Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Daily Journal
    • Routine
    • Student life
    • Thoughts
  • Tips
  • Youtube Channel
Facebook Twitter Instagram Youtube

SakurAin Heart

     Tak tau nak mula daripada mana. Entahlah, kalau orang tanya tak tau nak cakap macam mana hahahahaha. Btw, kuliah dah bermula and so far okayy lah sebab baru 2 weeks kan. Ain nak update blog hari tu lagi masa jumpa Mael, tapi tu lah internet tak mengizinkan sebab ain dah habiskan half of my quota masa balik KL hari tu. Seriously, ain lupa yang data tu hanya untuk Sabah & Sarawak. So, memang dia telan habis-habisan lah masa balik KL hari tu. Okayy cukup sampai sini sahaja mengenai data internet.
     Kitorang memang tak plan langsung nak jumpa Mael. Few days before event tu one of us nampak video kat ig kata Mael pun ada sekali. Memandangkan Alya Iwana memang fanatik sangat dengan insan yang bernama Ismail Izzani, siapa yang boleh tolak pelawaan dia? hahahahaha. Masa event 15hb tu (Konsert Negaraku), kitorang terpisah kepada 3 groups. Alya dengan Dyra pergi Bank Rakyat sebab nak amek KADS1M, Pija dengan Datul pun pergi destinasi yang sama tapi lain kereta. Ain, Hanna dengan Moiy ikut Rafi sebab Moiy ada urusan nak pergi tengok rumah sewa. Tak tau lah berapa lama kitorang habiskan masa dalam kereta (heavy traffic) tambah lagi sesat tak jumpa kedai Kak Kiah kat Kingfisher. Plan awal sebenarnya nak jalan dulu sebelum pergi konsert tu, tapi masa tak mengizinkan. So, lepas pergi kedai Kak Kiah, kitorang pun direct minta Rafi hantar pergi Kompleks Sukan Likas. Tiba-tiba pulak rasa macam susahkan Rafi hahahaha. Thanks anyway.
     Sesampainya di perkarangan Kompleks Likas, kitorang (Me, Hanna, Moiy) sempatlah jalan-jalan dulu kat kawasan tu sementara tunggu yang lain sampai. 





Tak sangka boleh berada dekat row palinggggg depan. Excited lebih sikit sebab dekat dengan retis (artis).



     Tak habis pun tengok full concert, lepas beberapa artis perform kitorang cabut lari sebab nak cari Mael. Nasib baik Hanna check whatsapp sebab cissss Dyra dengan Moiy dah jumpa Mael awal lagi. Masa nak keluar dari row depan tu, sumpah guys! I tenggelam oleh ribuan orang kat situ. Dah lah I ni kecik, kalau kena tiup angin pun terbang boleh-boleh dorang tolak I 😪. At least, bagi lah ruang untuk ain keluar. Tau lah semua rebut nak duduk depan hmmmmm. Anyway, ain keluar tv hari tu. Tapi, tak payahlah tengok sebab Allahu macam tak tentu arah nengok.



      Gambar ni lepas kitorang dah bergambar dengan Mael, belakang tu ada Tajul kalau boleh nampak. Sorry Tajul hahahahahaha. Jarak Tajul dengan kitorang (Ain dengan Hanna) tersangatlah dekat (Alya tak tau hilang ke mana masa tu). Tapi kitorang tak bergambar pun dengan dia. Sempat lagi bermusyawarah dengan Hanna tanya nak bergambar dengan Tajul atau tak. Kitorang memutuskan untuk TAK bergambar dengan Tajul walaupun jarak kitorang masa tu less than a metre. Nak buat macam mana kan kalau dah memang bukan fans dia. Kalau lah ada record masa tu, memang you guys akan terkejut tengok betapa dekatnya kitorang dengan dia. Tapi memang lawak lah sempat lagi bincang nak bergambar dengan dia atau tak. Sorry Tajul kalau awak terdengar perbualan kitorang.
   
     Climax-nya ada di bawah ini. Selamat menjamu hidangan yang ada hehehehehehe.




     17hb, ain tengok IG story Mael jam 5 lebih (pagi). Dia kata flight dia jam 12. Tapi ini kita tak tau jam 12 tengahari atau 12 malam. Masa ni ain dah tak reti duduk diam. Sementara mereka dibuai mimpi ain asyik terfikir benda ni. Bila mereka semua dah terjaga dari mimpi (amboiii ayat), ain bagi tau Alya yang Mael nak balik jam 12. Assume yang dia akan balik jam 12 tengahari, so maybe dia akan ada kat airport sekitar 9-10 pagi. Tanpa buang masa, kitorang cepat-cepat bersiap nak pergi airport. Nampak tak kegigihan dia kat situ.
     Sampai je kat airport, masuk pintu pertama kitorang terus nampak Mael. Part ni macam sedih sikitlah sebab ain nak record moment jumpa Mael.
     Refresh balik moment hari tu. Keluar je daripada pintu kereta, ain nak masukkan wallet dalam sling bag lepas tu keluarkan phone daripada beg tu. Bila nampak je Mael masa masuk pintu airport tu, Allahu begegor tangan wehhh. Maksudnya kat sini, memang tak sempat nak record. Artis ni memang ada aura dia, sebab tu lah dorang jadi artis.


     Lepas bergambar dengan Mael, kitorang pergi 1 booth beli some souvenirs untuk Mael dengan Adib Hamdi which is also known as composer lagu Sabar and Demi Kita.

     Kenapa McD? Sebab Mael pun makan McD masa ni kahkahkahkah.



     
     Ain memang minat Haqiem Rusli, 17hb tu actually Haqiem ada show kat Likas jugak, tapi banyak aspek perlu difikirkan. Kalau ain pergi konsert tu macam mana ain nak masuk kolej sebab gate tutup jam 10 malam, lepas tu esok dia pulak ada program CIMA dari pagi sampai petang. So, batalkan je niat nak jumpa Haqiem Rusli. Tu lah ramai orang kata, bila kau minat sangat dengan orang tu, orang tu jugak yang paling susah kau nak jumpa. Tak pe lah, I redha. Dapat jumpa kawan (Mael) dia pun kira okayy lah.
    Sekian sahaja cerita mengenai Ismail Izzani.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Where should I start? emm by the way, the sea games has started so I'm wishing all the best to #TEAMMALAYSIA #bangkitbersama. 
     Actually, entry kali ni bukan hanya stick to one context, tapi more to santai, curhat pendapat tentang apa yang ain fikirkan kebelakangan ni. Entahlah the way ain berfikir sekarang totally berbeza dari dulu. Banyak benda sebenarnya kita boleh dapat berdasarkan apa yang kita nampak disekeliling kita. Tak tau sejauh mana kesahihannya, ain ada baca article yang mengatakan orang kidal ni lain cara dia berfikir. Betul ke? Well, since I'm kidal boleh dikatakan betul juga sebab everytime orang kata A ain akan kata B. Biasalah, 'masyarakat' kidal ni hanya 10% yang hidup di muka bumi ni. Dunia yang luas ni sememangnya tak adil untuk orang kidal sebab banyak benda kat dalam dunia ni yang dibuat khas untuk orang 'normal'. Sebab tu setiap kali si kidal bila berjumpa atau terjumpa yang sama spesies dengan dia, mereka akan excited lebih sebab rare kot nak jumpa orang kidal. Pendek kata, kalau orang kidal terjumpa sesama sendiri dia macam ada something yang membuatkan 'kami' boleh 'click' tiba-tiba. Tapi, apapun ciptaan Allah tak ada siapa yang mampu tandingi. Walaupun dari segi benda ciptaan manusia tak semua orang kidal happy menggunakannya, tapi Allah hadiahkan sesuatu yang cukup membuatkan insan ini tetap mampu jalani kehidupan seperti biasa. *note to myself*
     Harus diakui yang cara berfikir berubah bila mana ain mula menjejakkan kaki ke alam universiti. Tambah lagi bila dapat cuti 5 bulan ni. 5 months should be enough for me untuk reflek diri sendiri apa yang patut dilakukan untuk masa akan datang. Alhamdulillah, cuti yang cukup panjang ni banyak mengajar diri sendiri untuk menjadi lebih matang. Mungkin dah nak tua kot? hahahahahaha almaklumlah nak masuk 20-an next year. 
     Orang kata, kalau nak ubah cara berfikir tu kena cari orang yang pemikiran dia juga bersifat terbuka. I spent masa cuti ni dengan browse sana sini sampai mata pun dah pandai blurr. Tapi, I don't care at all as long as ain dapat benda yang bermanfaat. I'm that person yang suka baca blog orang lain. Selain buka blog, I like to spend my time streaming youtube. Hobi baru I semenjak jumpa youtubers yang best. Macam nak buat entry baru untuk my fav bloggers and youtubers tapi tengok lah kalau rajin hahahahaha. 
     I'm not that person yang mengejar populariti. Ain buat blog cuma untuk suka-suka luahkan perasaan *cehh* sebab I memang suka menulis. Jadi tak salah rasanya kongsi pendapat sendiri dalam alam maya selagi benda tu tak bawa pengaruh negatif dekat orang lain dan diri sendiri. Sebabnya, cara kita berfikir tu mempengaruhi apa yang kita buat. Perasankan ada banyak ayat yang kata 'berfikir dulu sebelum bertindak'. Why not kita semua bawa aura positif dalam diri sendiri. Takut lah baca isu zaman sekarang, macam-macam berlaku. So, let's start our day with positive vibes 😁. 
     I have to thanks my parents sebab tak besarkan ain dengan kemewahan. Part ni tiba-tiba emo sikit rasa nak nangis hahahahaha. Dulu pernah terfikir kenapa ain tak datang dalam keluarga yang kaya? kenapa semua apa yang ain nak tak semua dapat? Kenapa? Persoalan itu yang selalu bermain dalam fikiran. Tapi, bila fikir balik Allah dah plan baik punyaaa for myself. Bayangkan, kalau ain lahir je dah kaya rasa-rasanya ain akan bersyukur hidup dalam kesederhanaan? Sumpah, nak nangis lah tulis part ni 😂. Kesederhanaan tu sebenarnya membuatkan kita bersyukur lebih mengenali erti hidup. Kesederhanaan itu juga yang membuatkan kita terus berusaha untuk mengubah nasib kita. Ain bukan jenis kaki shopping, mungkin ada yang nampak I mewah tapi itu semuanya dustaaaaa. I'll buy something when I really need it. Kadang-kadang ada juga habiskan duit beli barang kehendak (kemahuan), biasalah kan manusia memang ada naluri nak juga ada macam orang lain. Tapi, ikut budget juga fikir benda tu berguna atau tak kalau kita beli. Yes, ain kalau beli barang mahal memang yang betul-betul mahal. 
     Kalau dulu masa kecik mesti excited bila pergi KFC sebab ye lah jarang kot pergi situ. Mum and dad will brought us there bila nak celebrate birthday. Lepas tu setiap kali nak pergi KFC mesti pakai baju lawa seolah tempat tu bertaraf 5 stars. The struggle is real kan for parents untuk buatkan anak-anak dia happy? *mata masuk habuk*. Sorry, hati I ni tisu sikit cepat touching. It was such a nice moment utk diabadikan sepanjang hayat. Sedih kalau tengok anak-anak zaman sekarang paksa parents untuk tunaikan permintaan dorang. Harap lah ain bukan macam tu waktu dulu, kini dan selamanya. Pernah ke agaknya ain buat macam tu? *curious*. Rata-rata budak sekarang mendambakan gadget yang canggih dan latest. Iphone of course will be their first choice. Perasan tak benda tu sebenarnya akan di-upgrade dalam masa yang singkat? Buat apa habiskan duit beribu untuk benda macam tu. I don't really care pasal handphone ni as long I boleh guna basic apps yang perlu ada dalam handphone. Okayy I'm done, tak nak bahas pasal tu sendiri boleh fikir the pros and cons. 
     Lately, macam ain cakap pada awal entry ni, I like to spend my time blogging and youtube-ing. Buka satu rahsia lah dulu, my fav youtuber is Gita Savitri from Indonesia. She's currently living in Berlin. What I like the most is the way dia berfikir. Everytime baca blog dan tengok vlog dia, ain mesti akan 'ooo ye lah', 'eh, betul lah', 'kenapa tak fikir macam tu dulu' and sometimes 'oh yeah, I think that way'. I think you guys should make a time to get know about her lebih-lebih lagi those yang rasa memerlukan inspirasi atau nak rasa terinspirasi dengan kata-katanya. I got no problem untuk faham bahasa Indon sebab ain membesar dengan sinetron hahahahaha. My Indo language improved a lot I think since selalu follow the latest update of her.
    Rasanya tu je lah kot, mata dah berair lama sangat tengok laptop hahahaha. Don't forget every heart has a story to tell.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
     Mentang-mentang dah nak masuk U balik terus cerita pasal ni lol hahahahaha. Baru perasan, I never told you guys pasal kehidupan dekat UiTM. Kehidupan dekat Uni dengan sebelum ni TOTALLY berbeza. So, jom follow my story yang tak seberapa ni.
     Orang kata kalau masuk U boleh pakai baju bebas, boleh bebas nak pergi kelas ke tak. Orang kata kalau salah pilih team group merana sepanjang semester (ni betul). Orang kata masa sekolah dulu jangan bercinta dulu, nanti masuk U jumpa jodoh. Sembang ahh korang. Disini sembang, disana sembang. Mana semua insan yang berkata sedemikian? 
     Hidup dekat Uni ni tak lah bebas mana, kalau tak datang kelas dengan bangganya dapat surat amaran also tak boleh masuk dewan exam. Baju bebas? Yes, tapi still tak boleh pakai ripped jeans and sekutu dengannya. You guys nak tuntut ilmu kan, so pakai lah baju yang mencerminkan awak ni seorang student. Like Hello, awak student nak tuntut ilmu bukan nak pergi mall. Tapi, masih ramai yang tak ikut etika, jadi part mana agaknya dia tu boleh dikatakan berpelajaran? pstt. Sentap ke?
     UiTM Kota Kinabalu? Best ke? Apa yang boleh dikatakan so far 'best lah' dari segi pemandangan especially pelajar siswi. Kolej siswi ada dua blok. Kolej Mantanani dengan Kolej Mabul. Kolej Mantanani boleh nampak Gunung Kinabalu, Kolej Mabul boleh nampak 'sea view'. Kalau siswa pula Kolej Manukan tapi I tak tau sangat apa yang best dekat sana selain cafe buka sampai malam and dekat nak pergi kelas hahahaha. Actually pelajar lelaki best sebab tempat dorang sangat strategik. Dekat dengan semua tempat, kita orang yang siswi ni kena daki bukit nak balik kolej, kena tunggu bas setiap 2 jam untuk naik atau turun kolej. Benda ni lah yang paling dibenci sebab Allahu dah lah penat tuntut ilmu, kena redah onak ranjau bagai nak sampai bilik.
     
     Sungguh ku tak sangka dapat belajar dekat UiTM KK. Lucunya, mula-mula ain pergi sana sebab ada program masuk U (part mana entah yang lucunya). Lepas tu, nak dijadikan cerita ehh no bukan nak dijadikan cerita, memang dah terjadi pun. Ain pergi lah booth Accounting masa program tu. Booth Accounting je okayy lepas tu cabut lari dari tempat tu. Confident je tak nak pergi booth lain. Dan bila dapat result upu, tanpa perlu berkata apa, ain dapat UiTM KK course accounting. Tak tau nak excited ke tak hahahahahaha. 
    Masa yang ada nak prepare masuk U sangat pack, kena sedia itu ini almaklumlah ain memang tak pernah sekolah asrama. Ain memang bersekolah di sekolah harian so tak tau sangat macam mana kehidupan pelajar asrama cenggitu. Part ni nak simpan sebab ain cerita kemudian apa beza tinggal asrama dengan tinggal rumah sendiri.
     So, yeah bila nak masuk U, mula lah tanya senior sekolah yang sambung study kat situ. Dorang kata jangan bawa barang banyak sebab kena naik bas pergi kolej. Masih tak dapat bayang lagi ni macam mana rupa kolej tu. Actually, banyak jugak lah ain bawa barang at the end sendiri merana lol.




Langit pun cerah je nak sambut kedatangan ain lol. Patutnya bersedih lah sikit sebab nak tinggalkan rumah.


     Best ke MDS? Allahu, jangan tanya. Tolong jangan tanya. Macam sesi orientasi mana-mana tempat you guys pergi. Tertido masa ceramah tu biasa lah kan? hahahahaha. Serius penat sangat masa MDS, kena rush pergi Pusat Islam dekat atas bukit untuk solat, nak makan kena pergi cafe Kolej Mabul walhal tinggal dekat Mantanani. Bangun awal tidur lewat. Tapi, tu semua pengalaman orang kata. Kalau boleh, tak nak dah ada MDS lagi hahahahaha. Sepanjang MDS, makanan okayy lah sedap, ada games dan sekian sekian. Tapi entahlah ain ni pelik sikit. Kalau silap sikit mesti keluar segala benda allergic. Nyamuk suka gila dengan ain hahahahaha and also, ain allergic air mandi. Habis satu badan naik merah-merah. Kalau kawasan tu berhabuk atau air dia tak bersih, memang kulit ain akan terjejas. Hadoii apa lah nasib dah lah baru masuk, tiba-tiba allergic pulak.




                                                                                                                                                      
Bila dapat tau cuti seminggu lepas MDS punyalah happy. Lagipun masa tu sebelum masuk bulan Ramadhan, so balik lah kan tak kan nak stay kolej. Dan beg ni ain bawa semua baju belum bercuci. Tak sempat nak basuh, bayangkan tidur jam 12-1 pagi lepas tu bangun jam 4 pagi.



     Setelah seminggu, balik semula ke kolej. Parents boleh hantar kat bawah, siswi semua naik bas



     Bila percaya sangat dengan propaganda senior, 'kalau barisan nak naik bas panjang, baik turun guna tangga merah'. Come on gais, kalau selagi belum jam 7:15 pagi senang kata sebelum jam 8 pagi, baik beratur tunggu bas je lah. Kalau tak silap tangga merah ada 293 anak tangga ain kira hari tu. Tapi, kena hati-hati sebab tangga ni agak cerun, ada monyet liar lepak kadang-kadang sebab kita kena redah hutan. Tak lah hutan sangat, tapi still hutan hahahahaha. Kalau lalu tu mulut jangan celupar sangat terutama bila waktu malam. Tengok macam wani tiba-tiba dia demam esoknya bila tegur benda.



    Dugaan first puasa, ada HBU lepas tu suara hilang. By the way, bukit ni adalah Bukit Botak, dulu boleh naik, tapi sekarang mesti kena minta kebenaran pihak uni sebab ada kes penculikan/rompakan. So, ain lah insan yang tak berpeluang naik bukit tu. Gambar ni diambil dari Menara Ilmu masa tunggu bas. 



So, ini lah bas yang semua siswi naik. Ingat lagi masa ni first puasa lepas tu berbuka masa tunggu bas sebab bas penuh gilss. Semua nak naik cepat.




     Pemandangan dari Kolej Mantanani. Depan ni river side



Dan ini Gunung Kinabalu yang tinggi lagi saya sayang sama kamu hahahahaha




So, this is my room. Bilik berempat, my roomates actually classmates ain masa sekolah menengah




 Ready nak berbuka puasa kat Pusat Islam bersama Tuan Rektor





Kerana makan kambing semalamnya, sakit perut terus kita orang keesokan harinya. Dah tu, ada program lagi dekat Dewan Tun Mustapha





      So, ini adalah acara naik tangga merah bersama classmates hahahaha. Sebab kelas habis jam 4:50 petang, kita orang malas nak tunggu bas, so yeah redah je lah segala kepayahan sampai kolej.




View dari Cafe Kolej Mantanani. depan tu Kolej Mantanani. As you can see, banyak sangat kan bukit bukau? sekejap naik sekejap turun.




     Yes, I can see faiz punya sekolah. Tempat belajar sebelah-menyebelah tapi tu lah, kalau kena bawa outing je baru terjumpa.




     Kesatria Negara. Pengalaman yang agak best, kita jaga hubungan dalam hidup berpasukan and yezza kami menang kawad kaki wuuu. Charlie Aumm! Kalau balik kawad jam 8 malam tu that's normal. Kena tunggu bas kan, so yeah sabar je lah.




     Quote ni memang ain tampal depan study table ain. Tulis menda ni masa rasa-rasa nak nangis sebab stress belajar lol.



     So, this is my table, cupboard pink tu pihak kolej tak sediakan okayy. Itu memang ain bawa sendiri. Nampak kan kegigihan nak angkat cupboard tu pergi level 4 hahahahaha.




Yang ni pula, masa Hari Diskusi (program TAC)




     Guess what? tak tau lah disebabkan kena hujan atau balik lewat atau memang 'terkena' masa habis program diskusi, esoknya ain demam terokkk. Part ni ain cerita panjang sikit. Kelas A1 memang dua hati nak pergi program TAC sebab esok tu kita orang ada kuiz business math which is kena ambil kira untuk markah OGA. Malam lepas program tu ain dah perasan macam ain nak demam, tapi sebab ingat ada kuiz esok hari so kita study je lah. Then, makin lama badan makin panas so ain rasa baik tido sekejap assumed yang ain penat sebab join program petang tu. Sampaikan zaza datang bilik bawa makanan pun ain dah tak kisah :). Around jam 2-3 pagi keesokan harinya ain bangun awal untuk buat revision sikit sebab ye lah semalamnya kan ain tidur awal. Kali ni memang rasa nak demam. Revision entah ke mana fikiran pun terbang ke mana. Emosi terganggu woo masa ni. So, sebelum nak kuiz tu tiba-tiba pulak chat dekat group family suruh doakan sebab nak jawab kuiz. Biasalah orang sakit ni kan emosi lebih sikit hahahahaha. Memang I totally tak jawab dengan betul soalan kuiz tu sebab ye lah rasa nak demam mana boleh fikir waras. Habis je kuiz ada kelas CTU pulak, ain chat datul suruh bawakan cardigan sebab rasa sejuk sangat. Masa ni dah rasa macam nak pergi UK (Unit Kesihatan) tapi sebab tak larat sangat jadi rasa nak balik bilik terus. Sampai je bilik terus ain me-'landing'kan diri dekat tilam walhal ada HBU petang tu. Dorang semua tanya tak nak pergi UK ke sekian sekian. Sumpah tak larat nak turun wehh and yes petang tu ain tak pergi HBU. My room mates balik lewat sebab HBU, so bila balik bilik dan dorang masih nampak ain baring je dengan lauk beli tengahari tadi tak bersentuh dorang pun macam cuak. Datul call SRK yang bertugas masa tu dan ain kena bawa pergi Hospital Likas sebab malam-malam UK mana buka at least awak pergi United Kingdom hahahahaha. Masa nak otw pergi hospital, ibu pulak call nak bagi tau kawasan rumah black out lagi lah rasa tambah sakit sebab risau ibu tinggal sorang kat rumah. Lepas tu, baru ain bagi tau yang ain otw nak pergi hospital. Ingat nak bagi tau lepas balik dari hospital, tapi tu lah naluri seorang ibu kuat kan? Habis cerita setakat itu, malas nak ingat balik cerita pada hari itu. Proceed keesokan harinya hahahahaha.

     Cadang nak pergi UK untuk ambek MC je sebab tak pergi kelas hari tu, tapi tup tup kena tahan dekat sick bay pulak lol. Waktu tu ain rasa macam panas ain dah kurang, tapi bila check deng deng 39 darjah celcius, Ambekk kau. Doktor pun cakap kenapa semalam tak pergi UK awal-awal, kalau pergi awal panas awak tak panas macam ni sekian sekian sekian. Jadi, sebab terlampau panas, ain kena ambek darah sebab takut ada jangkitan denggi lepas tu kena masukkan air sebab my body memang totally dehydrated dah masa tu. So yeah, bertahan lah di situ dari tengahari sampai petang. Seumur hidup tak pernah demam teruk macam ni. I admit that kalau ain demam memang lama. Paling sekejap pun 3 hari. 





     Setelah beberapa hari, pergi UK lagi? Masa ni memang cadang nak pergi kelas sebab rasa demam dah kurang. Tapi, pagi tu ain muntah-muntah entah kenapa. So, cadang nak pergi UK sekejap je just nak tanya kenapa muntah-muntah. And again, kena ambek darah lagi huhuhu also kena buat urine test. Plus, kena suntikan untuk hilangkan muntah tu. Tak ingat berapa kali ain muntah kat UK choii. Sebab sejak masa demam tu, ain banyak kali skip breakfast. So, yeah from that moment ain memang tak boleh kalau tak breakfast, kalau skip jugak rasa macam lemas nak pengsan. Tetiba pulak ada gastrik.



     Masih lagi demam, dan esoknya ada test ECO. Tak rasa stress ke tengah demam lepas tu ada test plus awak tak pergi kelas for a week? Ain memang tak boleh langsung dengan subjek eco. Omaigadd it takes forever nak study benda ni. I study less than 2 hours untuk test eco sedangkan orang lain dah cukup preparation. Nak tak nak redah je lah kan? Macam nak gila hadamkan semua topik apabila otak kau melayang ke seantero dunia. Oh yaa, btw malam sebelum test eco, kita orang ada test MGT tapi memang tak mampu nak pergi, so ain postponed ambek test tu. 

    Seperti yang dijangkakan, result test eco memang hambar gila. Rasa down sangat-sangat. I memang tak boleh subjek eco ni, tak ada keserasian langsung. Dari awal sem, I just hope that I'm not going to repeat that subject. At the end alhamdulillah, bukan sekadar lulus, tapi okayy lah. From this point, I believe that jangan putus asa sebab Allah sentiasa tolong hamba-Nya. But wait, you guys tak rasa pelik ke kenapa I sakit lama sangat? persoalan biarkan terus menjadi tanda tanya....




     Selain daripada belajar je, of course lah ada akiviti fakulti, aktiviti kolej dan seangkatan dengannya. So, this is family day utk TAC.




     Aip? why ain yang kumpul duit dinner class? Yeah, I'm vice class rep. So this is part of my job hahahahaha




     Makan nampak? Ini masa kita orang having dinner together with team kawad (Charlie) dekat Steamboat Kampung Nelayan. Tanya lah siapa yang ada pergi dinner tu siapa yang makan paling banyak. It's me! It's me. I don't know why ain makan banyak sangat hahahaha. Tapi, it was nice experience lah dengan tayar pancit lagi sebelum pergi dinner.



     I would like to say that omaigadd seriously darrel banyak tolong kalau pasal group assignment. He's my class rep which mean that dia adalah my cip (ketua). I'm just his assistant dalam kelas. Masa ni memang ain totally blank nak buat assignment MGT like seriously banyak sangat belum siap dengan ada crisis dalaman which I'm not going to share. Thanks darrel banyak sangat tolong ! You're the best class rep hahahahha. 



     Dan ini adalah sewaktu sebelum presentation business plan.



     Nampak tak tudung sama and baju tak tukar? hahahaha. Memandangkan MGT punya presentation last day sebelum study week, so yeah boleh lah relax our mind sikit. So, me, moiy n hanna pergi jenjalan pergi 1 Borneo habiskan duit just untuk makan. Pergi secret recipe dooo.



     Stress apa tu? Kalau masuk UiTM, yes you kena hafal yassin. Hafal 20 ayat every sem dari part 1-3.



     Minggu belajar dah habis, study week pun dah habis tapi ehh apa ni? Sebelum paper FAR (financial accounting), kita orang ada masa about 1 week tak ada paper. Boleh dikatakan kerja gila jugak lah sebab pergi hang out masa exam week. Tapi actually, it's part of therapy untuk tenangkan fikiran sebelum paper FAR. Susah kot subjek tu.





Kita masuk ke alam semester kedua. So, inilah Kolej Mabul. Kolej ni best sikit sebab pemandangan dia lawa day n night. Tapi yang tak best tu sebab jalan nak naik kolej ni Allahu rabbi, rasa macam nak mendaki gunung. Cahaya lampu ni from pelabuhan sepanggar. 





     Ini view dari my room





     So, this is Ujana Sarjana. Design dia lawa bentuk colosseum.



     Bangunan sebelah kiri ni adalah Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). So, kalau HBU (kokum) selalunya kumpul area sini, pendek kata most aktiviti banyak dilakukan di sini. Wifi dia laju wooo.



     One of the best thing tinggal kolej ni you guys boleh celebrate birthday kawan. So, thank you guys for celebrating my birthday.



    Tak ingat lah apa nama program ni, I guess I've short-term memory? hahahahaha. Kita orang bergambar dengan one of band KK tapi yeah I also tak ingat nama band ni, sowreyhhh.



     Sakit lagi? entah lah wehh. I hope that sem 3 nanti tak ada lah sakit lagi.



     Hi kak rina! Senamrobik. Is a must kalau nak dapat kupon kolej. Kupon kolej/aktiviti mesti kena kumpul sebagai syarat untuk memohon kolej untuk semester hadapan. So, tu lah jadi pelajar U ni memang penat. Kena fikir study, assignment, social life, aktiviti universiti yeah u know semua tu. Kena bagi full komitmen lah dalam semua aktiviti.



     Can you see that? tinggi kan kolej ni?






     Ini lah Menara Ilmu/Bangunan Akademik Baru (BAB).



     Ujana Sarjana from BAB.



    Sebelah kanan adalah Unit Kesihatan. Kiri adalah BAB dan jalan depan sikit you guys jumpa lah KOMSAT.


     Jangan terkejut. Yes, it's normal kalau nampak biawak yang besarrrr. Port utama dorang adalah area cafe BAB hahahahaha. Yang ni baru sikit, belum lagi nampak dia bawa geng, bergaduh sebab makanan. 



     Since semester 1 ain masuk kesatria, so semester 2 ain masuk gamelan. Best lah practice dalam aircond lol. Kalau you guys tak ada basic main benda ni pun it's okay. Sama lah macam kitee langsung tak ada basic, tapi lama-lama dah boleh main lagu. Best lah gain new experience. Kita buat penerangan sikiitttt. Kalau semester 1, hanya kesatria negara je yang boleh ganti kokum untuk semester 2. Selain dari kesatria, bye guys! You've to stay dalam kokum yang sama sampai semester 3. Semester 2.. bagi yang masuk kesatria negara pada semester 1, you guys boleh pilih nak masuk kokum apa. Nak masuk sukan boleh, masuk kesenian pun boleh. Tapi, semester 3 dah tak boleh ganti. Contoh macam ain, semester 1 kesatria negara then semester 2 ain masuk gamelan, so automatik semester 3 pun gamelan. Pilih lah betul-betul jangan menyesal. Faham ke idok? kalau tak faham tu tak payah lah faham hahahahaha I yang sendiri explain pun pening kepala. 



     Ujana sarjana waktu malam, masa ni ada program bersama SRK kalau tak silap.




     Yassssss. dan ini sewaktu presentation MAF (cost accounting). Dapat nombor 5 kott tak silap daripada entah berapa puluh kumpulan. Tak tido satu malam nak siapkan semuanya. Tapi it's worth it!



     
     Tadaaa. Kolej Mabul lagi.. Tangga kejayaan, at the same time kita orang tambah dosa sebab setiap kali naik tangga ni mesti menyumpah/mengeluh/membebel.




   
     Latihan gamelan waktu malam



     Yang ni program entah lah I lupa nama program dia lol. Kann, told yaa I've short-term memory hahahahaha, sowreyhh.





Persembahan gamelan masa study week.


So, itu adalah snipet of my uni life. Uni life memang TOTALLY berbeza. I would like to say that ain memang merindui zaman persekolahan. 
     First, as I've mentioned earlier apa beza tinggal kat kolej dan tinggal kat rumah? okayy, kat rumah ni kita boleh buat apa sahaja dengan bebas, kalau tinggal kolej ni everything kita kena buat sendiri. I ni jenis kalau belajar suka study alone sebab ain ni memang tak suka benda bising. Masa tinggal kat rumah dulu, ain study around jam 2 pagi, tapi kat U tak berani bangun awal sebab kekadang terbayang bukan-bukan choii. Jadi, paksa jugak lah study malam walaupun bising. I need to find way lah untuk benda tu sebab tak lama lagi nak masuk sem kan? pray for me..
     Second, masuk U kena pandai pilih group members. I'm not going to share in detail. Just to remind you guys pilih kawan tu baik-baik. Ingat! Ingat! Ingat!
     Third, jangan skip class sebab kadang-kadang dalam masa sehari pun boleh habis 1 chapter. Tak kisah lah awak memang pandai atau apa. Ramai lagi kot orang yang lagi pandai tapi okayy je pergi class macam biasa. Bila buat study group tu, tolong lah bagi komitmen, kesian kat kawan yang lain. Kalau tak mampu nak kerja berkumpulan, bagi tau awal-awal sebab orang lain merana nak siapkan part yang awak tak siapkan. And, jangan ingat hidup dekat U semua sekepala sebab hati lain-lain. Pandai-pandai lah bawa diri okayy?
     Fourth, jaga diri, jaga solat, jaga hubungan dengan Allah dan dengan semua orang. Kalau rasa nak give up tu memang biasa. Kadang-kadang pandai nangis sendiri terutama bila ada kerja datang serentak. Tapi, alhamdulillah as long as kita ada kawan disekeliling kita everything will be okay. Apa yang penting, dekatkan diri dengan Allah bila kita rasa stress. 
     Last, kalau awak ni jenis yang lemah semangat atau cepat 'terkena' you got what I mean right? Cari lah pendinding sebab malas ahh nak cerita. Faham-faham lah. Kalau tinggal dekat asrama biasa lah kan? I'm giving a hint huhuhuhuhuhu. kenapa I demam teruk? mannn terbagi hint lagi. Pasal kak M or better you guys google lah apa kisah-kisah dekat UiTM Sabah. yang itu I'm not sure sangat tapi famous jugak lah cerita tu. 
     So, that's all. This is my longest entry so far hahahahaha. Don't forget every heart has a story to tell. I dah lupa nak cakap apa lagi pasal UiTM lol, nanti lah kalau datang balik idea I'll share okayy? Mungkin idea tu tengah transit kat somewhere I don't know, tunggu dia terbang balik hahaha.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About me
I blog about myself

Follow Me

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  September (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
  • ▼  2017 (9)
    • ▼  September (1)
      • The day I met Ismail Izzani
    • ►  August (2)
      • Kemerepekan apakah ini
      • Summarizing Uni Life
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)

Labels

routine student life thoughts tips
My photo
Aien R.F
The one n only Ain Rasyiqah Fatini in this world
View my complete profile

Created with by ThemeXpose