Toxic Positivity

by - Monday, March 23, 2020

     Assalamualaikum and good evening everyone. Jam sekarang tepat menunjukkan pukul 5:45 petang. Waktu dekat tempat anda pukul berapa sekarang? Hahahahahaha tiberr macam lah ada reader luar negara. How was your day? Saya disini baik-baik sahaja walaupun rasa macam a bit feeling unwell sebab tak boleh keluar bilik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ni. So, my routine tu ada yang terganggu sikit. See? Tak ada pon orang tanya sebenarnya tapi mengada nak bagi tahu. Itu tips 101 on how to be a blogger ye anak-anak. Kita cerita, kita yang syok sendiri dan bila kita tanya soalan, kita juga yang jawab sendiri 😆. Maybe untuk beberapa tempoh waktu ni saya akan aktif sikit kot dekat blog since faham-faham je lah tak tau apa nak buat dekat kolej ni. Lain lah kalau dekat rumah boleh buat itu ini. To be honest, I'm so bored right now tak tau apa nak buat. Nak kemas bilik apa yang nak dikemaskan? Nak baca buku pun dah tak ada buku baru untuk dibaca. Nak drawing, crafting, painting??? Semua benda tu tinggal dekat rumah hmmmm. Okay nvm. Sebenarnya topik 'toxic positivity' ni dah lama nak publish masa cuti after diploma lagi, tapi disebabkan malas sangat kan nak tulis tu, itu yang jadi terbantut niat nak share. Kadang rasa macam nak upah orang suruh tolong tulis, kita sini tolong cakap je apa yang nak ditulis tu 😅. 
     So, kita fahamkan dulu ye maksud toxic positivity tu. Menurut laman sesawang Psychology Today, the phrase toxic positivity refers to the concept that keeping positive, and keeping positive only, is the right way to live your life. It means only focusing on positive things and rejecting anything that may trigger negative emotions. Pernah ke korang ataupun orang lain suka cakap "positive vibes only" or maybe "stay positive" untuk setiap perkara yang berlaku??? Haaaaa, sebenarnya benda tu tak elok ye untuk mental health. It's okay to be positive but it's not wrong either to not be positive most of the time. Contohnya macam konsep Yin & Yang. Yin itu pasif manakala Yang itu aktif. Tak bermakna Yin itu tidak bagus ye, sebab Yin disini elok orangnya HAHAHAHAHAHA k gurauuuuu.
     Well, last semester I've used statistic about suicide case in Malaysia untuk forum ELC. Statistik ni boleh dapat dekat website Department of Statistics Malaysia.



     After all,  benda ni buat saya terfikir banyak kali. Kenapa seseorang tu boleh terfikir untuk bunuh diri? Nak cakap sebab tak kuat iman? Probably not. Kalau ingat dulu pada tahun 2018 ada 2 kes bunuh diri dekat Grand Mosque Makkah dalam masa seminggu. The first one is Frenchman and the second one is a Bangladeshi man. Boleh try google pasal ni kalau nak tau lebih lanjut. Dekat sini buat saya terhenti berfikir sejenak. Memang ada orang cakap "masuk Neraka lah orang yang bunuh diri ni" yada yada. I've read few comments masa kejadian tu berlaku. Tapi, cuba kita fikir balik kadang rasa macam kesian dekat mereka. Sebabnya every Mukmin I believe semua ada pasang niat untuk menjejakkan kaki ke Mekah walaupun cuma sekali. Kota Mekah dikatakan tempat paling tenang  dapat hilangkan segala resah di hati. Namun, keadilan tidak berpihak kepada mereka. Think bigger okay, arwah tu even berada dekat Mekah pun tak dapat peroleh ketenangan yang mereka dambakan. Sebaliknya mereka memilih untuk bunuh diri. Mana silapnya??? 
     Kita tak boleh jamin sampai bila kesihatan mental kita akan berada dalam keadaan baik. Jujur cakap, saya pun pernah berada di mana kesihatan mental saya sangat sangatttt tidak baik. I also have that thought 'baik aku mati je lah lagi senang' but I swear I don't mean it. It's just a random thought yang tiba-tiba muncul bila kita rasa beban yang kita pikul terlalu banyak. Nak cakap sebab kurang iman? Well nope. Saya jaga solat saya, buat tahajud, mengaji & berdoa but still saya rasa kosong. 
     At this point, if you know someone that currently having this kind of problem or maybe awak sendiri yang ada masalah ni, find someone to talk to. Benda ni kalau dibiarkan, dia akan jadi toksin dalam diri. Mungkin kita tak perasan benda ni, tapi toxic positivity ni can be the reason people tried to harm themselves. Ye lah sebab terlalu mengejar yang positif walhal sebenarnya benda yang kita nampak positif tu lah yang lebih negatif. Bila toxic positivity ni ada, si orang yang ada masalah ni tak boleh nak luahkan apa yang dipendam. Bila luah takut orang judge ataupun paling-paling orang lain akan cakap benda-benda yang positif je tak pernah nak cuba faham apa yang dia alami. Nampak tak daripada nak cerita pasal toxic positivity melalut masuk pasal committing suicide. But it's okay, supaya korang boleh relate dengan topik ni. 
     Dah dapat gambaran kan apa sebenarnya toxic positivity ni? Tak semua yang positif ni baik dan tak semua yang negatif itu buruk. Dalam apa pun benda yang kita buat, balance tu penting dan mesti kena ada. Tak boleh lah kata mesti kena positif memanjang. Just let your emotions out. Soal emosi ni jangan biarkan ia bersarang dalam diri sebab bila benda tu yang dah kawal diri kita, payah untuk kita rawat benda tu. Kalau dulu saya perasan saya suka cakap dengan kawan-kawan saya "takpe, semua ni baik-baik je nanti" "orang lain lagi besar ujian dia" "beban yang kau rasa ni tak besar mana pun. Sabar je. Fikir yang baik-baik" etc. That's toxic positivity mannnnn. Sebaliknya apa yang kita perlu buat adalah just accept and validate people's emotions. Try to be a good listener because acah pura-pura ok itu is not good for your mental health. Bila kita ada masalah, selalunya bukan kita nak pun orang lain untuk selesaikan masalah kita tu. Kita cuma perlukan seseorang untuk dengar masalah kita.
    That's why masa keluar result exam last semester saya nangis sepuas hati. It took me about 4 days untuk move on dari benda tu. I tried not to control my emotions and just let it out. My exam result for previous semester was beyond my expectations. Sebab sumpah saya tak sangka macam mana boleh dapat result seteruk itu. Everything went well. My carry mark, my studies, everything... Saya tak bawa bad habit saya masa diploma ke degree yang suka study last minute tu. Itu yang menangis bagai nak rak tu. Nasib almari tak keluar 😴. Tapi ye lah, mungkin bukan rezeki. Mungkin ada khilaf saya di situ. In shaa allah I'll try to improve better for this semester. 
     Intinya, kita tak perlu terikut dengan apa yang menjadi norma masyarakat kita untuk sentiasa menjadi positif. Kalau betul kita tak mampu untuk jadi positif untuk suatu ketika tu, luahkan sahaja apa yang terbuku dalam hati.  Tak apa untuk ada fikiran negatif seketika, tapi jangan terlalu lama ke arah itu. BALANCE is the key to everything. Kalau perlu menangis, menangis lah. Kalau ada masalah, cuba luahkan dan jangan pendam. Jika ada rakan anda yang ingin menceritakan masalahnya kepada anda, jadilah pendengar yang baik. Try to ACCEPT and VALIDATE their emotions. Ohh yaaa one more thing. Self love is also important for your mental health 💓.



      

You May Also Like

0 comments