The day I met Ismail Izzani

by - Friday, September 22, 2017

     Tak tau nak mula daripada mana. Entahlah, kalau orang tanya tak tau nak cakap macam mana hahahahaha. Btw, kuliah dah bermula and so far okayy lah sebab baru 2 weeks kan. Ain nak update blog hari tu lagi masa jumpa Mael, tapi tu lah internet tak mengizinkan sebab ain dah habiskan half of my quota masa balik KL hari tu. Seriously, ain lupa yang data tu hanya untuk Sabah & Sarawak. So, memang dia telan habis-habisan lah masa balik KL hari tu. Okayy cukup sampai sini sahaja mengenai data internet.
     Kitorang memang tak plan langsung nak jumpa Mael. Few days before event tu one of us nampak video kat ig kata Mael pun ada sekali. Memandangkan Alya Iwana memang fanatik sangat dengan insan yang bernama Ismail Izzani, siapa yang boleh tolak pelawaan dia? hahahahaha. Masa event 15hb tu (Konsert Negaraku), kitorang terpisah kepada 3 groups. Alya dengan Dyra pergi Bank Rakyat sebab nak amek KADS1M, Pija dengan Datul pun pergi destinasi yang sama tapi lain kereta. Ain, Hanna dengan Moiy ikut Rafi sebab Moiy ada urusan nak pergi tengok rumah sewa. Tak tau lah berapa lama kitorang habiskan masa dalam kereta (heavy traffic) tambah lagi sesat tak jumpa kedai Kak Kiah kat Kingfisher. Plan awal sebenarnya nak jalan dulu sebelum pergi konsert tu, tapi masa tak mengizinkan. So, lepas pergi kedai Kak Kiah, kitorang pun direct minta Rafi hantar pergi Kompleks Sukan Likas. Tiba-tiba pulak rasa macam susahkan Rafi hahahaha. Thanks anyway.
     Sesampainya di perkarangan Kompleks Likas, kitorang (Me, Hanna, Moiy) sempatlah jalan-jalan dulu kat kawasan tu sementara tunggu yang lain sampai. 





Tak sangka boleh berada dekat row palinggggg depan. Excited lebih sikit sebab dekat dengan retis (artis).



     Tak habis pun tengok full concert, lepas beberapa artis perform kitorang cabut lari sebab nak cari Mael. Nasib baik Hanna check whatsapp sebab cissss Dyra dengan Moiy dah jumpa Mael awal lagi. Masa nak keluar dari row depan tu, sumpah guys! I tenggelam oleh ribuan orang kat situ. Dah lah I ni kecik, kalau kena tiup angin pun terbang boleh-boleh dorang tolak I 😪. At least, bagi lah ruang untuk ain keluar. Tau lah semua rebut nak duduk depan hmmmmm. Anyway, ain keluar tv hari tu. Tapi, tak payahlah tengok sebab Allahu macam tak tentu arah nengok.



      Gambar ni lepas kitorang dah bergambar dengan Mael, belakang tu ada Tajul kalau boleh nampak. Sorry Tajul hahahahahaha. Jarak Tajul dengan kitorang (Ain dengan Hanna) tersangatlah dekat (Alya tak tau hilang ke mana masa tu). Tapi kitorang tak bergambar pun dengan dia. Sempat lagi bermusyawarah dengan Hanna tanya nak bergambar dengan Tajul atau tak. Kitorang memutuskan untuk TAK bergambar dengan Tajul walaupun jarak kitorang masa tu less than a metre. Nak buat macam mana kan kalau dah memang bukan fans dia. Kalau lah ada record masa tu, memang you guys akan terkejut tengok betapa dekatnya kitorang dengan dia. Tapi memang lawak lah sempat lagi bincang nak bergambar dengan dia atau tak. Sorry Tajul kalau awak terdengar perbualan kitorang.
   
     Climax-nya ada di bawah ini. Selamat menjamu hidangan yang ada hehehehehehe.




     17hb, ain tengok IG story Mael jam 5 lebih (pagi). Dia kata flight dia jam 12. Tapi ini kita tak tau jam 12 tengahari atau 12 malam. Masa ni ain dah tak reti duduk diam. Sementara mereka dibuai mimpi ain asyik terfikir benda ni. Bila mereka semua dah terjaga dari mimpi (amboiii ayat), ain bagi tau Alya yang Mael nak balik jam 12. Assume yang dia akan balik jam 12 tengahari, so maybe dia akan ada kat airport sekitar 9-10 pagi. Tanpa buang masa, kitorang cepat-cepat bersiap nak pergi airport. Nampak tak kegigihan dia kat situ.
     Sampai je kat airport, masuk pintu pertama kitorang terus nampak Mael. Part ni macam sedih sikitlah sebab ain nak record moment jumpa Mael.
     Refresh balik moment hari tu. Keluar je daripada pintu kereta, ain nak masukkan wallet dalam sling bag lepas tu keluarkan phone daripada beg tu. Bila nampak je Mael masa masuk pintu airport tu, Allahu begegor tangan wehhh. Maksudnya kat sini, memang tak sempat nak record. Artis ni memang ada aura dia, sebab tu lah dorang jadi artis.


     Lepas bergambar dengan Mael, kitorang pergi 1 booth beli some souvenirs untuk Mael dengan Adib Hamdi which is also known as composer lagu Sabar and Demi Kita.

     Kenapa McD? Sebab Mael pun makan McD masa ni kahkahkahkah.



     
     Ain memang minat Haqiem Rusli, 17hb tu actually Haqiem ada show kat Likas jugak, tapi banyak aspek perlu difikirkan. Kalau ain pergi konsert tu macam mana ain nak masuk kolej sebab gate tutup jam 10 malam, lepas tu esok dia pulak ada program CIMA dari pagi sampai petang. So, batalkan je niat nak jumpa Haqiem Rusli. Tu lah ramai orang kata, bila kau minat sangat dengan orang tu, orang tu jugak yang paling susah kau nak jumpa. Tak pe lah, I redha. Dapat jumpa kawan (Mael) dia pun kira okayy lah.
    Sekian sahaja cerita mengenai Ismail Izzani.

You May Also Like

0 comments