Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Daily Journal
    • Routine
    • Student life
    • Thoughts
  • Tips
  • Youtube Channel
Facebook Twitter Instagram Youtube

SakurAin Heart

     Hi, Assalamualaikum. Mesti yang baca blog ni dah naik fed up sikit-sikit Haqiem Rusli. Ok, so 25/11/2018 merupakan hari yang tak boleh dilupakan bagi seorang Ain. Kenapa? Yassss! Seorang Ain berpeluang bertemu seorang Haqiem Rusli. Baiklah, untuk menghilangkan segala rasa ingin tahu  anda terhadap saya "Kenapa dia ni minat sangat dengan Haqiem Rusli", teruskan membaca kerana saya akan mengungkap segala rahsia yang tersingkap di sebalik tirai sebuah realiti.
     Pada 25/11/2018, Haqiem Rusli sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan di Tamu Gadang UMS ke-20. Tahun sebelum ini, saya tak berpeluang untuk bertemu dengannya kerana pada ketika itu saya masih bergerak sendiri. Akan TETAPI...... tidak kepada tahun ini 😂. Sebenarnya saya dah jadi part of Qiemilio dah setahun lebih dah. Bermula daripada Team Haqiem Rusli (THR) kepada Qiemilio Function (QF) dan akhir sekali Legacy Qiemilio Function (LQF) tetap setia ku disini menjadi peminatnya. In Shaa Allah, semoga nama kelab peminat ni tak berubah nama dah lah lepas ni. LQF merupakan group independent untuk fans Haqiem Rusli yang mana berfungsi untuk berkongsi maklumat mengenai perjalanan seni Haqiem Rusli. Selama ni saya hanya menjadi peminat pasif  HR sebab tak pernah turun padang join apa-apa event HR. 
     Nak dijadikan cerita, Kak DK (admin LQF Sabah) tanya siapa yang nak join event ni, list kan nama. Tanpa berfikir panjang, saya pun tulis lah nama dengan bertanda (kiv) kat belakang nama. Lama kelamaan perasaan sangsi untuk join event ni makin tinggi. Bukan apa, sebab pada ketika itu abang saya juga terlibat dalam majlis konvokesyennya. Jadi, semuanya perlu diatur rapi; meneliti masa, komitmen terhadap pelajaran dan sebagainya. Sampailah petang hari kejadian tersebut berlaku... Bentak hatiku, "Siapkan dulu homework tax. Tak siap jangan pergi konsert Haqiem Rusli". Alhamdullillah, semuanya dipermudahkan. Jujur kata masa tu saya betul-betul penat kerana minggu tersebut terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan, dan pada hari semalamnya berlaku majlis konvokesyen abang saya dari pagi hingga petang. Bisik hatiku, "siapkan kerja yang tertunda dahulu, kalau tak siap jangan pergi". Tapi bila ingat balik, ini mungkin konsert yang terakhir yang boleh saya ikut di Sabah kerana pada tahun hadapan, jika saya melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda, tempat pengajian saya berkemungkinan besar bukan di Sabah. Jadi, apa lagi kan. Semangat nak pergi tu membara balik hahahahahahaha. Siap sahaja homework tax, saya bersiap sedia untuk bertolak ke konsert tersebut pada jam 6 petang. Dari kolej naik bas, lepas tu berhenti seketika ke One Borneo untuk menunaikan solat maghrib. Usai sahaja solat maghrib, bertolak semula ke UMS dengan menaiki Grab. Lepas tu, saya enjoy lah dengan event tu 😂😂😂. Segala video yang sempat saya rakam sepanjang konsert tu boleh check kat twitter saya. Ataupun ke link bawah ini :- 
  • https://twitter.com/aii_yin09/status/1066946673383923712
  • https://twitter.com/aii_yin09/status/1067031810171854849
2 link atas ni adalah tweets yang HR reacted. Saya buat thread, so boleh scroll tweets tersebut.




Kenapa minat Haqiem Rusli?
Baiklah ini berdasarkan apa yang saya tahu sebelum interact in person dengan HR dan selepas saya jumpa sendiri dengan HR. 
  • Haqiem Rusli sangat menjaga batas pergaulan antara perempuan dan lelaki. Dia tak akan panggil peminat perempuan untuk menyanyi dengan dia. Sebab dia selalu cakap, suara tu aurat, dia tak suka perempuan tergedik-gedik.... Sebab benda ni tak ramai yang artis kita buat, so nak dapatkan another HR is too hard. But, it's not impossible anyway. Behind the back stage, dia memang jaga jarak dia dengan perempuan. Masih ingat lagi masa nak ambil gambar dengan LQF. Abang Amy (manager HR) dah kata, Haqiem berdiri tengah lah. Tak nampak kat belakang. Kitorang pun bagi space supaya HR boleh pergi ke depan, tapi dia tak nak. "Ehh, takpa lah saya kat belakang, korang kat depan". I was like, "Ye, Haqiem pergi depan kitorang bagi space" "Takpa, biar saya kat belakang". Maka terhasil lah gambar sepertimana yang HR upload kat ig story dia. 
  • Haqiem Rusli sangat merendah diri. Macam mana orang lain cakap HR ni humble, macam tu lah sifat dia kalau korang jumpa depan-depan. Dia layan peminat dia. Dia suka delay masa management event yang in charge "ehh tak apa lah, sebab saya jarang jumpa dorang". HR selalu cakap peminat dia adalah SAHABAT dia. Jadi, memang dia akan layan peminat dia macam kawan-kawan dia. #YTJT
  • Satu benda yang saya akan ingat sampai bila-bila dan benda ini lah yang membuatkan saya tersentap sendiri suatu ketika dahulu adalah kerana HR ni dia tak akan upload gambar perempuan kat social media dia lebih-lebih lagi yang tak tutup aurat. Usaha dia untuk tutup aurat peminat dia sangat saya puji. Dulu, masa mula-mula minat HR pun pernah tersentap sendiri juga. Bila saya upload gambar, saya akan tutup (conteng/letak emoji) untuk tutup aurat saya sahaja kalau ada yang tak tertutup. Aurat kawan-kawan saya, saya tak ambil kisah. Lepas tu bila terfikir balik dengan apa yang HR lakukan, saya tersedar "sedangkan HR yang lelaki pun tahu nak tutup aurat perempuan, apa alasan saya untuk tak menjaga aurat kawan-kawan perempuan saya?"

Berdiri kat belakang + cover aurat peminat. Itu sangatlah Haqiem Rusli



A good moment to be remembered. At last, HR followed me back



     Sekian, cuma ada lah beberapa tweets yang mengganggu saya. Boleh tak korang jangan bitter sangat. Kalau tak minat pun jangan lah sampai nak kecam dia. Yes, betul. Dia pernah dilanda kontroversi hebat suatu ketika dahulu. Cuma, benda tu dicetuskan oleh his internal management. Walhal desas-desus tu semuanya tak sahih. Jujur kata, banyak sebenarnya benda positif yang saya belajar daripada HR. HR selalu ingatkan pasal solat "Nak berjaya, kita jaga solat". Tapi korang ni, dia solat pun nak kata dia menunjuk. Kenapa stigma dan anggapan orang masih tak berkembang mengenai orang yang menunaikan solat? Dengar sini, solat tu benda wajib. Solat tak melambangkan kita ni alim. Solat merupakan suatu kewajipan untuk semua umat Islam, sebab kita ni bukan hanya Islam pada IC tapi untuk menjadi seorang umat Islam yang berpaksikan ajaran Islam yang sebenar. Kita kena tunaikan rukun Islam yang kedua. Solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Sebab tu, saya suka dengan ayat ni 'Solat itu full time, bukan part time'. 


Camera making a trick where we looked so close here. Even though it's not








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Pernah tak terdetik kat dalam hati korang kenapa kita kena belajar? Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau orang yang tak sambung belajar pun boleh berjaya. Belajar ni buang masa dan tenaga. Sebab sambung belajarlah banyak duit ibu ayah kita habis macam tu je. Kalau ibu ayah kita kumpul duit yang dorang bekalkan untuk kita sambung belajar selama ni, dah tentu mereka boleh pergi buat haji/umrah. Dah tentu boleh melancong. Lamaaaaaa dah hidup ibu ayah senang. Natijahnya, insan anugerah Tuhan inilah yang tak pernah merungut mahupun berkira bila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke alma mater.  Ya, mereka ingin melihat kita berjaya. Masih segar dan sentiasa berlegar di ruang fikiranku. Terasa baru seperti semalam ibu mengeluarkan ayat itu. Sedang menunggu abang mendaftar untuk melanjutkan pelajarannya dalam ijazah sarjana muda, satu kata terungkap dari bibir ibu. 'Alhamdulillah, ibu tak kisah pun dengan keputusan SPM apa yang korang dapat, sebab SPM bukan kayu ukur untuk buktikan kita berjaya, tapi ibu rasa lega bila anak ibu dapat masuk universiti'. Satu tamparan hebat buatku pada ketika itu yang mana diriku masih lagi berada di bangku sekolah. Arakian, dengan iltizam yang tinggi, telah mencabar diriku untuk belajar sebaik mungkin sehingga sampai ke menara gading. Disebabkan ayat itulah, masihku utuh disini melanjutkan pelajaran dalam diploma perakaunan dan kini.... In shaa allah, tahun hadapan tamatlah gelaranku sebagai seorang pelajar diploma.       
     Namun, tak ramai yang mengetahui disebalik kemanisan kejayaan yang diperolehi seseorang itu, disitulah terselitnya ilmu hasil daripada 'BELAJAR'. Benar, belajar ni memang penat. Belajar ni memang susah. Tetapi, ilmu adalah wahana kita menyeberangi tengah arungan. Biar ombak dan badai melanda. Selagi prinsip dan panduan untuk mengemudi bahtera kita pegang erat, In Shaa Allah kita sampai ke destinasi. Kita adalah nakhoda, kalau kita jaguh mengemudi bahtera maka selamatlah kita daripada segala marabahaya. 
     Apa yang dapat dilihat pada masa kini, terlalu banyak ilmu yang boleh kita peroleh dari pelbagai sumber. Walakin, tak semua ilmu boleh diserap begitu sahaja. Justeru itu, kita perlu berguru dengan guru yang betul. Meskipun peranti mudah alih yang kita ada cukup memudahkan kita mencari segala maklumat untuk menimba ilmu baru. Ada terselitnya sedikit kecelaruan kefahaman ilmu itu sendiri. Sebab itulah, jika diberi pilihan untuk memilih belajar sendiri ataupun belajar secara berguru, tanpa dolak-dalik pilihanku adalah belajar dengan guru yang betul. Terkadang, usaha untuk menambah ilmu pengetahuan itu adalah sangat baik. Ia merupakan satu inisiatif individu itu untuk menambah nilai dalam dirinya. Sungguhpun begitu, pernahkah kalian berfikir sejenak tentang ilmu yang kalian peroleh? Adakah maklumat yang diperoleh itu sahih? Bolehkah kalian percaya dengan sepenuh hati? Tepuk dada tanyalah selera.
     Dengar sini, belajarlah selagi kalian mampu. Meskipun kita sedia maklum menuntut ilmu itu tak lah semudah seperti ABC lagi, namun ianya amat membantu kita menjadi lebih matang, mengubah mentaliti dan tanggapan negatif terhadap sesuatu benda. Belajar itu memenatkan, ya sangat memenatkan. Jika kalian mengalami masalah kewangan, usahalah mencari inisiatif memohon dana daripada pihak tertentu. Soal itu, usahlah terlalu kalian hiraukan kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Jika niat kita ikhlas dan betul dalam menuntut ilmu, In Shaa Allah kita akan dibukakan jalan. Kerana menuntut ilmu itu juga merupakan suatu jihad.
  Islam sangat mementingkan umatnya menuntut ilmu. Buktinya, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah untuk sekalian umat adalah menerusi surah Al-Alaq. Ayat pertama surah Al-Alaq 'Iqra' yang bermaksud 'Bacalah' jelas menunjukkan pentingnya ilmu itu disebabkan oleh tindak-tanduk masyarakat Arab Jahiliah di mana pada ketika itu mereka jahil (jahala) diatas amalan-amalan yang menyesatkan dan tidak berperikemanusiaan. Bila fikir balik, sememangnya Allah itu Maha Berkuasa dan tidak akan ada galang gantinya. Allah tak turunkan wahyu menyeru umat terus sujud kepadanya. Allah turunkan wahyu menyeru umat manusia untuk membaca dahulu. Bayangkan, tanpa ilmu bolehkah kita terus menjadi cerdik? Tanpa ilmu Fardhu Ain tahukah kita bagaimana cara untuk melaksanakan solat?
     Sebab itulah, jangan pernah kita mengeluh mahupun putus asa dalam menuntut ilmu. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan sebaik-baik ciptaan Allah hendaklah mentadbir alam ini dengan baik. Harus kita ingat bahawa dunia ini tak akan selamanya kekal kerana Akhirat adalah bersifat abadi. Dunia ini diciptakan sebagai tempat persinggahan untuk kita merantau berpenat mengumpul segala amalan kita, dan Akhirat lah tempat untuk kita berehat. Menuntut ilmu itu adalah Fardhu Kifayah. Justeru itu, jangan pernah pertikaikan rezeki seseorang itu dalam bidang yang diceburi. Tanpa seorang doktor, binasalah insan yang terlantar kesakitan. Tanpa seorang peguam, tidak akan terbela nasib mangsa yang tidak berdosa. Tanpa seorang auditor, siapa yang tahu kalau sesebuah entiti itu melakukan penipuan. Oleh itu, banggalah dengan diri sendiri jika kalian berpeluang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang tertinggi meskipun kalian berada dalam bidang apa sekalipun. Selalu simpan dalam minda dan prinsip hidup kalian. Bidang yang kalian ceburi sekarang adalah untuk membantu masyarakat. Tidak akan mapan sebuah masyarakat madani itu jika tidak saling bekerjasama.
     Bidang IT ke, fisiologi ke, ekonomi mahupun apa jua bidang yang ada. Jangan pernah rasa kecil hati ketika disisih oleh masyarakat. Kerana itu adalah sebahagian daripada mentaliti masyarakat kita yang sukar untuk dihapuskan. Mereka akan memuji dan sanjung apabila kalian menjawat jawatan sebagai seorang doktor, peguam, jurutera, dan arkitek kerana hanya itu bidang pekerjaan yang nampak gah di mata mereka. Oleh itu, kita yang berada di dalam bidang yang tidak dikenali inilah harus menerangkan peranan kita kepada mereka. Ketika itu, pasti mereka tahu jika tidak ada kalian, pasti ada cacat cela dalam mentadbir alam ini.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About me
I blog about myself

Follow Me

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  September (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2018 (8)
    • ▼  November (2)
      • Melakar memoir bersama seorang Haqiem Rusli
      • Kenapa kita kena belajar?
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)

Labels

routine student life thoughts tips
My photo
Aien R.F
The one n only Ain Rasyiqah Fatini in this world
View my complete profile

Created with by ThemeXpose