Fahami lah insan ini yang sentiasa malas update blog tapi nak ada blog. So, hari ni adalah hari pertama untuk muet (betul ehh?) paper speaking je lah. Mehh laa, alang-alang tengah rajin update blog ni, share sikit lah tips mana lah tau berguna. First of all, jangan ingat saya ni expert English. Grammar memang sentiasa punah. Kalau BM tu no hal, korang nak minta ajar tatabahasa ke nak guna ayat 'boombastic' ke in shaa allah boleh tolong. Malas nak berceloteh panjang so jom kita teruskan dengan agenda utama. Bismillah...
Speaking test terbahagi kepada 2 bahagian. Task A (individual) and Task B (group discussion). Dalam setiap group tu ada 4 group members Candidate A,B,C,D. Task A each candidate diperuntukkan masa 2 minit untuk speaking. Task B 10 minit untuk kesemua candidates tapi pepandai lah agih masa jangan jadi ego sangat nak cakap lama sangat sampai tak bagi peluang orang lain bercakap. Benda ni akan diberitahu juga masa korang kat bilik kuarantin.
Apa yang perlu anda tahu?
= Pastikan bawa slip dan kad pengenalan, pen pun kalau nak bawa dipersilakan. Tapi actually bila masuk exam hall tu ada disediakan pensil, pemadam dan kertas draf.
= Tadi, my session kat slip tulis jam 7:30 pagi so keluar lah rumah awal jam 6 lebih. Pastikan datang awal sebelum mula, sebab kalau lambat kena ikut next session pula. Maksudnya sesi jam 7:30 pagi tu x boleh ambek, kena masuk sesi kedua jam 11 pagi.
= Sesampainya anda semua di tempat peperiksaan, anda semua akan dikuarantin ye. No phone allowed. Semua hand phone akan diambil. Reason dia actually supaya kita boleh fokus, prepare well sebelum masuk exam hall. Buku semua boleh baca, nak discuss anything boleh tapi hand phone tu memang tak boleh lah ye.
Macam mana pula dengan susunan siapa jadi candidate A, B, C, D?
= Group kita x boleh pilih. Group ditentukan based on index number (boleh dapat dalam slip). Kita x boleh pilih nak jadi candidate apa. Sebelum hari exam tu pun actually dah boleh predict korang candidate apa berdasarkan index number. Tapi lebih tepat korang tau korang group dengan siapa dan akan jadi candidate apa bila masuk bilik kuarantin kat situ kena sign attendance semua. Masih x faham lagi kan? Sebab yang tengah menaip ni pun x faham apa yang dia cuba sampaikan hahahahahaha. K macam ni...
Let say dalam sesi 1 tu ada 20 calon. Setiap group ada 4 members. Korang tengok index number korang yang tertera dekat slip tu. My index number 3017.
Group 1 : 3001-3004
Group 2 : 3005-3008
Group 3 : 3009-3012
Group 4 : 3013-3016
Group 5 : 3017-3020
K ini adalah group korang. Then, 3001 tu akan jadi candidate A dalam group dia, 3002 candidate B dan seterusnya. Nombor dan turutan tu dia running. Menda lah si penaip ni cakap lol. Sorry lah ayat berbelit. I'll be candidate A (3017) dalam group 5. Candidate B (3018), Candidate C (3019) Candidate D (3020) harap korang faham lah. Digest baik-baik. Tak faham boleh tanya ye. Ruang comment sentiasa terbuka kat bawah ni. K cukup pasal ni. Kita move on.
Bilik kuarantin? Apa tu?
= Dramatik sangat ayat. Mustahil lah ada yang x tau. Dah sentuh sikit kan part ni sebelum ni. Tak kisah lah korang giliran ke berapa, tetap kena datang awal. Macam tadi tu. I'm the last group. Each group lebih kurang 30 mins ++ lah. Bayangkanlah berapa lama kena stay dalam bilik kuarantin kalau korang the last group. Lebih kurang jam 10:40 pagi lah baru kitorang punya giliran. Bapak lapar masa tu. Sempat lagi teliti tengok pen, tengok ic (baru perasaan ada nombor ic kena tulis kecik bawah gambar kita) K itu hanyalah iklan. Haa tu je lah untuk part ni.
Format : Task A
Intro : Greet (contoh: good morning to the examiners and my fellow candidates), baca balik soalan, bagi tau your points. At least dlm 10-14 saat je. Sebab content tu yang kena lama.
Body : Bagi 3 points. Kalau x dapat, at least mesti 2 points.
Buat macam ni:
P1 : Definition (explain tajuk yang awak dapat)
Reason/Why
Example of situations (bagi 2 examples)
P2 : Elaborate
Example
P3 : Elaborate
Example
Conclusion : Bagi tau balik points kita. Summarize.
My tips plus tips orang lain:
Kalau korang candidate A. Curi masa bila examiner tanya 'do you have any questions' tanya je biar nampak bodoh asal x stuck masa giliran korang speaking. Tujuan dia supaya boleh delay masa sikitttt, tak lah korang kena perah otak dalam masa 2 minit merangka points awak tu. Kalau dapat examiner yang bagus, boleh dapat point dari apa yang dia explain.
Lepas tu. Kalau x faham juga apa examiner explain dalam English *please be aware that examiner tak akan explain dalam BM*, minta kawan explain maksud dalam BM. Yang ni actually x diberitahu oleh examiner, tpi ini based on apa yang guru form 6 bagi tau. Dibolehkan explain kat kawan dalam BM as long as belum start bell korang untuk speak.
Untuk task B yang tadi tu task A ye, pilih group member yang rendah markah speaking/lemah speaking untuk mulakan intro. *bantu dia dapat marks*. Pandai2 laa discuss bertaaruf antara group members siapa yang mula intro and conclusion sebelum masuk exam hall. *supaya group discussion korang teratur masa dalam exam hall*. Pandai2 laa jaga masa so that sempat conclude. Mesti ada agree/disagree supaya masa hanya berjalan normal dia x berlari atau 'mengensot' wkwkwkwk.
Ini je laa kot. Good luck yang ambek muet, saya ni memang noob english kalau band 1 tu in shaa Allah laa lepas 😂 Harap nanti at least dapat band 3 laa.