Where should I start? emm by the way, the sea games has started so I'm wishing all the best to #TEAMMALAYSIA #bangkitbersama.
Actually, entry kali ni bukan hanya stick to one context, tapi more to santai, curhat pendapat tentang apa yang ain fikirkan kebelakangan ni. Entahlah the way ain berfikir sekarang totally berbeza dari dulu. Banyak benda sebenarnya kita boleh dapat berdasarkan apa yang kita nampak disekeliling kita. Tak tau sejauh mana kesahihannya, ain ada baca article yang mengatakan orang kidal ni lain cara dia berfikir. Betul ke? Well, since I'm kidal boleh dikatakan betul juga sebab everytime orang kata A ain akan kata B. Biasalah, 'masyarakat' kidal ni hanya 10% yang hidup di muka bumi ni. Dunia yang luas ni sememangnya tak adil untuk orang kidal sebab banyak benda kat dalam dunia ni yang dibuat khas untuk orang 'normal'. Sebab tu setiap kali si kidal bila berjumpa atau terjumpa yang sama spesies dengan dia, mereka akan excited lebih sebab rare kot nak jumpa orang kidal. Pendek kata, kalau orang kidal terjumpa sesama sendiri dia macam ada something yang membuatkan 'kami' boleh 'click' tiba-tiba. Tapi, apapun ciptaan Allah tak ada siapa yang mampu tandingi. Walaupun dari segi benda ciptaan manusia tak semua orang kidal happy menggunakannya, tapi Allah hadiahkan sesuatu yang cukup membuatkan insan ini tetap mampu jalani kehidupan seperti biasa. *note to myself*
Harus diakui yang cara berfikir berubah bila mana ain mula menjejakkan kaki ke alam universiti. Tambah lagi bila dapat cuti 5 bulan ni. 5 months should be enough for me untuk reflek diri sendiri apa yang patut dilakukan untuk masa akan datang. Alhamdulillah, cuti yang cukup panjang ni banyak mengajar diri sendiri untuk menjadi lebih matang. Mungkin dah nak tua kot? hahahahahaha almaklumlah nak masuk 20-an next year.
Orang kata, kalau nak ubah cara berfikir tu kena cari orang yang pemikiran dia juga bersifat terbuka. I spent masa cuti ni dengan browse sana sini sampai mata pun dah pandai blurr. Tapi, I don't care at all as long as ain dapat benda yang bermanfaat. I'm that person yang suka baca blog orang lain. Selain buka blog, I like to spend my time streaming youtube. Hobi baru I semenjak jumpa youtubers yang best. Macam nak buat entry baru untuk my fav bloggers and youtubers tapi tengok lah kalau rajin hahahahaha.
I'm not that person yang mengejar populariti. Ain buat blog cuma untuk suka-suka luahkan perasaan *cehh* sebab I memang suka menulis. Jadi tak salah rasanya kongsi pendapat sendiri dalam alam maya selagi benda tu tak bawa pengaruh negatif dekat orang lain dan diri sendiri. Sebabnya, cara kita berfikir tu mempengaruhi apa yang kita buat. Perasankan ada banyak ayat yang kata 'berfikir dulu sebelum bertindak'. Why not kita semua bawa aura positif dalam diri sendiri. Takut lah baca isu zaman sekarang, macam-macam berlaku. So, let's start our day with positive vibes 😁.
I have to thanks my parents sebab tak besarkan ain dengan kemewahan. Part ni tiba-tiba emo sikit rasa nak nangis hahahahaha. Dulu pernah terfikir kenapa ain tak datang dalam keluarga yang kaya? kenapa semua apa yang ain nak tak semua dapat? Kenapa? Persoalan itu yang selalu bermain dalam fikiran. Tapi, bila fikir balik Allah dah plan baik punyaaa for myself. Bayangkan, kalau ain lahir je dah kaya rasa-rasanya ain akan bersyukur hidup dalam kesederhanaan? Sumpah, nak nangis lah tulis part ni 😂. Kesederhanaan tu sebenarnya membuatkan kita bersyukur lebih mengenali erti hidup. Kesederhanaan itu juga yang membuatkan kita terus berusaha untuk mengubah nasib kita. Ain bukan jenis kaki shopping, mungkin ada yang nampak I mewah tapi itu semuanya dustaaaaa. I'll buy something when I really need it. Kadang-kadang ada juga habiskan duit beli barang kehendak (kemahuan), biasalah kan manusia memang ada naluri nak juga ada macam orang lain. Tapi, ikut budget juga fikir benda tu berguna atau tak kalau kita beli. Yes, ain kalau beli barang mahal memang yang betul-betul mahal.
Kalau dulu masa kecik mesti excited bila pergi KFC sebab ye lah jarang kot pergi situ. Mum and dad will brought us there bila nak celebrate birthday. Lepas tu setiap kali nak pergi KFC mesti pakai baju lawa seolah tempat tu bertaraf 5 stars. The struggle is real kan for parents untuk buatkan anak-anak dia happy? *mata masuk habuk*. Sorry, hati I ni tisu sikit cepat touching. It was such a nice moment utk diabadikan sepanjang hayat. Sedih kalau tengok anak-anak zaman sekarang paksa parents untuk tunaikan permintaan dorang. Harap lah ain bukan macam tu waktu dulu, kini dan selamanya. Pernah ke agaknya ain buat macam tu? *curious*. Rata-rata budak sekarang mendambakan gadget yang canggih dan latest. Iphone of course will be their first choice. Perasan tak benda tu sebenarnya akan di-upgrade dalam masa yang singkat? Buat apa habiskan duit beribu untuk benda macam tu. I don't really care pasal handphone ni as long I boleh guna basic apps yang perlu ada dalam handphone. Okayy I'm done, tak nak bahas pasal tu sendiri boleh fikir the pros and cons.
Lately, macam ain cakap pada awal entry ni, I like to spend my time blogging and youtube-ing. Buka satu rahsia lah dulu, my fav youtuber is Gita Savitri from Indonesia. She's currently living in Berlin. What I like the most is the way dia berfikir. Everytime baca blog dan tengok vlog dia, ain mesti akan 'ooo ye lah', 'eh, betul lah', 'kenapa tak fikir macam tu dulu' and sometimes 'oh yeah, I think that way'. I think you guys should make a time to get know about her lebih-lebih lagi those yang rasa memerlukan inspirasi atau nak rasa terinspirasi dengan kata-katanya. I got no problem untuk faham bahasa Indon sebab ain membesar dengan sinetron hahahahaha. My Indo language improved a lot I think since selalu follow the latest update of her.
Rasanya tu je lah kot, mata dah berair lama sangat tengok laptop hahahaha. Don't forget every heart has a story to tell.