawan seumur saya masa berumur 18 tahun dah kawin, dan pada umur saya 22 tahun yang masih struggle mendapatkan segulung ijazah ni, ada kawan saya yang dah ada 2 orang anak hahahahahahaha. 
   Ada je yang nak kawin awal sebab tak nak gap umur dengan anak dia jauh. Saya ni jenis suka observe bila pergi satu-satu tempat tu. Saya pergi Korea dulu tahun 2017, kat sana saya nampak lah cara hidup diorang macam mana. Masyarakat Korea hidup memang untuk bekerja. Kawin lewat bagi diorang ada lah satu benda yang normal. Umur 20++, diorang lebih kepada kukuhkan career. 30++ or 40++ baru diorang fikirkan untuk berkahwin. Sebab tu kalau tengok anak-anak diorang pun dalam 2 orang macam tu je. Tapi tu lahhh, kalau tak silap saya jangka hayat kehidupan individu orang Korea adalah sehingga 83 tahun. Itu average. Saya tak ingat sangattttttt, tapi lebih kurang macam tu lah kalau tak silap saya. Nampak kannn sebab apa dorang kawin lambat? Kalau kita, kalau dah cecah umur 60 tahun tu pun kira panjang umur dah. Itu lah agaknya sebab kenapa kita selalu disogokkan dengan mindset umur sebelum cecah 30-an, mesti kahwin. Kalau tak, mesti jadi bahan bawangan masyarakat sekeliling. 
    From my point of view, pernikahan tu bukan soal isteri uruskan suami je. Lebih dari itu sebenarnya. Saya ada je tanya kawan-kawan saya pasal kawin, dan memang nampak lah beza pandangan lelaki dengan perempuan. Kalau lelaki cenonet je pandangan diorang tu hahahahahahaha they are more to fikirkan pasal kewangan, tapi perempuan punyalah panjang berjela dannnn most of my kawan perempuan cakap they are afraid of commitment. Marriage is also a teamwork between you and your partner. Kalau misalnya your partner not capable untuk buat certain thing, it's your job to help them out. Drop down your ego, and try to communicate and understand each other. Bukan kata, ohhh kerja rumah biar isteri je buat semua benda andddd cari duit biar suruh suami je membanting tulang cari nafkah. That's not a marriage. 
     Bila cakap pasal marriage, dia ibarat kita control sebuah kapal terbang. It must have pilot & co-pilot. Supaya kapal terbang ni boleh terus terbang sampai ke destinasi yang dituju, tak terhempas dekat mana-mana. Of course lahh pilot tu suami sebab macam mana pun suami tetap akan jadi ketua keluarga. Even though dalam mencapai permuafakatan (ayattttt hahahahahahaha) most of the time suami yang akan tetapkan decision tu (harap fahamlah maksud saya dekat sini). But, at the same time the husband need to respect dan ambil pandangan isteri juga. Sebab tu communication and comprehension are important in making every decision because esok lusa kalau ada anak benda ni sangattttttt diperlukan untuk membesarkan diorang. Siapa nak jaga, kat mana nak hantar diorang bersekolah and so on. 
     Ok, lanjutttt 😂. Masuk phase bila ada anak pula. Present of parents are important in order to build children's characters sebab kalau perhatikan anak-anak yang cukup dapat perhatian daripada parents ni selalunya senang membesar dengan baik. Maksudnya dekat sini, perkembangan otak diorang tu lebih pesat hahahahahahaha lol apa benda saya merepek ni. Sebab, bila parents jenis suka spend time dengan anak-anak, diorang akan mudah serap apa yang kita buat ataupun ada. Misal kata, anak boleh ikut leadership skills from their dad while diorang boleh dan tau buat house chores bila tengok their mom doing that things. Nak tau macam mana seseorang tu boleh bawa diri dia dekat dunia luar, tengok macam mana didikan yang diorang dapat bermula dari rumah. Saya selalu tengok way of parenting Dr Sheikh Muszaphar and Hanis Zalikha. Sumpah impress sangattttttt dengan parenting Dr Sheikh Muszaphar, sebab both of them is a working parents, tapi they still make a time to educate their children really well. While Hanis Zalikha pula, saya tau Keknis memang seorang beauty with brain. Her siblings memang well educated. Anddd keknis merupakan penerima ANC masa study diploma dulu. So, saya nampaklah reason dia tu why woman have to be educated. 
  Marriage can be complicated and also can be challenging. Sebab, katakanlah kita ni memang hidup dengan partner kita tu sorang je. Abaikan yang kawin 2-4 orang tu. I believe semua orang yang berkahwin nakkan pernikahan tu berlangsung sekali je seumur hidup. Assuming that kita akan bersama dengan partner kita tu sampai akhir hayat. Of course akan ada ups and downs. Akan ada masa mungkin kita bergaduh terukkkk, akan ada suatu masa kita rasa bosan dannnnn semestinya that feelings gonna shifted from love to need. It's not about I love you anymore, more to I need you to sort things out. Those kind of affection (love) are no longer applicable all the time. Because action speaks louder than word. We showed our love through action, not just verbally. Sebab... cinta itu tidak mengenyangkan hahahahahahaha, we still need to go for a work, find a proper job untuk tanggung perbelanjaan kita.
    Cakap pasal marriage, tbh I don't have ideal type spesifik nak yang macam mana. Cukuplah fulfilled semua yang digariskan agama dan ada mentaliti yang sama dengan saya. Tapi, saya ada lah dengar talk from Prof. Muhaya. Kat situ dia cakap, kita kena listkan juga macam mana kriteria yang kita nak. Saya percaya kita semua aware dengan ayat 'perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik'. Jadi, content Prof. Muhaya tu sebenarnya bagitau, macam mana nak tau yang kita dapat kriteria yang kita nak adalah kita kena reflect diri kita sendiri. Ada tak kriteria yang kita tulis tu pada diri kita. Kalau ada, maksudnya cerah masa depan hahahahahahaha tiberrr. That's why I keep improving myself day by day.
   To sum up, fuhhh panjang betul hahahahahahaha. Again, marriage is not a goal. It's okay if you're not going to get married. It's your choice. Being single is not a shame, tak mati pun. Takkan ada sesiapa pun yang boleh corakkan masa depan kita melainkan diri kita sendiri. So, think wisely people hahahahahahaha. That's all. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Jujur cakap, daripada dulu tak pernah sangka yang saya ni boleh jejak usia 20-an tu. Pernah tak terlintas dalam fikiran korang yang sebenarnya korang ni hidup tak lama? Dalam kita belek-belek kalendar 365/366 hari tu, sebenarnya terdapat 1 tarikh untuk pengakhiran hidup kita di dunia ni. Cuma.. kita tak pernah tau bila tarikh dan tahun tu dengan spesifik. 
    Sabar japp, bukan nak takutkan orang dengan mengaitkan hari lahir dan kematian hahahahahahaha. Itu apa yang terkadang saya terfikir. Semakin meningkat usia, semakin kita perlu sedar apa matlamat utama kita dalam hidup ni.
  Tapi, saya perasan je bila dah semakin membesar ni, saya dah macam malas untuk fikir macam mana nak sambut, dekat mana nak sambut, dan dengan siapa nak sambut hari jadi tu. Mana tak nyaaa, setiap tahun hari jadi tu mengena masa exam week 😅. Sebab tu saya rasa saya dah tak perlukan orang untuk 'hype' kan birthday saya sebagai tanda mengingati kelahiran saya. Cukup doa buat saya menjalani hidup dengan baik pun dah cukup. Itu jauhhhhh lebih bermakna buat saya. 
      Oh ya, saja nak kongsi. Selalunya doa masa hari jadi saya sama je setiap tahun, but this time saya ada tambah satu doa baru yang saya rasa saya tak pernah pun doa akan benda tu. Sounds weird right? Tapi betul lah tu. Dan.. dalam berdoa selama bertahun-tahun tu, saya rasa Allah dah kabulkan beberapa doa saya. Betul lah kata orang, kalau nak berdoa tu, doa lah biar spesifik. Kalau kita nakkan suatu benda tu doa sungguh-sungguh, dan jangan pernah main-main dengan doa sebab kita tak pernah sedar kadangkala doa bukan-bukan kita tu boleh termakbul. 
     Saya tak ada benda nak cakap untuk entri kali ni, cuma I think that someone deserves to be included in my blog post. Saya tak tau bila awak akan baca entri ni. Mungkin pada 25/01/2020 ataupun mungkin lewat daripada tarikh tu. Selamat Ulang Tahun buat insan yang jauh beribu kilometer di sana 🎂. Semoga apa yang awak impikan selama ni menjadi kenyataan. Saya tau awak seorang anak yang baik dan sentiasa komited dengan kerja awak. Saya sentiasa akan sokong apa yang awak lakukan 💯. Saya tak tau nak wish panjang-panjang, cuma ingat satu benda ni. Walau sibuk macam mana pun dengan hal-hal dunia, kejar lah dunia seiring kejar akhirat. Bila dua benda tu seimbang dan sebati dalam hidup awak, in shaa allah awak akan peroleh seluruh dunia isinya. Again, Sanah Helwah 🅰️


Note: updated in 31/01/2023. Saya dengan insan yang ada dalam entri ni dah tak contact dah.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
  Assalamualaikum dan selamat petang semua. Tujuan saya menulis entri kali ini sebab tak ada kerja nak buat. K gurau. Tapi betul lahhh, memandangkan saya agak 'free' sekarang ni, jadi saya rasa baik saya update blog yang dah berhabuk teruk ni. Macam biasa, maafkan seorang ain ini yang sentiasa malas update blog dannnn lambat respon terhadap komen-komen dalam blog ni. Oh ya by the way, I'm currently tulis entri ni guna phone instead of laptop sebab entah lah laptop buat perangai tak dapat on. I don't know what was the problem. Tapi sampai sekarang belum hantar laptop tu pergi repair hahahahahahaha. K abaikan tak penting pun cerita laptop tak dapat on tu.
     Lama juga kannn saya tak update blog ni? 😅. Last update pasal saya tak sambung study tu kannn. Ya Allah memang berhabuk teruk dah ni. Ni kalau blog ni diibaratkan macam rumah, memang dah berhantu dah blog ni, sebab ye lahh lama sangat tinggal. Again, merepek lagi hahahahahahaha. Saya tak tau nak tulis apa sebenarnya 😂. I'll make it short and precise. 
     Anyway, selamat tahun baru 2020. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya (cliche). Lepas insiden (insiden uolsss saja nak bagi ayat dramatik) tolak tawaran sambung study hari tu, saya apply isi untuk jadi guru ganti kat sekolah or in other word GSTT. GSTT ni apa pula? Bukan government service tax tau walaupun lebih kurang je short form tu. GSTT stands for Guru Sandaran Tidak Terlatih. Maksudnya kita ni bukan well trained untuk jadi guru. Siapa-siapa sahaja boleh apply GSTT ni asalkan ada kelayakan minimum SPM then boleh proceed. Kalau apply GSTT ni boleh kena serap terus ke jadi guru? Jawapannya tidak sama sekali. 
     Macam mana nak apply? Pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kata nak apply untuk jadi guru ganti, nanti ada 1 form kena isi. Cuma nak salinan ic, slip spm & gambar passport. Kalau tak silap saya lah hahahahahahaha. Tapi hari tu saya kepilkan sekali transkrip diploma saya. Dekat form tu, awak kena isi 3 matapelajaran yang awak nak ajar. So, kalau mana-mana sekolah yang ada kekosongan masa tu, awak dapatlah jadi guru ganti tu. Tunggu dapat panggilan daripada PPD je. Gaji pula dibayar berdasarkan hari awak bekerja dan ikut taraf akademik awak. Kata lah awak ada degree, gaji yang awak akan dapat lagi banyak lah. Tapi bergantung kepada budi bicara PPD juga. Hari tu saya guna transkrip diploma pun sama juga ikut gaji SPM (takdakkk bajet 😂). Gaji untuk taraf SPM RM54 sehari. Banyak kannn? Bolehlahhh survived jadi money pocket sambung degree. 
     Sebenarnya saya apply hari tu nak ajar Math, Science, Bahasa Melayu. Tapi apa yang saya ajar? PENDIDIKAN ISLAM GUYSSSSSS! FREAKKKK! Macam mana boleh dapat Pendidikan Islam? Asalnya ayah saya tanya nak ke mengajar Pendidikan Islam sebab masa tu ada kekosongan untuk subjek tu je. Saya apa lagi bila kena cakap subjek Pendidikan Islam tu, cuak habissss. Ye lah takut kot nak ajar subjek tu. Ilmu agama yang saya ada macam level-level bawah tanah. Silap ajar sikit je confirm sesat punyaaaa. Dah lah pakai tudung pun sekadar melepasi syarat tutup aurat tu. Saya tak pakai tudung labuh punnnn. Tapi macam dapat keyakinan tu lepas ibu cakap 'kalau ain ajar Pendidikan Islam ibu percaya sebab ain sekolah dulu pun ok dengan subjek tu'. Tak tau lah ok ke tak, otak dah tepu. Masuk diploma tinggal terus subjek Pendidikan Islam. Paling-paling pun subjek CTU je yang ada kaitan sikit. 
     Cakap pasal Pendidikan Islam kan, ni result masa saya tingkatan 3. Sebab Pendidikan Islam ni kira one of my favourite subject juga lah. Pendidikan Islam ni senang score sebab kalau awak apply benda yang awak belajar, awak akan ingat dan faham. Cuma bahagian hadis & sirah je kena hafal sikit. 



     Kawan-kawan saya punyalah marah dengan saya sebab trial PMR saya dapat 100% untuk subjek Pendidikan Islam. Sampaikan ada 1 exam tu peperiksaan akhir tahun rasanya, dorang sorokkan buku Pendidikan Islam saya masa saya nak buat last revision before exam. 'Ahh kau dapat 100% buat apa belajar lagi'. Sebab result saya lagi tinggi tau daripada pelajar kelas aliran bahasa arab (saya pelajar aliran biasa), jadi paper exam saya tu memang diusung ke hulur ke hilir sampai ada juga ustazah tanya macam mana saya study subjek tu. Saya cakap je lah, saya fahamkan subjek tu sebab apa yang saya belajar saya apply dalam kehidupan seharian saya. Itu je lah kot tips daripada saya hahahahahahaha. 

...

     Nak dijadikan cerita, ehh bukan nak dijadikan cerita dah memang jadi cerita dah hahahahahahaha. Ayah saya bagi tau pasal benda tu 2 hari sebelum saya lapor diri dekat sekolah. Dengan kasut formalnya tak ada, marker pen tak ada, buku rujukan pun tak ada memang cuakkkk teramat sangat. Esoknya tu terus pergi kedai cari semua benda. 
     Sekolah yang saya mengajar tu merupakan sekolah menengah saya terdahulu. Jadi rasa macam ok lah,  sebab memang dah kenal guru-guru kat situ. Kadang-kadang join juga guru-guru bercerita dan banyak benda juga lah saya belajar daripada dorang. Mostly semua cakap 'ain ni dulu masa sekolah tidak banyak bercakap, diam jaa dalam kelas'. Yes, saya admit benda tu. Saya ni introvert. Cuma sekarang je lah ok sikit hahahahahahaha. Masa zaman sekolah dulu saya banyak join pertandingan bahasa je. Forum, deklamasi sajak, bicara berirama etc. Dalam pertandingan je saya bercakap, habis pertandingan saya senyap balik 😂. Tapi ada lah juga menjawat jawatan masa sekolah dulu. Saya rasa sebab saya introvert kot sebab tu orang anggap saya ni garang? Ke memang saya ni garang? hahahahahahaha.
     Ok berbalik semula kepada cerita guru ganti. Tadi tu sekadar flashback je. Start mengajar dari 09/04/2019 - 05/07/2019. Saya ajar pelajar tingkatan 1, 7 kelas saya ajar daripada 11 kelas tingkatan 1.  Ada 123 pelajar muslim yang saya ajar bawah saya. Macam-macam perangai pelajar saya jumpa. Ada yang buat saya happy sebab dengar kata ada juga yang buat darah saya membuak-buak naik rasa nak marah. Saya rasa itulah ujian terbesar nak jadi pendidik ni. Kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Saya tak ada tahap kesabaran yang tinggi hahahahahahaha. Sebab tu tak nak jadi guru. 
     Dah nama pun ajar Pendidikan Islam mestilah dorang panggil dengan gelaran ustazah hahahahahahaha. Saya ada cakap jugalah dengan dorang saya ni bukan ustazah, tapi terpulang nak panggil saya ni cikgu boleh ustazah pun boleh. Ada yang panggil cikgu, ada yang panggil ustazah 😂. So far, pengalaman jadi guru ganti tu sangattttttt berharga. Memang betul-betul build self-confidence saya. Langsung tak takut berdiri depan kelas tak tau lah ke sebab gap umur tu jauh? Mungkin lah kannn 😂. 
     Ok, saya cerita sikit pengalaman saya sepanjang jadi guru ganti. Saya ni boleh bawa bergurau, tapi kalau ada masa saya serius, saya memang serius. Pelajar tak siap homework? Hmmm memang saya denda dannn memang saya marah. Pelajar tak dengar cakap pun saya marah. Ada lah 2 kelas tu kelas 1 Zircon & Turquoise saya tak tau lah macam mana nak didik dorang. Kalau subjek Pendidikan Islam memang 2 kelas tu bercampur. Saya ada juga rasa macam saya ni gagal mendidik dorang. Dorang bising dalam kelas dan sepatah haram apa saya cakap dorang tak nak dengar. Sampaikan tahap kesabaran saya tu memang reached level maximum dah, meletus juga kemarahan saya ni hahahahahahaha. Sedang mengajar pelajar 1 Zircon & Turquoise, tiba-tiba 'Yang di belakang tu apa masalah kamu? Kalau kamu tidak mau belajar dalam kelas saya KAMU KELUAR SEKARANG! Dari tadi lagi saya perhati kamu di belakang, KAMU MAIN! BUKU TEKS PUN TIDAK BAWA, TIDAK KASI KELUAR!' Yesss itu dia Ain Rasyiqah bila marah. 1 kelas senyap masa tu hahahahahahaha. Bila jadi guru ganti ni, saya rasa saya pegang tanggungjawab besar tau. Sebab guru tugas dia mendidik. Bila pelajar tak dengar cakap, tak buat kerja saya rasa macam itu adalah salah satu kegagalan saya dalam mendidik. Ye lah, kita bekerja untuk dapatkan gaji yang halal (sehhhhhh) dan nak dapat keberkatan dalam mendidik tu. Sebab kerja mendidik ni merupakan satu amalan yang mulia.
     Itu cerita pasal marah, sekarang masuk cerita pelik pulak 😂. Ada 1 topik tu iaitu asas akidah islam, bahagian syirik tu saya cerita pasal jual garam dekat kubur. Kalau mengajar, saya suka relate dengan cerita sekeliling supaya dorang senang faham. Tapi yang peliknya sampai last class saya dengan dorang, dorang ingat cerita jual garam dekat kubur tu. Last soalan dorang dekat saya 'Jadi ustazah, boleh kan saya jual garam di kuburan?'. Jual garam dekat kubur tu antara cerita popular jugak kann? Jadi saya kait lah dengan perkara syirik. 
     And.... jadi pendidik ni kena ready dengan segala kebarangkalian soalan pelik yang pelajar akan tanya sebab dorang mungkin akan tanya soalan beyond scope of the lesson. Antara soalan pelik yang saya ingat saya dapat 'ustazah, kenapa di kuburan tu dorang guna mozaic berkilat?' 'Kalau terjadinya dukhan, seluruh alam ni gelap. Macam mana kita mau tau waktu solat?' 'Jadi, boleh lah tu kan guna kulit anjing kalau sudah samak?' 'Kalau Nabi Adam tidak makan buah tu mesti kita hidup di syurga sekarang kan?' Yesss, saya selagi ada masa free sebelum masuk kelas, saya baca semua buku google itu ini takut salah info. Sebelum tidur pun buka buku. Tapi Alhamdulillah semua saya boleh jawab kecuali soalan dukhan tu. Saya siap chat kawan saya dekat Jordan tau tanya pasal tu 😂. Ini jawapan dia 


     7 classes is quite a lot juga lah. Cikgu-cikgu pun ada cakap banyak kelas saya handle. Tapi ye lah kan, dah saya ganti ustazah sorang tu cuti bersalin dan kebetulan pula memang banyak kelas bawah dia, so terima je lah kan. Saya takut sebenarnya pegang kelas banyak-banyak. But, alhamdulillah exam pun students ramai perform. Saya siap print buat nota untuk pelajar-pelajar saya supaya dorang boleh fokus topik-topik peperiksaan pertengahan tahun. Buat latihan kbat everytime habis awal satu-satu topik tu. Dan apa yang buat saya terkesima sikit bila ada beberapa pelajar yang boleh jawab soalan kbat dengan baik. Pelajar tingkatan 1 boleh jawab soalan kbat dengan baik satu benda yang boleh dibanggakan. Bila tanya macam mana dorang jawab kbat, dorang cakap kena banyak membaca. Yessss! Bijakkkk adik-adikku ini. Ohh yaaa, semak kertas soalan pelajar pun salah satu pengalaman baru saya juga. Rasa geram, marah, kelakar semua benda ada. Kadang-kadang macam tak tercapai akal fikiran tau jawapan dorang. Siap terfikir lagi 'bila masa lahhh ajar budak-budak ni benda ni' 😂😂😅. Key-in markah dalam SAPS pun saya dah pernah buat. Best lahh jadi guru ganti ni. It's a lifetime experience gituuuu. Bawa bekal pergi sekolah, makan dalam bilik guru semua tu akan dirindui 💕
     
...

     Lepas jadi guru ganti, Alhamdulillah saya dapat offer sambung degree dekat UiTM Samarahan, Sarawak dalam bidang perakaunan. Sama je macam saya apply penerapan hari tu & course masa saya diploma. Macam yang saya cerita dekat previous entry saya. Sekarang ni tengah cuti semester, sebab tu ada masa nak update blog hahahahahahaha. Dah habis lah semester 3 saya. Nampak kannn sekejap je masa berlalu. Know know sem 3 end 😂. Okayy, that's it. Sekian...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About me
I blog about myself

Follow Me

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2020 (6)
    • ►  September (1)
    • ►  March (2)
    • ▼  January (3)
      • What I think about marriage
      • Selangkah menjejak usia
      • Halaman yang hilang - jadi guru ganti
  • ►  2019 (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)

Labels

routine student life thoughts tips
My photo
Aien R.F
The one n only Ain Rasyiqah Fatini in this world
View my complete profile

Created with by ThemeXpose