Alhamdulillah, pada 30 Julai 2015, pementasan drama sejarah kami berlangsung dengan begitu lancar dan jayanya. Berkat usaha yang berterusan dan pengorbanan kami yang sanggup menghabiskan masa berlatih setiap hari. Syukur, akhirnya membuahkan hasil. Meskipun tidak dinobatkan sebagai Johan, tetapi kami berjaya merangkul Naib Johan bagi pementasan drama sejarah antara kelas. Yayy! (dalam hati berbunga-bunga, muka ada sinyum) Banyak cabaran yang telah kami hadapi sepanjang latihan dan juga semasa pertandingan. Termasuk...
Forum Remaja 2015
Thursday, March 26, 2015 / BY Aien R.F
Baiklah, bismillahirrahmanirrahim. Sekian lama tidak mengemaskini blog. Pada kali ini, saya akan menceritakan pengalaman saya pertama kali mengikuti Pertandingan Forum Remaja 2015. Kita teruskan dengan menggunakan Bahasa Melayu baku. Haha Objektif utama forum remaja diadakan untuk meningkatkan dan menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah. Sesuai benarlah dengan topik perbincangan kami iaitu 'Bahasa dan Budaya Memantapkan Integrasi Kaum'. Sebenarnya, pertandingan forum remaja telah cukup memberikan impak yang besar buat saya dan rakan...