Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG 2016) - IPG

by - Sunday, May 08, 2016



     Hampir 8 bulan tak kemaskini blog. Almaklumlah *ehem ehem* saya sibuk dengan spm tahun lalu. Baiklah, saya nak kongsikan pengalaman saya menghadiri temuduga IPG kali pertama kepada adik-adik yang bakal menjadi seorang guru. Tapi, sebelum tu.. untuk temuduga kedua, saya tak dapat pon... hahahahahaha

     Temuduga pertama terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 sesi ujian bertulis dan bahagian 2 sesi ujian kecegasan fizikal (ukf), Jangan takut jangan bimbang untuk temuduga pertama, hanya ada sesi ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal sahaja.

Persediaan :-
Apa yang perlu bawa untuk ujian bertulis?
= Sila bawa semua dokumen (surat tawaran, kad pengenalan, surat beranak) dan alat tulis (pensil,pemadam) senang cerita seperti yang tertera di surat tawaran. 

Apa yang perlu bawa untuk sesi ujian kecergasan fizikal?
=Bawa surat kebenaran sesi ukf.

Kalau nak bawa pen pun boleh. Mana lah tau ada apa-apa dokumen yang tak lengkap isi ke. 

Pakaian?
Buat sesiapa yang tak yakin nak pakai baju formal atau baju sukan *macam saya hari tu* ikut sahaja etika pakaian yang tertulis di surat tawaran. Terus pakai baju sukan. Tak perlu risau nak berpakaian formal semasa ujian bertulis. 

Kita teruskan kepada point seterusnya,

     Sebenarnya untuk sesi ujian bertulis ni tak susah mana pun. Serius cakap memang tak susah. Kalau ingat masa darjah 6 dulu ada ujian aptitud. Ingat tak? hah! Soalan tu lagi susah daripada soalan ukcg. 

Ujian Bertulis selama 45 minit. Bahagian A ada 135 soalan pilihan jawapan A dan B sahaja (soalan mengenai situasi/tindakan kita sebagai guru)  dan masa yang diperuntukan hanyalah 30 minit. Bahagian B pula ada 55 soalan pilihan jawapan A-D (soalan melibatkan emosi/perasaan) dan masa yang diperuntukan hanya 15 minit. Pastikan jawab SEMUA soalan. Jadi, kena laju jawab semua soalan sebab masa tak tunggu kita. Kita yang kena kejar masa. Nama je ujian bertulis, tapi you know what I mean kan? semua soalan objektif. Nanti kena bagi kertas OMR dan untuk bahagian A tandakan di helaian hadapan. Bahagian B pula tandakan di bahagian BELAKANG. Ingat tau.. Bahagian belakang. Sebab saya tanda jawapan bahagian B tu pada kertas soalan. Jadi, terpaksa tanda balik pada kertas OMR. Saya terpaksa padam balik jawapan yang saya tanda pada kertas soalan sebab kertas tu tak boleh conteng ataupun bawa pulang ke rumah. Kann dah buang masa kat situ. Alhamdulillah masa cukup untuk saya jawab semua soalan. 


Tips ujian bertulis :
Jawapan semua hampir sama. Kalau tak tau mana satu nak pilih, pilihlah guna logik akal. Kalau nak jawab jujur pun boleh sebab saya jawab jujur semua.

Ujian Kecergasan Fizikal pula terbahagi kepada 5 stesen. Tahun 2016 sekali lagi kena ubah jenis ujian untuk 2 stesen. 

Ni ujian 2015

Ni pula ujian 2016



Stesen 1 memang sah markah saya sikit sebab BMI saya tak ideal. Kurang berat hahahaha. Stesen 2 tak dapat selesaikan bangkit tubi yang terakhir. Stesen 3 dapat buat 23 push-up je. Part ni sedih sikit, sebab masa ikut silat dulu saya boleh buat 50 push-up non stop. Stesen 4 memang stesen yang paling saya tak suka sebab tahap fleksibiliti saya hanya tuhan yang tahu. Stesen 5 ujian bleep. Stesen 5 yang paling susah antara semua stesen. Akak tu kata kalau boleh cuba dapatkan sampai level 3. Saya dapat level 3.3. Hahahahaha kalau ikut nak stop masa level 2.7 sebab masa tu memang dah tak selesa sanggul rambut jatuh. Huhuhuu

Tips ujian kecergasan fizikal:
Pastikan cukup fitness at least kekalkan momentum 3 hari sebelum ukf sebab fitness ni hanya boleh bertahan selama 3 hari maklumlah saya ni pelajar sains sukan. Masa nak buat bleep test tu, setiap kali lari dari zon A sampai zon B. Pastikan bila sampai zon B tu sementara tunggu bunyi beep untuk patah balik ke zon A, lari-lari anak macam dalam subjek pendidikan islam 'SAIE' supaya tak penat dan boleh buat bleep test dengan lebih baik. Bawa air mineral sebab memang penat daripada merentas desa. Kalau boleh bawa air isotonik supaya bila jadi kes macam saya kena renjatan elektrik semasa berlari, air isotonik bantu sangat-sangat hilangkan rasa sakit tu.

Bagi sesiapa yang susah nak dapat kawan semasa temuduga, jangan risau. Kerana insan yang menulis entri ini juga seorang yang pendiam tetapi akhirnya boleh survive semasa temuduga. 






You May Also Like

6 comments

  1. salam..nak tanya...be Rapa markah untuk lepas ke temuduga ye??bmi saya berlebihan,dan saya risau tak dapat lepas bleep test tu..

    ReplyDelete
  2. Ehh awak. Sorry, tak perasan ada comment. Saya x pasti pula. Sbb markah tu confidential, saya pun x tau berapa markah yg saya dpt hri tu. Btw, how was your test? Lepas tak?

    ReplyDelete
  3. Akak. Kalau dalam surat cakap pakaian formal maksudnya baju kurung la kan? Memang semua cikgu kena amik ujian kecergasan fizikal ke? Kalau masa check website tak ada suruh print surat ukf tu mcm mana? Sy tak faham. Akak ada ig? Boleh sy dm. Minggu depan sy ada test ukcg :,(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..surat ukf tu mnaa adaa..yg ada surat kehadiran adalah..hihi..hai kami pon nnti sama jgkk kena bt ukcg..

      Delete
    2. Yang kena kecergasan fizikal tu untuk yang nak ambik pendidikan jasmani ke?

      Delete
    3. Tak. Semua kena amek ujian kecergasan fizikal. Bukan pj je.

      Delete